Khidmat Pengubahsuaian dan Reka Bentuk Dalaman oleh Livspace
IKEA and Livspace bekerjasama untuk memberikan khidmat Reka Bentuk Dalaman dan Pengubahsuaian, unik bagi Malaysia dan seperti tidak pernah dilihat sebelum ini. Kerjasama ini akan memberi anda akses kepada reka bentuk yang diperibadikan, kelengkapan rumah berkualiti tinggi dan kerja-kerja pemasangan, harga yang telus dan garis masa berpindah masuk yang dijamin. Secara dasarnya, segala-galanya daripada reka bentuk sehingga pemasangan di satu tempat.
Livspace memberikan pengubahsuaian yang boleh dipercayai untuk rumah anda yang dilengkapi produk IKEA
Sekarang, anda boleh merealisasikan rumah impian anda dengan mudah apabila pelan lantai anda bertemu IKEA dan Livspace. Mulakan perjalanan rumah impian anda di sini - bawa pelan lantai anda dan bertemu pereka hiasan dalaman kami di gedung IKEA hari ini!
1. Pereka hiasan dalaman yang berdedikasi
2. Kontraktor yang disahkan
3. Rumah sedia untuk dipindah masuk dengan perabot IKEA
4. Perkhidmatan reka bentuk sehingga pemasangan
5. Garis masa yang telus
6. Kualiti terjamin
Dapatkan inspirasi dari rumah instagrammable ini, lengkap dengan vignet yang sesuai untuk seorang pempengaruh
Tertanya-tanya bagaimana untuk mencipta tempat yang bersahaja, selesa & mempunyai tempat instagrammable yang unik?
Lihat reka bentuk dalaman dan kelengkapan untuk kondominium pelan lantai 3 bilik di Damai Residences, di mana bentuk dan fungsi berfungsi bersama di setiap masa.​​
Temui cara menggunakan reka bentuk pintar baharu untuk mengoptimumkan reka bentuk dalaman berkonsep terbuka dengan sebaik mungkin, di rumah dengan kelengkapan perabot IKEA seluas 78 meter persegi.
Wujudkan rumah impian anda dengan perkhidmatan reka bentuk dalaman dan perancangan menyeluruh kami.
Dapatkan rupa kondo 3 bilik tidur yang selesa dan berfungsi ini yang sesuai untuk keluarga muda
Tinggal bersama anak-anak kecil, dan ingin menjadikan reka bentuk rumah anda bersesuaian untuk semua?​​
Intai rumah moden dengan palet tona warna tanah yang dicipta menggunakan pelan lantai Sunway Geolake Residences.
Temui inspirasi baharu dan lihat cara Livspace mereka bentuk ruang ini bagi memenuhi keperluan ibu bapa yang bekerja hibrid dan anak kecil yang tinggal di rumah yang dilengkapi perabot IKEA sepenuhnya ini.
Wujudkan rumah impian anda dengan perkhidmatan reka bentuk dalaman dan perancangan menyeluruh kami. Tempah perundingan reka bentuk percuma anda hari ini.
Pengubahsuaian yang indah mampu dimiliki
Perkongsian baharu ini dengan Livspace sasarkan untuk menawarkan khidmat kualiti tertinggi kepada semua. Kepakaran dalam hiasan dalaman rumah dan penyelesaian terbaik dengan produk IKEA kami - semua di satu tempat.
Ini sebabnya mengapa anda boleh memulakan perjalanan pengubahsuaian anda tanpa sebarang kerisauan tentang bajet
1. Nikmati bayaran tempahan paling rendah di pasaran
Manfaatkan sepenuhnya bayaran tempahan yang lebih rendah. Mulakan pengubahsuaian rumah anda daripada hanya RM2,000*
2. Jaminan IKEA
Kekal tanpa kerisauan dengan produk IKEA. Kebanyakan item disertakan dengan jaminan. Lawati IKEA.my/guarantee  untuk maklumat lanjut.Â
3. Pemulangan 365 Hari IKEA
Anda boleh mengubah fikiran. Jika anda tidak berpuas hati sepenuhnya dengan pembelian IKEA anda, anda boleh pulangkannya dalam masa 365 hari*.
Â
*Terma & syarat dikenakan. Bercakap dengan pereka Livspace kami untuk maklumat lanjut.