Kunjungan rumah: hiasan menenangkan untuk bilik tidur bebas tekanan

Bilik tidur putih dilengkapi peralatan tidur neutral dan berbunga serta gambar hitam putih di dinding.

Kunjungan rumah: hiasan menenangkan untuk bilik tidur bebas tekanan

Cipta persekitaran yang santai supaya anda boleh berehat sebelum tidur malam yang lena. Dapatkan inspirasi daripada bilik tidur ini yang menggabungkan kesederhanaan gaya dengan pengaturan pintar.

Perkemaskan storan anda

Gunakan storan untuk memastikan bilik tidur anda tidak berselerak. Sarah menukar ruang tidak digunakan di belakang katilnya menjadi bilik pakaian dengan storan terbuka dan tertutup.

Suaikan almari anda

Storan utama disuaikan dengan aksesori kecil seperti cangkuk, rel dan lampu pencengkam untuk membantu mengatur pakaian dan aksesori. "Ada ruang untuk menggantung dan melipat, dan ia cukup pencahayaan. Jadi, lebih mudah untuk mencari barang dan memastikannya kemas," ulas Sarah.

Sarah sedang menggantung kemeja di belakang dinding putih yang dihias gambar hitam putih.

"Bagi saya, salah satu perkara yang mencetuskan rasa tenang ialah pengaturan yang baik, dengan hanya beberapa barang dipamerkan."

Sarah

Minimumkan gangguan

Gabungkan dinding neutral dengan lapisan peralatan tidur yang lembut dalam warna selesa supaya katil dapat diserlahkan. "Bilik tidur saya bukan hanya tempat untuk tidur tetapi juga tempat untuk santai," ulas Sarah. "Pada hujung minggu, saya suka baring, berselubung dengan linen katil yang lembut dan buku." Dia menggunakan lampu lekapan dinding supaya meja sisinya kemas, khas untuk buku dan gambar keluarga istimewa yang saya suka lihat apabila bangun tidur.

Cipta sudut tenang

Cari cara mudah tidur untuk berhenti dan bersantai di bilik tidur anda sebelum anda cuba tidur. Kerusi berlengan dan pencahayaan lembut sahaja yang diperlukan untuk mencipta ruang membaca yang selesa. Sarah juga suka berlatih yoga di bilik tidurnya. "Ini bilik yang saya pergi untuk menyegarkan diri," ulasnya.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dicipta oleh
Jurugaya hiasan dalaman: Pernilla Warnhammar
Jurugambar: Lina Ikse
Ikuti Sarah @shabbychicinteriors