Kunjungan rumah: membuat loteng tempat mencari ketenangan yang minimum dan moden

Dapur berwarna hitam di ruang pelan terbuka dengan rasuk berwarna putih merentasi siling dan lantai kayu berwarna gelap.

Kunjungan rumah: membuat loteng tempat mencari ketenangan yang minimum dan moden

Ideanya adalah untuk mencipta kediaman yang rasa seperti studio, dirancang supaya rasa terbuka dan seluas yang mungkin. Hasilnya ialah pangsapuri moden dan santai untuk kediaman pasangan yang bekerja keras. Mari lihat.

Berani menggunakan dapur berwarna hitam

Dua tahun lalu, Katarzyna dan Mikolaj berpindah ke pangsapuri ini. ‘Tempat ini teruk, tetapi saya nampak kemungkinannya.’ Perkara penting dalam pelannya ialah dapur berwarna hitam, dan unit KUNGSBACKA berwarna gelap sangat sesuai. ‘Kami menyeimbangkannya dengan warna putih dan banyak cahaya.’ Unit pulau dapur juga ada dalam senarai impian saya. ‘Ia tempat untuk "melakukan segala-galanya" - berkongsi kopi, kerja, memasak dengan rakan-rakan, dan makan bersama.’

"Saya mahu dapur berwarna hitam ini mendominasi ruang, seperti sauh di tengah-tengah kediaman kami."

Katarzyna
Ruang tamu hitam putih dengan bumbung cerun, sofa berwarna kelabu, kerusi berlengan rotan dan ambal berstruktur besar.

Buat seperti rumah sendiri

Pasangan ini mahu menggunakan pelan terbuka untuk kediaman mereka. ‘Kami tidak ada banyak dinding,’ kata Katarzyna. Sebaliknya, perabot memisahkan ruang. Ruang tamu diwujudkan di sekitar tempat duduk bersantai, dan item mudah alih yang menimbulkan rasa kehidupan yang lancar, menjadikannya mudah untuk melakukan perkara yang anda mahu di tempat yang anda mahu.

"Dahulunya saya seseorang yang tidak kemas, tetapi apabila berpindah ke sini, saya memutuskan bahawa kediaman saya mestilah kemas dan saya berjaya melakukannya! Perkara yang telah saya pelajari ialah saya memerlukan tempat untuk segala-galanya. Storan membantu."

Katarzyna

Buat pameran gabung padan

‘Saya tinggal di beberapa pangsapuri yang berbeza sebelum ini dan saya sentiasa simpan barangan di dalam kotak,’ kata Katarzyna. ‘Di sini saya mahu menimbulkan suasana bahawa segala-galanya boleh dikeluarkan dan saya berada di rumah sendiri. Rasa ketetapan.’

"Satu-satunya petua saya? Gunakan lampu anda! Saya mengarahkan ruang menggunakan cahaya. Fikirkan tentang cara anda menghabiskan masa anda. Jika anda suka membaca atau mendengar muzik jaz, sesuaikan pencahayaan anda mengikut keperluan itu."

Katarzyna

Bilik untuk mengembalikan tenaga

Katil dan bilik mandi di pangsapuri ini merupakan ruang yang paling disukai. ‘Saya boleh bekerja sehingga 12 jam sehari, jadi saya memerlukan tempat untuk berehat,’ kata Katarzyna. Di bilik tidur, objek dikembalikan kepada keadaan minimum supaya tidak mengganggu semasa bersantai. ‘Hanya kelengkapan tidur yang selesa, gambar yang indah dan tempat untuk meletakkan beberapa buku - saya mahu ini menjadi seperti pulau yang kami boleh pergi untuk mencari ketenangan.’

"Saya mandi setiap hari selepas kerja - ia merupakan cara yang paling sesuai untuk berehat. Saya suka menenangkan diri di sini, jadi segala-galanya ada tempat masing-masing. Saya mempamerkan benda yang kelihatan indah dan menyimpan selebihnya."

Katarzyna
Katarzyna sedang duduk di luar tingkap bilik yang mengandungi pokok dan berdinding batu bata bercat putih.

Biarkan alam semula jadi masuk ke dalam rumah

Pokok menambah warna di seluruh pangsapuri dan membantu membawa masuk alam semula jadi. ‘Saya mendapat inspirasi daripada kegilaan pokok di Instagram, tetapi saya mengambil masa untuk belajar cara untuk memastikannya hidup!’ Bagi membenarkan sebanyak mungkin cahaya semula jadi menerangi bahagian dalam rumah, Katarzyna memutuskan untuk memasang bidai bergulung dan bukan langsir, ‘saya tidak mahu menutup mana-mana tingkap - lagipun kucing akan memusnahkannya!’

Pelan lantai pangsapuri Katarzyna dan Mikolaj.

Pelan terbuka

Kerja Katarzyna sebagai arkitek bermakna dia tidak takut akan keadaan terbiar rumah pangsa ini. ‘Ia sangat teruk. Ayah saya seorang jurutera - apabila dia melihatnya buat kali pertama, dia berkata: "Oh sayang, apa yang sudah anda buat?" Walaupun rakan dan keluarga percaya ini suatu risiko, saya tidak meraguinya.’ Sekarang ia menjadi kediaman pasangan ini dan kucing terbiar yang mereka selamatkan. ‘Ia berhasil mengikut rancangan saya! Tiada apa-apa yang perlu kami ubah. Namun begitu, saya mula menambah warna. Saya telah mengecat ruang depan dengan warna firus beberapa hari lalu - angin saya kurang baik!’

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dibuat oleh
Jurugaya hiasan dalaman: Katie Phillips
Jurugambar: Nato Welton
Ikuti Katarzyna di Instagram: @loft_na_poddaszu