Kunjungan rumah: nikmati perkelahan pertama musim bunga

Geladak di tepi tasik, kusyen dan ambal di atas lantai gaya Badwi, tuala berwarna kelabu tergantung pada tangga yang berkarat di sebelah kaki lilin.

Kunjungan rumah: nikmati perkelahan pertama musim bunga

Bolehkah anda merasainya? Perubahan musim? Kali ini ke arah hari-hari yang lebih cerah, lebih panas… Jangan bazirkan petanda musim bunga. Bawa beberapa keselesaan rumah yang mudah diangkut dan melangkah keluar. Sungguh hebat untuk melakukan aktiviti luar!

Ceriakan suasana

Semasa kami mengunjungi rumah tepi tasik jurugaya Johanna, dia menunjukkan kepada kami bahawa menikmati hari-hari berada di luar adalah tentang memperlakukan ruang tersebut seperti sebuah bilik. Sama ada di luar itu balkoni, taman atau tebing sungai, perkara yang membuatkan anda berasa nyaman dan selesa dikelilingi empat dinding di rumah, lakukan yang sama di luar. Pencahayaan menetapkan suasana yang menarik. Cuba cahaya suria – biarkannya di luar untuk dicas! Selain itu, lilin menyerikan lagi sebarang perkelahan dan menceriakan malam hari.

Gulungnya

Lantai pada musim bunga mungkin masih sedikit basah dan lembik, jadi alaskan dengan sesuatu yang tahan lasak untuk duduk. Untuk pilihan tempat duduk mudah alih yang juga selesa, dapatkan inspirasi daripada gaya Badwi dan lapiskan beberapa ambal kecil untuk mengalas lantai. Ambal TÅNUM boleh digulung dengan ketat – mudah sahaja bagi anda membawa 3 atau 4 untuk mengalas kawasan lantai yang memadai. Oleh sebab ia boleh dibasuh di dalam mesin basuh, sebarang kotoran mudah sahaja ditanggalkan.

Balut

Tuala mempunyai tiga fungsi di ruang luar – sebagai alas untuk memanaskan tubuh, tempat yang lembut untuk duduk dan cara yang berguna untuk mengeringkan tubuh jika hujan turun tiba-tiba pada musim bunga.

Beberapa tekstil – alas, kusyen dan ambal – boleh digulung dengan ketat, dimasukkan ke dalam bekas dan dibawa untuk mengubah mana-mana ruang luar menjadi ruang tamu anda untuk seluruh jam, petang, hari…

Kemaskan bakul

Anda tidak memerlukan rancangan yang besar untuk perkelahan yang menyeronokkan. Hanya masukkan apa-apa yang anda ada ke dalam bekas – beg, bakul ataupun alas yang diikat menjadi beg galas! Anda tidak memerlukan banyak tab plastik untuk makanan, hanya buat beberapa sandwic yang dibalut dengan kertas kalis gris. Campurkan minuman di dalam botol, sertakan alas anda dan anda sudah bersedia untuk pergi.

Hilangkan kemurungan musim sejuk. Walaupun anda tidak ada ruang luar milik sendiri, bawa beberapa keperluan asas bersama dan nikmati manfaat menghabiskan seharian di kawasan udara segar yang menyihatkan.

“Gaya kami bersifat eklektik dan peribadi. Turut meliputi ruang luar. Saya menyukai cahaya lilin, jadi kenapa tidak gunakannya juga di luar? Sebaik sahaja tibanya hari-hari yang cerah, kami akan berada di luar. Ia berasa sungguh bagus selepas kegelapan musim sejuk yang panjang. Anda perlukan keriangan itu.”

Johanna

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Johanna Flyckt Gashi
Jurugambar: Benjamin Edwards
Pengarah seni: Jules Rogers
Penulis: Helen Bazuaye