Ruang kecil yang bekerja 24/7

Katil dilengkapi peralatan tidur berbunga di tengah-tengah bilik dengan storan dan para merentasi dinding.

Ruang kecil yang bekerja 24/7

Semua orang memerlukan ruang hidup yang sesuai dengan gaya hidup mereka. Apabila anda kekurangan bilik, perabot anda perlu bekerja lebih keras. Lihat cara pereka hiasan dalaman Frida Roos menggunakan storan fleksibel, tekstil dan pencahayaan pintar untuk mencipta ruang yang pintar dan luas.

Mulakan dengan menempatkan katil anda di tempat yang strategik

"Bilik ini untuk orang yang tinggal di ruang terhad yang mahu mudah mencapai barang yang mereka suka," terangkan pereka hiasan dalaman Frida Roos. Menempatkan katil di tengah-tengah bilik ialah faktor yang penting kerana ia membebaskan banyak ruang di sekitarnya untuk anda menempatkan perabot lain seperti meja di belakang kepala katil.

Lampu menerangi peralatan tidur bunga, bantal dan buku, dan segelas air dan serahi pada meja sisi putih yang kecil.

Cipta atmosfera

Pilihan bahan dan tekstil boleh membuatkan bilik kecil terasa luas dan lembut. "Elakkan banyak corak, dan guna bentuk lembut dan bahan seperti rotan dan tekstil semula jadi untuk suasana seimbang," saran Frida. Selain itu, aturkan tugas, mood dan pencahayaan umum mengikut cara anda menggunakan ruang anda.

Gunakan ruang mati

Rangka katil dengan ruang untuk storan di bawahnya memudahkan anda mencapai barang seperti bantal, tuala, linen tambahan dan pakaian bermusim. Kotak storan dengan sarung melindungi barang luar musim daripada debu ketika tidak digunakan.

"Jangan takut menempatkan katil di tengah-tengah bilik. Anda akan ada banyak ruang di sekelilingnya. Anda boleh juga menempatkan meja di belakang kepala katil."

Frida Roos

Dedahkan dan sembunyikan

Peranan storan terbuka ialah mempamerkan barang yang anda suka dan barang anda kerap guna berdekatan anda. Namun begitu, tidak kira betapa teraturnya anda, kadang-kadang anda mahu menyembunyikan barang anda. Jika pintu almari pakaian melebihi bajet atau anda tiada ruang untuk membukanya, anda boleh cuba menggantung langsir sebagai pintu storan terbuka anda.

Pilih storan yang cantik

"Anda boleh cipta penampilan ini mengikut bajet dengan menyimpan semua keselerakan dan mengatur barang kecil di dalam kotak dan bakul," nasihat Frida. Selain menggunakan sisipan praktikal dan kelengkapan PAX untuk anda mengoptimumkan ruang gantung di dalam almari pakaian anda, anda boleh menambah personaliti dengan kotak alat tulis cantik untuk barang lebih kecil.

Biar para bekerja lebih keras

Jika anda tiada ruang untuk meja atau meja solek, apa kata anda sediakan para di ketinggian yang sesuai? Cermin solek, periuk dan kotak untuk alat solek anda akan mencipta stesen kecantikan segera.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dicipta oleh
Pereka hiasan dalaman: Frida Roos
Jurugambar: Karl-Johan Hjertström