Kunjungan rumah: tempat untuk kehidupan rentak perlahan dan kreativiti

Ruang tamu dengan sofa penjuru putih, saidbod kayu gelap dan galeri gambar di dinding.

Kunjungan rumah: tempat untuk kehidupan rentak perlahan dan kreativiti

Tiga tahun diluangkan untuk menukar dewan tari-menari Perang Dunia Kedua menjadi kediaman keluarga yang menarik. Hari ini, muzik jaz kedengaran dari tingkap yang menandakan waktu petang diluang bersama-sama dalam keadaan selesa dan santai. Mari melangkah masuk…

Sediakan ruang untuk masa bersama

Kediaman pelan terbuka diutamakan dalam rancangan Sarah dan Gigi. Reka bentuk ini memudahkan ahli keluarga bersama-sama. "Kami hapuskan dinding dalam rumah," ulas Sarah, yang mereka bentuk ruang ini. Perabot dan warna digunakan untuk mencipta zon. Kelabu lembut ialah asas neutral untuk dinding bergambar. Ini menjadikannya titik tumpuan fleksibel yang membolehkan Sarah mengubahsuainya untuk menukar suasana ruang secara keseluruhan.

"Kami tiada televisyen. Tanpa gangguan ini, kami dapat berinteraksi lebih baik sebagai satu keluarga. Kami membaca, bermain muzik, bekerja, melukis, makan dan masak bersama-sama."

Sarah

Hargai apa yang anda ada

"Sudah tentu saya tidak mencapai semua yang diinginkan," ulas Sarah. "Saya suka susun atur dapur yang berbeza – tetapi kami mencurahkan seluruh rasa cinta kami ketika melakukannya dan setiap bilik mempunyai kesan ahli keluarga kami, iaitu detik harian yang berharga." Penggunaan balang storan di ruang pelan terbuka ialah cara yang kemas untuk mengatur makanan kering, serta cendawan dan kekacang yang mereka peroleh daripada perjalanan ke desa di belakang rumah mereka.

"Petua untuk pameran? Cuba jaya. Pilih tema warna. Elak keselerakan dengan memilih laci kecil untuk barang yang anda tidak mahu lihat, seperti pengecas telefon dan penyesuai palam."

Sarah

Gunakan dinding anda

"Saya baca satu buku dalam seminggu, dan anak-anak saya pun berlumba-lumba untuk menghabiskan buku mereka," ulas Sarah. Di kediaman yang menggunakan pelan terbuka dan kemas, penyelesaian dinding yang pintar untuk menyimpan buku adalah sangat penting. Rak tinggi – dengan pencahayaan sorot – di tangga menukar ruang tidak digunakan kepada penyelesaian storan dan pemasangan seni.

Tidur dengan mudah

"Bagi saya, perkara paling penting untuk suasana tenang ialah pengaturan yang baik, dengan hanya beberapa barang dipamerkan," ulas Sarah tentang bilik tidurnya. Pakaian disembunyikan di dalam storan tersuai di reluang di belakang katilnya, yang disarung peralatan tidur yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan selesa. Pagi hujung minggu diluangkan di sini untuk bersantai – "Saya suka berehat sambil membaca buku."

Pelan lantai kediaman Sarah.

Ruang untuk semua orang

Pereka hiasan dalaman Sarah tinggal bersama suaminya Gigi dan dua orang anak perempuan mereka, Beatrice dan Mathilde di rumah yang diubah suai di sisi bukit yang sunyi di luar Genoa. Kediaman seluas 120m² mempunyai dua bilik tidur (satu dibahagikan dengan pintar untuk anaknya), ruang tamu pelan terbuka yang besar, ruang makan dan dapur, serta studio kecil untuk Sarah. "Di sini saya mencari inspirasi, mengemas kini blog saya, dan merealisasikan projek saya," ulasnya.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dicipta oleh
Jurugaya hiasan dalaman: Pernilla Warnhammar
Jurugambar: Lina Ikse
Ikuti Sarah @shabbychicinteriors