Kunjungan rumah: kami melarikan diri ke desa

Seorang wanita bersandar pada kabinet berwarna kelabu berkilat di dapur yang panjang dan sempit yang menghala ke ruang makan dengan meja dan kerusi kayu berwarna putih.

Kunjungan rumah: kami melarikan diri ke desa

Jika rumah ialah tempat yang kita patut berasa nyaman dan selesa, kisah perjalanan pasangan ini dari pusat bandar ke kawasan desa merupakan inspirasi. Lihat cara mereka mencipta rumah yang mengekalkan keseimbangan yang sempurna antara reka bentuk yang indah dan keperluan praktikal…

Cari keseimbangan bahagia

“Kami datang ke sini untuk mencari gaya hidup yang memberi kami ketenangan,” kata Rena tentang sebab dia dan suaminya berpindah ke rumah ladang di Norway. “Anda boleh menyukai 100 perkara tetapi terdapat nilai-nilai penting. Bagi kami, alam semula jadi.” Dan mengimbangi keadaan lama dan baharu. “Rumah ini berusia 100 tahun tetapi pengubahsuaian moden menjadikannya praktikal.” Mempunyai dapur terbuka yang menggabungkan ruang memasak, ruang makan dan ruang tamu menjadikan kerja memasak lebih bersosial.

Seorang wanita memandang ke luar tingkap di penjuru bilik yang telah diubah menjadi pejabat rumah dengan meja dan kerusi pusing.

Gabung padan gaya

“Bagi kami, rumah ialah tempat untuk berasa nyaman, selesa dan mendapat inspirasi,” kata Rena. Pembentukan ruang mereka menggambarkan personaliti mereka. “Alat-alat elektronik nerda (kami berada di sebuah kawasan yang sangat terpencil tetapi kami mempunyai WiFi yang pantas!) bergabung dengan sentuhan reka bentuk yang indah, sedikit keadaan berselerak dan sedikit kreativiti.”

“Keterbukaan ruang dapur/makan/kerja kami memberi saya inspirasi. Ia mempunyai aliran yang baik. Terdapat ruang untuk melakukan banyak aktiviti dan saya suka bahawa saya dan Sam dapat berdampingan di ruang tersebut melakukan hal yang berbeza tanpa mengganggu satu sama lain.”

Rena

Percayai perasaan anda

Keputusan untuk tinggal di rumah ladang mereka berlaku secara mendadak, “Saya terlihatnya sekali sebelum kami memutuskan untuk mengambilnya,” kata Rena. “Saya mengemaskan pangsapuri kami di negara Belanda, mendermakan barang-barang, menyimpan lain-lain yang tidak berdimensi dan hanya kenangan dan gambar web saya untuk dibawa bersama. Tetapi rasanya elok dan saya mempercayai perasaan saya. Saya menghias bilik demi bilik – menyiapkannya, kemudian menjadikannya nyaman dan selesa yang membolehkan kami bersantai. Contohnya bilik TV kami, ia merupakan tempat mencari ketenangan yang sesuai pada penghujung hari.”

Pilih pameran anda

Anda tidak perlu selalu membeli barang-barang baharu untuk membuatkan rumah anda rasa baharu. “Saya selalu mengalihkan barang-barang, mencipta pameran kecil, mengatur semula penjuru atau menambah sesuatu yang baharu. Ia boleh mengubah seluruh ruang – memberikan tenaga baharu. Rumah kami tidak terisi penuh dengan barang-barang tetapi benda yang kami pamerkan mempunyai makna – seramik yang saya buat, kepingan kayu yang diukir oleh Sam, objek-objek yang kami jumpai semasa kami berjalan berdampingan…”

Lampu lantai yang menyala dengan terendak lampu berwarna putih terletak di sebelah kabinet TV berwarna kelabu yang di atasnya terdapat pokok Oxalis dan buku-buku dipamerkan.

Tambah tumbuh-tumbuhan

“Kami ada lebih daripada 100 tumbuh-tumbuhan di pangsapuri studio kami di negara Belanda – silingnya setinggi enam meter dan tidak pernah rasa penuh. Mencari rumah baharu untuk tumbuh-tumbuhan yang telah saya jaga, sesetengahnya selama 10 tahun, merupakan bahagian yang paling sukar bagi saya. Namun kami membawa bersama sesetengah tumbuh-tumbuhan yang kami rasa dapat hidup subur dalam atmosfera ini. Saya menggunakan tumbuh-tumbuhan untuk melembutkan kawasan penjuru, sebagai tempat yang membolehkan anda bersantai di bawah daunnya dan sebagai pembahagi ruang.”

Direka bentuk supaya dapat bertahan

Pilih perabot dan tekstil yang dibuat daripada bahan-bahan semula jadi untuk mencipta rumah yang semakin lama semakin indah. Contohnya kayu yang boleh anda gunakan setiap hari dan apabila ia lusuh, anda boleh mengempelas, memvarnis dan memberikannya nafas baharu, atau gentian semula jadi yang ditenun menjadi ambal yang selesa dipijak dan diduduki serta tahan lasak.

“Rumah kami merupakan rumah ladang kayu yang biasa dan indah di Norway. Untuk menghasilkan bahagian dalam yang mesra dan nyaman, kami menggunakan bahan semula jadi dan lembut, objek-objek buatan tangan, banyak tumbuh-tumbuhan dan sedikit reka bentuk Scandinavia yang kemas dan ringkas.”

Rena

Labur dalam katil yang sesuai

“Katilnya baharu – hadiah hari ulang tahun pertama perkahwinan kami. Oleh sebab banyak yang perlu kami lakukan semasa berpindah ke negara lain, mendapatkan katil yang sesuai tidak kelihatan seperti satu keutamaan. Kami tidur di atas katil yang terdiri daripada tiga katil bujang yang dicantumkan! Sekarang kami ada katil yang tinggi dan besar – anda naik ke atasnya dan bersantai… Sungguh selesa! Setiap pagi kami bangun dari tidur, kami dapat merasai perbezaan yang diperoleh daripada katil yang selesa.”

Pilih rasa reka bentuk anda

Bagaimanakah anda mereka bentuk bilik tidur yang anda tidak sabar-sabar menanti untuk berada di dalamnya? “Sebelum kami mendapat katil yang sesuai, ini cuma barang-barang di dalam sebuah bilik, sekarang ia berubah menjadi bilik tidur. Ia memerlukan sedikit sahaja barang-barang untuk menimbulkan rasa yang indah – cermin besar dan bangku panjang di kaki katil yang anda boleh duduk atau menyimpan barang-barang, bukannya terbiar sahaja di atas lantai!” kata Rena.

Keindahan praktikal

Jangan tidak mempedulikan bahagian yang boleh memudahkan lagi kehidupan harian. Ruang depan Rena dan Sam mempunyai tugas yang perlu dilakukan – memberikan tanggapan pertama yang baik kepada tetamu Airbnb mereka. Ruang sangat berharga, jadi tambahan yang praktikal seperti cermin lekap dinding membantu menjimatkan ruang lantai. Begitu juga bangku panjang yang anda boleh duduk untuk memakai kasut (dan menyimpannya dengan kemas di bahagian bawah) dan sebaris cangkuk yang lebih panjang, jadi setiap kot mempunyai tempat masing-masing.

Rena dan Sam duduk berdampingan di atas sofa di rumah ladang mereka di Norway.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Ashlyn Gibson
Jurugambar: Benjamin Edwards
Pengarah seni: Jules Rogers
Penulis: Helen Bazuaye
Ikuti Rena dan Sam @studiohearhear @theendeavorist