Kunjungan rumah: sesuaikan rel pakaian dengan tekstil

Gambar dekat rel pakaian yang dibalut menggunakan fabrik dan pakaian pada penyangkut.

Kunjungan rumah: sesuaikan rel pakaian dengan tekstil

Di ruang yang kecil atau tidak biasa, anda boleh menghasilkan almari pakaian hanya dengan rel pakaian dan beberapa kotak. Almari pakaian terbuka juga bermakna anda boleh mencari barang yang anda perlukan dengan cepat dan mudah.

Hiasi rel anda

Koyakkan fabrik yang anda suka supaya menjadi jaluran dan balut rel anda dengannya. Kami melihat idea ini di bangsal bot Gareth. Di situ fabrik menghalang penyangkut daripada menggelongsor di atas rel ketika bot berayun di atas air. Di daratan, jika rel anda berada di atas roda kecil, anda akan mendapat manfaat yang sama. Jika tidak, sekiranya anda suka menyelak-nyelak pakaian anda apabila anda memilih pakaian, balutkan saja kaki rel.

Cubalah! Ini ialah idea yang cepat dan mudah yang boleh dilakukan sesiapa sahaja - dan anda boleh menukar tekstil mengikut musim, mood anda atau trend baharu.

Kemaskan lagi penyangkut anda

Jangan pandang rendah terhadap kesan penyangkut kot yang ringkas. Tukar koleksi tidak sepadan anda dengan koleksi dengan gaya yang sama untuk memberikan rel pakaian anda rupa storan pakaian yang seragam dan bergaya.

Tambah kotak

Seperti penyangkut, kotak adalah cara yang mudah untuk memberi perubahan sebenar (dan praktikal) kepada storan pakaian anda. Walaupun anda suka storan terbuka, menambah sedikit storan tertutup memberikan anda peluang untuk menyorokkan barang yang tidak cantik ditunjukkan. Lipat barang yang besar dan simpan item yang sepadan (cadar, linen bilik mandi) - praktikal tidak semestinya bosan jika anda bermain dengan warna dan gaya!

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dicipta oleh
Jurugaya hiasan dalaman: Emily Henson
Jurugambar: Benjamin Edwards