Kunjungan rumah: rumah selesa untuk keluarga luas

Ruang tamu dipenuhi ahli keluarga yang sedang duduk di atas sofa biru dilengkapi lampu, rak dan peta dunia di dinding.

Kunjungan rumah: rumah selesa untuk keluarga luas

Per dan Hannah tinggal bersama tiga orang anak mereka di rumah besar, manakala datuk tinggal di rumah kecil di taman mereka. Selamat datang ke rumah mereka yang mementingkan keselesaan, meraikan zaman kanak-kanak dan menggalakkan imaginasi kanak-kanak.

Rancang ruang tamu mengikut masa yang diluangkan bersama

Keluarga ini memindahkan ruang tamu mereka dari tingkat atas ke tingkat bawah apabila anak sulung mereka, Jack berpindah ke bilik tidur sendiri. Walaupun saiznya kecil, bilik ini banyak fungsinya. Kusyen dan sofa yang selesa sangat sesuai untuk berehat, dan meja storan mudah disimpan mainan apabila tidak digunakan. ‘Kami suka dengan saiz kecilnya. Ia selesa dan kami suka duduk rapat,’ ulas Hannah.

Cipta dapur yang fleksibel untuk keluarga

Dapur ialah bilik pertama yang diubah pasangan ini. Mereka menukar rak dan pelbagai saiz kabinet kepada laci dalam yang praktikal untuk kanak-kanak. Mereka menggunakan kabinet IKEA BODBYN. Per juga membuat pulau menggunakan kabinet IKEA dan menambah roda supaya mereka boleh mengubah ruang. ‘Ruang ini mengikut gaya hidup kami,’ ulas Hannah.

‘Ingat tak perasaan anda ketika kanak-kanak yang melihat dunia ini adalah dunia penuh keajaiban? Perasaan ini yang saya mahu tonjolkan di rumah kami’

Hannah
Seorang perempuan berada di kerusi kulit yang diselubungi alas berjalur.

‘Saya tidak begitu obses dengan hiasan dalaman tetapi rumah kami mesti menimbulkan rasa seronok. Ia tempat untuk merehatkan diri dan bermain’

Hannah

Berikan ruang untuk kanak-kanak membesar

Di dalam bilik tidur yang dikongsi Lo dan Juno, Hannah memilih rangka katil boleh dipanjangkan supaya ia boleh dipanjangkan mengikut ketinggian anaknya. Manakala, storan buku di kaki katil memudahkan mereka mengambil buku cerita pada bila-bila masa. ‘Kanak-kanak perlu tahu cara untuk menghiburkan diri sendiri,’ ulasnya.

Rapatkan hubungan pelbagai generasi

Pada awal tahun ini, keluarga ini menjemput Jari, ayah Hannah untuk tinggal bersama mereka. Rumah kecil dibina di taman mereka untuk memastikan semua orang ada privasi masing-masing. Bilik Jari ringkas tetapi selesa dilengkapi peralatan tidur berlapis dan kusyen untuk keselesaan. Pintunya sentiasa dibuka kepada pengunjung: ‘Dia dan Juno berkawan rapat,’ ulas Hannah.

Pelan lantai rumah Per dan Hannah.

Ubah rumah anda supaya sesuai untuk keluarga

Sepanjang empat tahun di sini, keluarga ini semakin membesar. Keperluan dan keutamaan mereka berubah. Lokasi ruang tamu sudah tiga kali diubah dan ia ruang paling penting untuk masa keluarga sejak Jack ada bilik sendiri dan Jari berpindah masuk. ‘Ia diubah kerana keperluan tetapi juga menyegarkan minda,’ ulas Hannah. ‘Saya pernah membaca bahawa perubahan sangat penting kepada otak.’

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dicipta oleh
Jurugaya hiasan dalaman: Pernilla Warnhammar
Jurugambar: Nato Welton
Ikut Hannah di Instagram:@hannah_lai