Kunjungan rumah: idea hiasan meja untuk parti musim panas

Meja parti musim panas dengan alas meja berwarna terang, tindanan pinggan mangkuk berwarna biru, pelbagai jenis kerusi dan kalungan bunga tiruan.

Kunjungan rumah: idea hiasan meja untuk parti musim panas

Ambil pendekatan yang santai terhadap musim keraian ini dan jadilah tuan rumah yang dapat menikmati perjumpaan ini seperti yang dirasai oleh tetamu. Pilih daripada cara yang mudah tetapi indah ini untuk menyediakan meja makan.

Tempat duduk untuk setiap orang

Peraturan pertama menjadi tuan rumah: jangka kehadiran tetamu yang tidak diduga! Aturkan kerusi di meja anda supaya sentiasa ada ruang untuk seorang lagi. Kerusi yang boleh ditindan ialah cara penjimatan ruang untuk menyediakan tempat duduk tambahan dengan segera apabila diperlukan. Penggunaan bersama beberapa bangku panjang bermakna tetamu dapat duduk rapat-rapat untuk meluangkan tempat. Apabila selesai, alihkan bangku panjang ke dinding untuk menyediakan tempat duduk bagi merehatkan kaki selepas penat menari.

Gantungkan kalungan musim panas

Fikirkan dari segi tiga dimensi apabila menghias meja anda dan tambah pameran di atas. Kaitkannya dengan tema keraian supaya tetamu rasa betul-betul asyik dalam acara itu. Untuk meja musim panas ini, jurugaya hiasan dalaman Ashlyn Gibson menggantungkan kalungan bunga yang diikat pada tali mengikut panjang meja. Petua! Gunakan bunga tiruan yang boleh digunakan semula untuk parti sepanjang musim!

Dua meja dicantumkan, satu ditutupi dengan alas meja bercorak daun hijau, satu lagi dengan fabrik bercorak berwarna biru, setiap set dengan pinggan.

Dua alas meja menghasilkan dua kali ganda emosi

Meja ialah bintang utama acara ini dan anda dapat menyerlahkannya dengan satu idea yang mudah – gunakan alas meja. Pilih fabrik dengan corak yang menetapkan suasana parti dan semua yang lain akan mula jelas. Masa berparti selalunya bermakna lebih daripada sebuah meja diperlukan. Serlahkan hakikat ini dengan menutup setiap meja menggunakan fabrik dalam corak yang berbeza. Menarik, seronok dan mudah sekali!

“Bersikap santai apabila menjadi tuan rumah dengan mengetepikan sedikit sifat kesempurnaan anda! Jangan bimbang tentang padanan barang-barang, anda akan mendapatinya lebih mudah untuk menggunakan benda-benda yang anda ada di rumah – dengan sedikit tambahan lagi. Gunakan juga tekstil. Ia merupakan cara yang pantas dan tidak mahal untuk menimbulkan suasana.”

Ashlyn Gibson, jurugaya hiasan dalaman

Fikirkan tentang keselesaan dahulu

Anda mahu tetamu anda berseronok-seronok semasa di meja – dan masih berada di situ selagi belum habis bersembang. Jadi, tambah keselesaan selagi boleh. Pilih kerusi meja makan yang direka bentuk untuk membuatkan anda selesa semasa duduk. Tambah kusyen dan pelapik kerusi untuk melembutkan tepi tempat duduk yang lebih keras yang dibuat daripada bahan semula jadi.

“Parti adalah tentang orang ramai datang berkumpul. Galakkan semangat perkauman dengan meja anda. Wujudkan suasana santai supaya setiap orang rasa dialu-alukan. Fikirkan juga tentang meletakkan mangkuk besar berisi makanan di tengah-tengah meja untuk dikongsi oleh semua orang.”

Ashlyn Gibson, jurugaya hiasan dalaman

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.