Pengenalan pertama SJÄLVSTÄNDIG – cara baharu untuk merintis

Ruang tamu dengan kusyen bercorak terang dan ambal dibentangkan di atas lantai.

Pengenalan pertama SJÄLVSTÄNDIG – cara baharu untuk merintis

Langgar peraturan kelengkapan rumah dan serlahkan personaliti anda dengan SJÄLVSTÄNDIG, koleksi terhad baharu yang direka bentuk untuk membebaskan gaya anda!

Diinspirasi perintisan, SJÄLVSTÄNDIG mementingkan penonjolan dan hala tujuan anda tersendiri. ‘Warna, corak dan produk sangat menonjol dan agak berbeza berbanding yang biasa digunakan,’ ulas pereka IKEA Hanna-Kaarina Heikkilä. Contohnya ambal modular – ia boleh disusun menggunakan cangkuk dan kancing gegelung untuk mencipta gabungan unik bentuk geometrik dan warna yang sesuai dengan anda dan ruang anda. Ini sesuatu yang baharu bagi IKEA, dan secara jujurnya, saya tidak pernah melihatnya,’ ulas ketua kreatif, Maria O’Brian.

‘SJÄLVSTÄNDIG ialah cara untuk menyatakan identiti anda dalam konteks hiasan rumah. Saya percaya ia sama seperti sasaran hidup dan kerja anda, biasanya anda tidak bercita-cita untuk menjadi peniru’

Maria O’Brian, ketua kreatif
Vas putih ditutupi bunga kering.

Koleksi ini melangkaui batas pengeluaran untuk menyerlahkan cara baharu untuk menyesuaikan rumah anda. Contohnya vas SJÄLVSTÄNDIG, setiap tukang mahir di bahagian pengeluaran digalakkan memicit dan menandatangani setiap satu. Ini yang menyebabkannya sangat unik. ‘Saya sangat gembira kami berjaya menghasilkan produk yang memberikan suara kepada pekerja di kilang. Saya menyukai idea tentang cap jari mereka yang berada di seluruh dunia,’ ulas Maria.

Rumpun bunga dan lampu pendan kertas berwarna putih dan merah jambu digantung di ruang depan.

SJÄLVSTÄNDIG ialah perkataan Sweden untuk ‘bebas’, yang melahirkan idea pembebasan, pemberontakan dan kreativiti. ‘Saya percaya kita berpeluang untuk menerokai lagi tema melalui nama,’ ulas Maria. ‘Kebebasan ialah sesuatu yang membebaskan anda dan berunsur keyakinan – kami mahu ia menjadi estetik koleksi ini.’

‘Kami sudah menjalankan banyak penyelidikan yang menunjukkan ramai orang mahu diberikan pilihan untuk memperibadikan item. Tugasan kami adalah seperti ini: “IKEA untuk mereka yang kreatif, apakah yang sesuai?”’

Maria O’Brian, ketua kreatif

Koleksi ini boleh menjadi apa sahaja yang anda mahu. Tanya diri anda – adakah bantal dan kusyen hanya sesuai diletakkan di atas sofa dan kerusi? Siapakah yang memutuskan ambal mesti geometri? SJÄLVSTÄNDIG menggesa anda agar bertanya dan memberanikan diri – untuk cuba sesuatu yang baharu di rumah anda dan mengabaikan laluan yang sering digunakan.

Bunga melilit dua kerusi logam hitam.

IKEA sentiasa mencari cara baharu untuk melakukan sesuatu. Jadi, Maria dan pasukannya menumpukan pada cara untuk mereka bentuk produk ‘belum siap’ yang membolehkan orang mengubahsuainya. Ia bukan hanya penonjolan semata-mata. Apabila kita memperibadikan sesuatu mengikut gaya kita, kita membina hubungan dengan item tersebut serta berkongsi lebih banyak identiti kita!

SJÄLVSTÄNDIG mula dijual pada bulan depan. Ini edisi terhad. Jadi, jangan ketinggalan. Tetapkan peringatan untuk ke gedung!