Kunjungan rumah: minimalisme moden di rumah keluarga

Seorang ibu dan dua anaknya berdiri di pulau dapur di dapur yang mempunyai kabinet berwarna merah jambu, permukaan atas kerja marmar dan lengkapan loyang.

Kunjungan rumah: minimalisme moden di rumah keluarga

Bahagian dalam yang anggun dan kanak-kanak tidak mungkin disatukan. Betul bukan? Salah! Di rumah Nina dan Kevin, keindahan reka bentuk kelihatan di serata tempat, keadaan sentiasa kemas dan tiga kanak-kanak yang penuh bertenaga sentiasa bergerak ke mana sahaja dan melakukan apa sahaja. Lihatlah…

Warna merah jambu yang cantik

“Terdapat banyak dapur berwarna putih di dunia,” kata Nina. “Mungkin warna menakutkan ramai orang. Semasa kami berpindah ke sini pada bulan Februari yang lalu, saya memilih warna merah jambu. Hari ini saya mungkin memilih warna lain kerana tiada apa-apa yang berkekalan dan saya masih cuba memahami kegemaran saya. Saya lihat tanda pagar seperti ‘Nordic boho’ di siaran dan berfikir, ‘kalaulah saya dapat salah satu tanda pagar saya sendiri’. Saya belum lagi mencapai tahap itu. Tapi saya tahu saya menyukai benda-benda yang cantik!”

“Warna membuatkan saya gembira. Apabila orang berkata mereka tidak dapat memilih warna kerana mereka mungkin tidak menyukainya dalam masa setahun. Pada pendapat saya, ‘anda betul-betul tidak tahu akan personaliti anda dalam masa setahun!’ Anda tidak tahu perkara yang akan anda sukai. Jadi, jangan bimbang tentangnya.”

Nina

Terbuka kepada perubahan

“Rumah ini baru dibina. Pelannya berfungsi di atas kertas tetapi dari segi realiti, terdapat agak banyak dinding. Ia memberi kami sebuah bilik lagi tetapi menutup ruang. Jadi, kami mengorbankan bilik itu untuk mewujudkan ruang tamu yang lebih terbuka. Saya amat menyukai perubahan. Saya sentiasa mengalihkan kerusi di ruang tamu. Sekarang ia seperti ceruk yang selesa untuk kami semua walaupun kami jarang berada di sini bersama-sama. Tapi itulah keseronokan pelan terbuka, kami sentiasa berdekatan.”

“Ruang tamu terutamanya seperti balapan lumba kuda untuk anak-anak saya!”

Nina

Keseronokan pengubahsuaian

“Saya suka perabot IKEA saya. Saya suka mengubah suainya agar ia menjadi milik saya yang tersendiri. Tiga petua utama saya ialah menyembur cat, menambah pemegang dan menukar kakinya. Saya memilih pemegang untuk kabinet STOCKHOLM saya kerana saya suka bentuk yang bulat. Ini menjadikan kabinet saya lebih bercirikan kewanitaan. Ada banyak cara kecil, mudah dan tidak mahal untuk memperibadikan rumah anda. Saya mengecat corak gerbang. Ia tidaklah sempurna, tetapi berhasil!”

Tiada ruang untuk bagasi berlebihan

“Saya tidak mahu rumah yang penuh dengan barang-barang. Saya suka keadaan yang tenang dan minimal. Saya meninggalkan rumah semasa berumur 16 tahun dan selama bertahun-tahun saya tidak ada almari. Saya hanya menyimpan barang-barang saya di dalam beg IKEA berwarna biru kerana saya kerap berpindah. Sekarang saya mempertimbangkan semua yang saya beli. Bagi saya, memastikan keadaan tidak berselerak adalah sebahagian daripada hidup saya. Saya melakukannya secara kerap dan bilik demi bilik. Saya melihat setiap perabot dan berfikir, adakah saya menyukainya, adakah saya memerlukannya? Jika saya tidak dapat menjawabnya dengan jujur, saya tidak akan membelinya.”

Peningkatan gaya

“Ada kalanya saya mencari perabot yang tidak akan dibeli oleh semua orang dan membuat pengubahsuaian untuk memberikannya tujuan baharu. Pada masa lain, saya mendapatkan kegemaran dan memikirkan cara untuk menjadikannya istimewa untuk rumah kami. Saya menjumpai kaki yang berbeza untuk ditambah pada kabinet IVAR di dalam bilik tidur kami, dan mengecat kayunya dengan cat kapur yang memberikannya ekspresi yang berbeza.”

Keselesaan waktu tidur

Apabila anda berpindah ke rumah yang baru dibina dan setiap bilik merupakan ruang kosong, bagaimanakah anda membuatkan diri anda berasa nyaman dan selesa? “Katil. Katilnya perlulah memberikan rasa yang sempurna, di samping nyaman dan selesa,” kata Nina. “Bagi saya, cadar yang indah membuat katil rasa sempurna. Apabila anda berjaya menguruskan katil, semua yang lain boleh menunggu.”

“Apabila tiba musim bunga, saya mengubah warnanya. Dorongan yang kuat timbul dalam diri saya untuk menjadikan semuanya lembut, terang dan kosong. Lakukan perubahan yang cepat dengan tekstil – duvet dalam warna baharu yang segar, fabrik meter menutupi kepala katil, alas dalam pelbagai warna disimpan berdekatan untuk malam-malam yang sejuk.”

Nina

Ruang untuk bermain

“Bilik Nahla berubah sambil dia membesar. Sekarang ini dia gemar berhias diri dan main peranan. Jadi, saya membuat meja solek untuknya. Saya menggilirkan mainan anak-anak saya untuk memberi mereka ruang untuk bermain. Mainan yang mereka tidak lagi bermain akan disimpan di loteng. Ini bermakna ia tidak dibuang. Jadi, jika mereka hendak bermain mainan tersebut semula, saya boleh mengambilnya.”

Pembaharuan yang kreatif

“Perabot HEMNES Nahla dibawa bersama dari pangsapuri lama kami. Saya mengecat almari pakaian dan almari berlaci, selain memasang pemegang baharu. ‘Kertas dinding’ burung-burung berterbangan juga merupakan cat. Saya mencetak bentuk burung, memotongnya dalam kad, melukis di sekelilingnya pada dinding, kemudian mengecatnya. Saya melakukannya tidak lama selepas kami berpindah masuk. Saya masih bertenaga. Saya baru saya selesai membuat bentuk musang pada dinding anak lelaki saya. Saya membuat stensil – lebih cepat!”

Ruang belajar

Nina mengubah ruang di bahagian atas tangga menjadi bilik sekolah anak-anaknya. “Saya seorang pereka bentuk. Saya mengimbangkan kerja dengan mengajar anak-anak di rumah. Tugas yang berat tetapi saya tidak akan menukarkan masa yang berharga ini. Ruang ini milik mereka. Unit BESTÅ mempunyai kedalaman yang sempurna dan menyimpan barang-barang mereka bersama serta memudahkan mereka mencarinya. Mereka gemar kerja seni. Jadi, kami membuat ruang pertukangan dan ambal yang mereka suka duduk dan membaca.”

Keluarga seramai lima orang ketawa bersama-sama.

“Untuk sekian lama, saya rasa tiada tempat tinggal dalam hati saya. Ia rasa seronok apabila sudah duduk menetap. Rumah memberikan keselamatan, kasih sayang, kebebasan dan kreativiti. Paling penting, bagi saya dan Kevin, rumah ialah keluarga – tempat yang membolehkan setiap seorang daripada kami berkelakuan seperti biasa.”

Nina

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Ashlyn Gibson
Jurugambar: Benjamin Edwards
Pengarah seni: Jules Rogers
Penulis: Helen Bazuaye
Ikuti Nina @the_dax_house