Langkau ke kandungan utama

Pereka bentuk kami yang paling muda berjaya melakukannya lagi!

Llama, Candy, beruang Brown, lelaki Globe, kereta Eggplant dan tikus Ladybug – temui koleksi mainan lembut SAGOSKATT kami yang baharu! Kesemuanya direka bentuk oleh kanak-kanak yang menyertai pertandingan melukis tahunan kami. Kami menerima lebih daripada 71,000 sumbangan yang luar biasa dari seluruh dunia, enam daripadanya telah dipilih untuk dijadikan mainan lembut yang sedap dipeluk yang kami jual di serata dunia. Harga belian sepenuhnya didermakan kepada inisiatif tempatan yang menyokong hak kanak-kanak untuk bermain, berkembang dan berseronok.

Mainan lembut SAGOSKATT yang terdiri daripada Llama, Candy, beruang Brown, lelaki Globe, kereta Eggplant dan tikus Ladybug di hadapan matahari berilustrasi.
Mainan lembut SAGOSKATT yang terdiri daripada Llama, Candy, beruang Brown, lelaki Globe, kereta Eggplant dan tikus Ladybug di hadapan matahari berilustrasi.
Salah satu mainan lembut SAGOSKATT, kereta Eggplant diletakkan berlatarbelakangkan corak berwarna merah lembut dan putih.

Mainan lembut yang unik dengan tujuan tertentu

Beruang yang suka menunggang anjing dan kereta terung yang menyebabkan penceroboh lari ketakutan dari bawah katil anda. Kami semua terpesona dengan kreativiti dalam kalangan pereka bentuk kami yang paling muda dan paling lincah. Beginilah cara mereka menerangkan ciptaan unik mereka dengan kata-kata mereka sendiri:

“Kereta bertemakan Halloween saya suka berada di bawah katil saya dan menyebabkan penceroboh lari ketakutan. Anda juga boleh berasa seronok apabila melihat cara kereta saya menakutkan musuh.” Ayaan, berumur 8 tahun.