Kunjungan rumah: cara mengatur dan mencetuskan rasa tenteram

Almari pakaian terbuka di reluang dengan rel pakaian, rak dan kotak, serta kemeja-T digantung di atas rel merentasi tingkap.

Kunjungan rumah: cara mengatur dan mencetuskan rasa tenteram

Di rumah keluarga kecil Hiromi, pengaturan rumah sangat penting untuk mencipta persekitaran yang santai. Mantranya ialah ‘memastikan setiap ruang digunakan dan semuanya ada tempatnya’. Lihat cara dia melakukannya…

Tindan dan simpan dengan kotak

‘Bagi saya, pengaturan untuk hidup lebih tenteram sentiasa dilakukan,’ ulas Hiromi. ‘Perubahan kecil seperti menambah storan almari pakaian dalaman dan storan kecil boleh memberikan perbezaan yang besar.’ Hiromi memaksimumkan kemungkinan storan di rak terbuka sambil menyimpan barang berselerak di dalam kotak storan yang ditindan. ‘Anda boleh campur dan padankan saiz untuk memenuhi keperluan yang berbeza.’

‘Pemilihan kotak dalam satu warna dan bentuk sama memberikan penyelesaian ini penampilan yang santai’

Hiromi
Pelbagai beg dan beg galas di sangkut di cangkuk pada ketinggian berbeza di dinding biru.

‘Apabila setiap orang ada storannya sendiri di ruang depan, ruang kecil tidak akan berselerak. Rutin pagi akan menjadi lebih mudah’

Hiromi

Gandakan storan dapur anda

Pastikan ruang dapur anda tidak dibazirkan dan anda dapat meningkatkan fungsinya dan menambah keseronokan anda menggunakannya. Hiromi menggunakan idea storan seperti rel dinding, cangkuk, storan dinding bermagnet dan selitan para untuk almari. ‘Jangan letak terlalu banyak barang,’ ulasnya. ‘Tinggalkan sedikit ruang untuk memudahkan anda mencapai dan menyimpan barang.’

Gantung bekas menyiram anda

Simpan barang yang anda suka dan guna berdekatan tempat anda akan menggunakannya. Bagi Hiromi, pokok ialah ‘barang penting untuk ruang santai’. Bekas menyiram digantung di atas taman dalam rumah untuk menjimatkan ruang dan bertindak sebagai peringatan yang comel untuk menjaga pokoknya. Dia sangat menghargai rutin yang menenangkan jiwa ini.

Potret Hiromi di dapurnya.

Tenangkan diri, kekal tersusun atur

‘Rumah ialah tempat untuk berehat dan rasa tenang. Jadi kita perlu mengaturkannya supaya ia kemas dan bersatu,’ ulas Hiromi. ‘Saya rancang mengikut fungsi dan aktiviti dengan menyimpan barang yang digunakan setiap hari di tempat mudah dilihat dan dicapai. Kebanyakan barang lain disimpan di dalam storan tertutup. Untuk aktiviti yang dilakukan di rumah, cuba penyelesaian boleh gerak seperti troli atau kotak mudah alih.’

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dicipta oleh
Jurugaya hiasan dalaman: Aiko Ito
Jurugambar: Sean Myers
Ikuti Hiromi di Instagram: @kiki_nekko