Langkau ke kandungan utama

Koleksi DEKORERA – diinspirasikan oleh pelukis agung masa lampau

Sambil cuti menjelang dan waktu malam menjadi panjang, kami diingatkan tentang lukisan dan potret kemuraman yang gelap yang melambangkan karya seni pelukis agung Belanda abad ke-17 seperti Rembrandt, Vermeer dan Hals, yang penuh dengan lingkaran, cahaya berwarna keemasan, latar domestik yang menyeronokkan dan penjuru yang kabur.

Imej-imej inilah yang memberikan inspirasi kepada pasukan pereka bentuk kami untuk membangunkan DEKORERA – koleksi aksesori dan tekstil kelengkapan rumah yang menggabungkan warna pekat dan gaya karya seni pelukis ini dengan ketukangan Scandinavia tradisional untuk mencipta produk yang menambah gaya musim sejuk yang mudah dan menggoda di rumah anda.

Beberapa item daripada koleksi DEKORERA IKEA terletak di ruang tamu yang nyaman, di samping sofa berwarna hijau gelap dengan kusyen.
Beberapa item daripada koleksi DEKORERA IKEA terletak di ruang tamu yang nyaman, di samping sofa berwarna hijau gelap dengan kusyen.

Terang dan indah

Sebatang atau dua lilin ialah cara yang menarik untuk menambah sedikit cahaya yang sangat diperlukan di rumah kita pada malam hari. Bekas lilin DEKORERA bukan sahaja aksesori reka bentuk yang menarik – ia juga ada gunanya.

Serikan dengan warna!

Sedikit kecerahan betul-betul membuat perbezaan! Kami menambah tekstil ini pada koleksi DEKORERA untuk melengkapi warna lebih gelap rangkaian tersebut dengan selimut dan kusyen berwarna kontras dalam corak intan yang tersendiri. Ia sempurna sebagai tumpuan tarikan di ruang tamu yang gelap – dan untuk memeluknya.

Karya agung yang dibuat untuk anda

Dapatkah anda meneka apa itu sebenarnya? Dulang ini menggambarkan beberapa lukisan yang terkenal oleh Vermeer dan Da Vinci yang anda mungkin sudah biasa dengannya – dan lebih murah sedikit daripada yang asli jika anda inginkan gantungan yang cantik pada dinding baharu. Ia juga dapat digunakan untuk membawa kopi.

Tenang dan ala desa

Bentuk mangkuk, jag dan vas yang bulat dan lembut ini menggambarkan ketukangan dan teknik tradisional Eropah Utara. Ia tidak akan kelihatan pelik di atas meja meriah keluarga yang tinggal di desa beberapa tahun yang lalu – mahupun di atas meja anda hari ini.

Kesegaran kemeriahan yang ringkas

Wajah baharu tanpa perbelanjaan baharu – impian, kan? Kenakan sarung ini pada kerusi berlengan STRANDMON sedia ada anda, tambah kusyen (dan ambal, jika anda ingini) untuk gaya sedia musim sejuk yang segar pada harga yang berpatutan.

Lihat lebih banyak koleksi DEKORERA di sini.