Kunjungan rumah: satu bilik untuk hidup, bekerja dan bermain

Ruang tamu pelan terbuka bersiling tinggi, sofa bentuk L, unit storan dinding dan Donald sedang duduk di atas kerusi di depan cermin.

Kunjungan rumah: satu bilik untuk hidup, bekerja dan bermain

Storan lebih baik, ruang berzon dan beberapa penukaran perabot penting… Ini sahaja yang diperlukan oleh jurugaya hiasan dalaman Ashlyn Gibson untuk membantu penghibur Donald dan Ben mengubah suai ruang kediaman yang juga tempat kerja mereka kepada hab kreatif yang teratur dan berinspirasi. Ini caranya…

Imej hitam putih Ben yang sedang duduk di atas sofa kecil di ruang tamu sambil melihat skrin komputernya.

Sebelum: keselerakan kreatif

Donald Marshall, alter egonya Ginger Johnson, dan pasangannya Ben berkongsi ruang kediaman dan kerja yang kecil. Walaupun ruang lantainya kecil, rumah ini bagus kerana bersiling tinggi. Mereka ialah penghibur, penulis dan penyanyi. Banyak barang yang mereka perlukan. Dipenuhi kostum dan peralatan lakon, rumah ini mesti menjadi hab yang memberikan inspirasi iaitu cukup luas untuk mereka bersiap sedia dan cukup tenang untuk bekerja di situ.

Berzon dan ringkas

Donald dan Ben ingin menghapuskan perabot lama mereka. ‘Penukaran perabot lama kepada sofa bentuk L bersaiz besar membantu mencipta ilusi ruang lebih luas,’ ulas Ashlyn. ‘Bilik ini lebih kemas dengan gabungan penyelesaian storan terbina dalam.’ Arah sofa bertentangan mungkin tampak tidak intuitif, tetapi pasangan ini sekarang ada zon ruang tamu yang menarik.

Storan terbuka dan tertutup

Ashlyn memilih siri storan ELVARLI kerana ia membolehkan Donald mempamerkan barang berkaitan projek yang sedang diusahakan sebagai penggalak kreatif serta menyimpan barang lain. Siri ini juga menggunakan siling tinggi bilik ini sebaiknya. ‘Di ruang kecil, kita perlu memikirkan daripada aspek dimensi dalam kubik meter bukan hanya meter,’ ulasnya. ‘Dinding bukan setakat dinding. Ia juga tempat storan yang bermanfaat dan dijadikan hiasan.’

‘Apabila membuat pengubahsuaian, saya tidak pernah mula dari asal Saya dapatkan inspirasi saya dari ruang sedia ada. Apakah yang sesuai dan tidak sesuai? Apakah objek yang mempunyai kisah di sebaliknya? Apakah barang yang perlu disembunyikan?’

Ashlyn Gibson, jurugaya hiasan dalaman

Idea berloteng

Ruang pelan terbuka yang dipenuhi seluar sama sendat, boa, fabrik, skarf dan rambut palsu memberikan cabaran. Ashlyn mengambil inspirasi daripada penyelesaian sedia ada pasangan ini – katil loteng. ‘Saya hanya membantu mereka menambah baik sedikit. Rel, storan berlabel dan lampu menukar kawasan di bawah katil menjadi bilik pakaian. Bidai yang dipasang di katil sangat sesuai digunakan untuk menyembunyikan barang bersepah ketika ketidakcukupan masa mengemas.’

Raikan dan cipta memori

Pengumpulan koleksi gambar bersama ialah cara terbaik untuk mencipta titik fokus tanpa mendominasi ruang. ‘Semua ini diperoleh daripada pertunjukan saya tahun lepas yang diadakan di pub. Kami terima ikon pelik yang boleh digantung di dinding,’ ulas Donald. Penambahan bidai di rangka katil bermakna pasangan ini boleh menukar sudut galeri mereka kepada studio gambar hanya dengan menariknya ke bawah.

‘Rumah ini mesti serba guna. Ruang kecil pun boleh mempunyai berbilang fungsi jika anda merancang penyelesaian storan yang pintar dan kemas. Apa-apa sahaja boleh dilakukan’

Ashlyn Gibson, jurugaya hiasan dalaman

Stesen transformasi

Konfigurasi unit lekapan dinding yang pintar mencipta ruang untuk storan dan meja solek bercermin berada di bawahnya. Sekarang mereka ada ruang masing-masing untuk bersiap sedia pada masa yang sama. ‘Saya bersiap sedia di rumah dalam keadaan senyap. Ini sebahagian daripada proses transformasi,’ ulas Donald. ‘Saya tidak perlu merebut satu-satunya cermin di rumah. Sekarang, saya suka bersiap sedia.’

‘Saya bersiap sedia seorang diri di rumah dalam keadaan senyap. Ini sebahagian daripada proses transformasi. Saya berubah menjadi karakter saya apabila saya bercakap. Ini titik perubahan saya. Saya bukan lagi Donald, Saya sudah bertukar menjadi Ginger;

Donald
Pelan lantai studio Donald dan Ben.

Kecil ruang tetapi idea besar

Pangsapuri seluas 45m² ini boleh memuatkan banyak benda.. Gabungan pemikiran baharu jurugambar Ashlyn dengan jiwa kreatif Donald dan Ben bermakna tempat ini sekarang tempat yang menyeronokkan dan teratur untuk bekerja dan bermain. Ada bilik tidur, ruang tamu, dapur, ruang kerja, bilik pakaian, meja solek bercermin serta ruang untuk Donald menjahit kostumnya!

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dicipta oleh
Jurugaya hiasan dalaman: Ashlyn Gibson
Jurugambar: Polly Wreford