Kunjungan rumah: idea untuk menyamankan bilik kanak-kanak

Seorang budak duduk di atas katil yang mempunyai duvet berwarna hijau dan kusyen yang dicetak dengan muka singa, di atas katil terdapat kanopi berbentuk daun hijau.

Kunjungan rumah: idea untuk menyamankan bilik kanak-kanak

Musim bunga ini, gunakan tekstil lembut, pencahayaan yang menyeronokkan dan storan pintar untuk mengubah bilik anak kecil anda menjadi ruang bermain yang nyaman dan selesa dengan segala-gala yang mereka perlukan untuk memarakkan imaginasi mereka, menggalakkan sifat berdikari dan tidur dengan nyenyak.

Bilik untuk keseronokan dan bersantai

“Penting untuk anak-anak memiliki bilik agar kreatif, tempat yang mereka dapat bermain dan rasa bebas,” kata Nina, seorang ibu yang mengimbangkan kerjanya sebagai pereka bentuk dengan mengajar tiga anaknya, Nahla, Keanu dan Lian di rumah. “Keanu dan Lian berkongsi bilik ini tetapi kadang-kadang Nahla suka tidur di sini dengan adik-adik lelakinya. Pada waktu siang, mereka bermain bersama-sama di atas ambal ini. Jadi, bilik ini betul-betul mereka berkongsi.”

“Saya ingin menjadikan bilik ini nyaman dan comel, dengan banyak warna neutral (adakah kanak-kanak betul-betul mesti mempunyai warna-warna garang?). Saya inginkan terutamanya ambal yang indah untuk mereka bermain di atasnya dan langsir untuk menimbulkan kehangatan di dalam bilik.”

Nina

Khaskan tempat untuk mengerekot

Membaca bersama-sama adalah hebat untuk perkembangan kanak-kanak. “Kami membaca cerita waktu tidur setiap malam,” kata Nina tentang rutin pada penghujung hari yang dikongsi dengan tiga anaknya. Khaskan tempat yang dapat menyamankan anda semua. Sofa mungkin bukanlah pilihan pertama untuk bilik kanak-kanak tetapi katil sofa seperti FLOTTEBO memudahkannya untuk duduk bersama-sama. Tiada ruang untuk sofa? Letakkan kusyen tambahan di tepi katil untuk menghasilkan penyandar yang selesa.

“Menjadikan tempat ini selamat untuk anak-anak adalah tentang memudahkannya untuk mereka bergerak di sekitar – supaya dapat mencari segala-galanya. Bagi kami, penting agar mereka berdikari sehingga takat yang sepadan dengan peringkat mereka.”

Nina
Seorang budak perempuan menggunakan sebatang kapur untuk melukis di pelekat dinding papan hitam yang ditampal pada dinding berwarna putih.

Ruang untuk seni dan pertukangan

“Pastikan barang-barang mudah didapati,” kata Nina. “Anak-anak saya suka melukis dan mewarnakan lukisan. Jadi, saya memudahkannya untuk mereka. Saya mahu mereka memiliki ruang untuk melakukan kerja seni mereka dan boleh membuka laci dan menjumpai gam dan gunting.” Temui idea yang sesuai dengan ruang anda, cuba pelekat dinding papan hitam yang kanak-kanak boleh gunakan untuk melukis karya agung mereka, kemudian memadamkannya dan bermula semula, atau gulung kertas lukisan dan kekuda MÅLA.

Bermain dari satu tempat ke tempat lain

Kanak-kanak tidak akan kekal di satu tempat sahaja. Mudahkannya untuk membawa mainan mereka bersama-sama di mana sahaja mereka ingin bermain. Gunakan kotak ringan yang boleh mereka angkat dan bawa untuk mainan kecil dan tambah roda untuk kotak lebih besar supaya mereka boleh menolak dan menarik mainan mereka yang lebih besar ke serata tempat. Bubuh label untuk membantu mereka mencari barang-barang yang diingini. Penggunaan gambar memberikan hasil yang sama dengan perkataan bagi mereka yang masih belum dapat membaca!

Tambah kegemaran mereka yang baharu

Kegemaran mereka yang baharu mungkin berubah dengan lebih pantas daripada yang boleh anda ikuti, tetapi tekstil ialah cara yang agak cepat untuk mengubah bilik mereka. Ia boleh semudah menambah kusyen dengan gambar wira hutan mereka, tetapi alas katil dengan ilustrasi hobi mereka, ambal dengan trek perlumbaan untuk peminat kereta dan langsir dalam warna kegemaran mereka akan membuahkan senyuman.

Katil impian

Buat katil yang anak anda akan suka memanjat ke atasnya. Mula dengan kelengkapan tidur lembut yang boleh mereka mengerekot di bawahnya. Mainan lembut merupakan teman katil yang menyamankan dan boleh berperanan sebagai watak utama semasa membaca cerita waktu tidur. Fikirkan juga tentang lampu malam dan tambahan kecil yang membendung ruang dan memberi anak anda rasa selamat, seperti kanopi katil LÖVA.

“Anak-anak saya tidak ada peranti elektronik. Sekali-sekala mereka menonton wayang tetapi kebanyakan masanya mereka bermain. Mereka baru sahaja menonton The Lion King. Jadi, semua permainan mereka sekarang berkaitan dengan hutan, merangkak, mengaum dan makan daripada pinggan di atas lantai.”

Nina

Pilih ambal untuk keselesaan, yang rasa lembut di bawah tapak kaki tidak berkasut dan lutut kecil. Pilih juga ambal yang dapat menjadi sebahagian daripada permainan. Gabungan tekstur dan jalur berwarna pada BRÖNDEN, ubah ambal menjadi dunia untuk diterokai.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Ashlyn Gibson
Jurugambar: Benjamin Edwards
Pengarah seni: Jules Rogers
Penulis: Helen Bazuaye