Kunjungan rumah: inspirasi untuk meja meriah anda

Set meja makan untuk jamuan meriah dengan alas meja linen, lilin, barang-barang kaca dan kelengkapan hidangan dengan napkin berhias.

Kunjungan rumah: inspirasi untuk meja meriah anda

Buat semua orang berasa selesa di meja dengan idea yang sangat mudah dan meriah ini dari rumah jurugaya hiasan dalaman Johanna Flyckt Gashi.

Jadikannya mudah

“Menyediakan meja seharusnya menyeronokkan – ia memberi anda peluang untuk bermain-main dan berseronok,” kata Johanna. “Jangan bimbang tentang peraturan yang menetapkan cara ia seharusnya disediakan, sebaliknya lakukan mengikut kesukaan anda. Gunakan barang-barang yang anda ada dan jangan jadikannya sukar. Ambil benda-benda dari taman anda, gunakan gabungan pinggan dan barang-barang kaca anda. Ingat bahawa hal-hal yang mudah sentiasa membuatkan meja terasa istimewa – sentuhan alam semula jadi, cahaya lilin dan fabrik.”

“Linen merupakan bahan yang begitu indah, hanya gunakannya sebagai alas meja dan rasai keistimewaannya. Saya ada fabrik meter AINA IKEA. Ia sangat mudah sehinggakan anda tidak perlu menyeterikanya – malah kelihatan lebih indah apabila renyuk!”

Johanna

Jadikannya istimewa

“Penggunaan fabrik ialah cara mudah untuk menambah sedikit suasana pada meja. Saya telah memotong beberapa helai fabrik yang besar kepada bentuk segi empat sama sebelum ini, tetapi perkara yang saya betul-betul suka lakukan ialah menggunakan tuala pengesat sebagai napkin kerana saiznya yang lebih besar daripada napkin biasa. Lagipun, kadang-kadang jika anda memerlukan warna khas, lebih mudah untuk mendapatinya dalam tuala pengesat.”

Sepasang tangan sedang mengikat simpulan hiasan yang dibuat daripada tali pintal berwarna semula jadi dan hitam dan beri hutan berwarna ijas di sekeliling napkin.

Hias napkin anda

“Menambah simpulan pada napkin setiap tetamu menghasilkan sentuhan yang indah. Anda boleh membuatkannya lebih istimewa dengan menyelitkan beri atau bunga-bunga kecil di sekitar tali pintal dan mengikatnya di sekeliling napkin anda. Atau jadikannya sangat peribadi dengan membuat hiasan yang berbeza untuk setiap tetamu.”

Kecilkan saiz jambak anda

“Saya bukanlah penggemar jambak bunga yang besar. Walaupun indah, ia mungkin mengganggu – apabila anda duduk di meja dan berbual, anda terpaksa mengelakkannya daripada pandangan anda. Itu ialah salah satu petua untuk membantu aliran perbualan. Kekalkan benda-benda di atas meja pada kedudukan yang rendah supaya anda dapat melihat dan berbual dengan orang yang duduk bertentangan dengan anda! Jika anda menggunakan gelas minuman sebagai vas, gubahan anda adalah pada ketinggian yang sempurna.”

“Sungguh seronok untuk membawa masuk alam semula jadi jika anda akan menyediakan meja untuk meraikan Krismas. Pergi ke luar dan dapatkan sesuatu yang boleh anda gunakan – mungkin sedikit tangkai beri yang indah. Atau dapatkan ranting pokok holi dan ivy hijau yang indah dan letakkannya di tengah-tengah meja.”

Johanna

“Ikatkan napkin di sekeliling leher serahi anda. Ia akan menyerap titisan semasa anda menuang minuman dan mengelakkan wain tertumpah pada alas meja anda.”

Johanna
Seorang wanita berambut perang yang memakai kemeja berwarna hitam tersenyum sambil duduk di meja makan di dalam bilik dengan dinding berpanel kayu berwarna putih lesi.

Pandangan jurugaya

“Saya menyukai idea orang ramai berseronok apabila mereka menyediakan meja mereka! Jangkaan terhadap tuan rumah boleh jadi besar, tetapi ini seharusnya menyeronokkan dan bebas tekanan! Anda mahu meja anda mewujudkan suasana yang tenang, jadi bertenanglah semasa anda menyediakannya. Bagi saya, ini merupakan bahagian yang terbaik. Saya tidak mahir dalam memasak sambil berdiri – saya membiarkan suami saya mengurusnya. Sebaliknya saya mengendalikan kerja-kerja menghias,” kata Johanna.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Johanna Flyckt Gashi
Jurugambar: Benjamin Edwards
Pengarah seni: Jules Rogers
Penulis: Helen Bazuaye
Ikuti Johanna @johannas3