Sertai Hari Vegan Sedunia

Ruang hidang dengan bebola daging, nasi dan jeruk di atas meja kaju dengan kutleri dan tangan menjamu selera.

Sertai Hari Vegan Sedunia

Orang yang makan sayur dan buah-buahan sahaja sekarang mempunyai tempat duduk di meja utama, dengan ramai daripada kita bertukar kepada diet berasaskan tumbuhan. Pada 1 November ini, gerakan ini mendapat hari keraian sejagat mereka sendiri yang bertujuan untuk menunjukkan manfaatnya kepada kita dan planet. Cubanya sehari dan lihat perkembangannya...

Meja dengan sayur-sayuran, termasuk lobak merah, kubis Brussels dan kubis daun.

Daripada kekejapan makanan kepada diet ruji

Buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan biji-bijian sempurna kaya dengan serat, vitamin dan mineral bermanfaat. ‘Orang ingin membuat pilihan termaklum. Semakin ramai sekarang menjadi “flexitarian”,’ kata pengarah urusan IKEA Food, Michael La Cour. The Vegan Society menyaksikan peningkatan sebanyak 360% dalam diet berasaskan tumbuhan pada tahun 2006-2016, manakala pasaran alternatif daging sejagat akan mencecah $5.2 bilion menjelang 2020.

Bebola sayur dalam mangkuk berwarna biru di atas meja dihidangkan dengan tomato panggang di dalam balang kaca dan kubis.

Makanan segera yang merupakan makanan baik

Bebola sayur IKEA ialah pilihan mudah dimasak yang lazat untuk dicuba pada Hari Vegan Sedunia. Alternatif yang sihat kepada bebola daging yang ikonik, pilihan vegan ini dibuat daripada kacang kuda, lobak merah, lada, jagung dan kubis daun. Jadi, ia kaya dengan vitamin dan serat. Ia juga tanpa gluten, soya, kacang, telur dan laktosa. Jadi lebih ramai orang dapat menikmatinya.

Jeruk dan awet

Sayur-sayuran adalah serba guna. Cuba menjeruk kubis merah sebagai hidangan sampingan yang berzat. Didihkan cuka, air, gula, garam, biji ketumbar dan emping cili, sejukkan dan biarkannya terseduh selama 30 minit. Potong kobis, tambah satu sudu kecil garam, biarkannya lembut. Tapis cecair cuka, tuangkan pada kubis di dalam balang jeruk dan biarkannya terseduh di dalam peti sejuk selama seminggu sebelum dimakan.

Tambahkan sayur-sayuran

Makan lebih banyak sayur-sayuran dan cuba bebola sayur sebagai hidangan sampingan dan juga hidangan utama. Goreng sedikit dan hidangkannya bersama-sama sup ala pho yang berbau harum. Tambahkan cendawan hitam, daun bawang, kubis, cili dan brokoli pada sup sayur panas dan hias dengan beberapa hiris limau segar, pudina dan ketumbar.

Potret David Johansson menghiris bawang.

Bahan renungan

David Johansson, pembangun produk untuk IKEA Food, ialah salah seorang ahli pasukan di sebalik resipi bebola sayur. ‘Kami mahu memberikan inspirasi kepada orang untuk mengamalkan kehidupan yang lebih sihat, dalam had planet,’ kata David. ‘Dengan menambah lebih banyak pilihan berasaskan tumbuhan yang lazat dan berpatutan kepada tawaran makanan kami, kami membolehkan lebih ramai orang melakukannya. Makanan berasaskan tumbuhan yang lazat ialah salah satu langkah ke arah planet yang lebih sihat.’