Kunjungan rumah: petua penjagaan diri untuk tahun baharu

Ruang tamu ala desa dengan kerusi berlengan berangka kayu, lampu lantai berwarna putih dan bangku yang digunakan sebagai kaki pokok untuk pokok berdaun lebat yang besar.

Kunjungan rumah: petua penjagaan diri untuk tahun baharu

Mulakan tahun baharu dengan amalan dan tabiat baharu yang membantu anda memahami diri anda dan memperoleh ketenangan di rumah. Dapatkan inspirasi daripada idea-idea ini dan ketahui perkara yang menggembirakan anda.

Temui keseronokan tidak melakukan apa-apa yang penting pun

“Rumah kami menghadap fjord yang mengalir ke laut dan pergunungan yang membolehkan anda melihat empat musim dalam sehari,” kata Rena. “Berada dalam alam semula jadi telah mengubah saya. Rumah kami mempunyai tingkap besar dan kami meluangkan tempat untuk duduk dan melihat persekitaran. Itu merupakan sesuatu yang banyak kami lakukan – duduk. Ada hari saya duduk dan melihat alam sekitar, ada hari saya melihat dunia di Instagram. Saya terlepas melakukan beberapa perkara dalam senarai perlu dilakukan saya tetapi saya tidak kisah, bertenang sahaja.”

Rasa selesa tanpa melakukan apa-apa

Lebih mudah untuk berehat apabila anda berasa selesa. Seperti Rena, fikirkan tentang perkara yang anda perlukan untuk berasa tenang. Dia menggunakan perabotnya untuk mengadakan ruang dalam ruang tamu pelan terbukanya. Gabungan beberapa perabot ialah tanda tentang cara untuk menikmati setiap ruang. Ambal dan bakul yang mengandungi alas yang lembut dan selesa di sebelah kerusi berlengan kegemaran mengundang anda untuk duduk selama yang anda ingini.

“Saya mula membuat air kefir selepas saya diberi preskripsi antibiotik yang amat banyak untuk melawan penyakit Lyme. Sistem pencernaan saya tidak lagi sama sejak itu tetapi probiotik daripada kefir benar-benar membantu. Air kefir sangat sihat, sangat mudah dibuat dan bakterianya menjadi macam haiwan peliharaan saya.”

Sam
Seorang lelaki mengambil balang kaca gaya Kilner dengan penutup kain muslin dari para kayu.

Jaga makanan anda

“Mudah untuk membuat air kefir anda sendiri,” kata Sam, yang berkongsi tabiat sihatnya dengan kami. “Anda hanya perlu tambah air gula pada butir kefir. Butir-butir tersebut akan makan gulanya dan mengisi airnya dengan bakteria sihat yang betul-betul baik untuk perut anda. Ia seperti minuman probiotik yang anda beli, tetapi ini percuma. Bijinya juga tumbuh, jadi anda mendapat lebih banyak lagi. Anda hanya perlu memberinya makan dan mengekalkannya supaya sihat.”

Buat air kefir anda sendiri

Sukatan kasar ialah sesudu gula untuk sesudu butir kefir, dan dua sudu besar butir untuk 500 ml air. Namun ini bukanlah betul-betul tepat kerana mengikut Sam: “Satu-satunya perkara yang anda perlu lakukan ialah memberi biji anda makan air gula. Campurkannya di dalam balang kaca, tutup dan simpannya di tempat yang hangat. Ia mengambil lebih kurang dua hari untuk ditapai. Selepas itu, anda mendapat probiotik anda! Tapis airnya – itulah minuman anda.”

Air dituangkan dari jag enamel berwarna putih ke dalam balang kaca gaya Kilner.

Sesuaikannya mengikut cita rasa anda

“Butir-butirnya adalah seperti pemula bahan penaik. Mula memberinya makan lagi dan anda akan mendapat minuman baharu dalam dua hari. Bereksperimen. Tambah buah-buahan seperti buah kurma, benda-benda manis yang boleh dimakan oleh butir-butir tersebut. Ia tidak melarutkan semuanya tetapi air anda akan rasa seperti buah kurma dan sangat sihat untuk diminum. Saya biasanya mencampurkan air saya ke dalam smoothie. Ia membuat perbezaan yang besar pada saya, namun sungguh mudah dan seronok untuk dibuat.”

“Saya sentiasa ada banyak tumbuh-tumbuhan di rumah. Saya dibesarkan di negara Belanda yang mempunyai banyak rumah hijau dan ibu bapa saya suka berkebun, jadi saya belajar menghormati tumbuh-tumbuhan dan cara perkara berkembang. Rasa seronok untuk prihatin terhadap tumbuh-tumbuhan.”

Rena

Pelihara alam semula jadi

“Saya menanam pokok avokado ini daripada biji,” kata Rena. “Ia berusia lima atau enam tahun sekarang. Sejak kami berpindah ke sini, ia telah tumbuh besar walaupun saya bimbang ia tidak akan hidup dalam persekitaran ini. Tumbuh-tumbuhan memberi anda kepuasan – perasaan yang anda peroleh apabila melihat benda-benda hidup yang anda jaga tumbuh dengan sihat dan subur adalah sungguh istimewa.”

Dua biji avokado diletakkan di atas sehelai kertas dapur di atas landas cencang kayu.

Tanam pokok avokado daripada biji

Jika anda pernah cuba menggunakan “kaedah pencungkil gigi” untuk menanam pokok avokado daripada biji dan gagal, cuba alternatif ini. Ia mudah dilakukan dan cara spesimen berdaun lebat Rena berjaya tumbuh.

Kulit biji avokado sedang dikupas dan dibiarkan di atas tuala kertas di sebelah pisau dapur dengan pemegang berwarna hitam.

Mula-mula kupas…

Setelah anda mengeluarkan biji avokado dari buahnya dan membersihkannya, kupaskan kulitnya.

Seorang wanita duduk di meja dapur sambil memegang penyembur air dan menyembur biji avokado yang dibungkus dengan tuala kertas dapur.

Kemudian sembur…

Bungkus biji yang telah dikupas dengan kertas dapur berbentuk segi empat sama, kemudian semburkannya dengan air supaya lembap. Masukkan biji yang telah dibungkus itu ke dalam beg plastik makanan yang boleh dikedap dan biarkan akarnya bercambah sebelum menanamnya di dalam pasu yang berisi tanah.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Ashlyn Gibson
Jurugambar: Benjamin Edwards
Pengarah seni: Jules Rogers
Penulis: Helen Bazuaye
Ikuti Rena dan Sam: @studiohearhear @theendeavorist