Kunjungan rumah: cara mencipta bilik tidur yang selesa dan santai.

Bilik tidur yang mempunyai katil kelamin dan meja sisi.

Kunjungan rumah: cara mencipta bilik tidur yang selesa dan santai.

Tidak perlu menyerabutkan otak. Cipta bilik tidur yang selesa dan menunjukkan personaliti anda. Cari inspirasi untuk tekstil dan pameran daripada bilik tidur yang kecil dan peribadi ini.

Bagi mencipta bilik tidur yang mengutamakan tidur berkualiti dan masa berehat, mulakan dengan katil. Tambah kuilt, cadar dan kusyen berwarna santai sama ada warna neutral yang menenangkan atau warna lebih gelap yang menyelesakan. Guna linen katil yang ringkas. Kemudian, hias kawasan sekelilingnya dengan karya seni, tekstur lembut dan pencahayaan rendah. Storan kecil sangat berguna untuk menyimpan item penting berhampiran anda dan kawasan tidur anda akan lebih kemas.

Pameran rak dinding dengan susunan buku, gambar dan vas.

Tetapkan pemandangan dari katil anda dan cipta sesuatu yang anda suka lihat ketika bangun tidur dan ketika anda bersiap untuk tidur. Letakkan rak di dinding yang bertentangan dan susun pelbagai objek yang mencetuskan kenangan, merehatkan atau menginspirasikan. Ini cara paling fleksibel untuk pameran – bila-bila masa anda mahu pemandangan baharu, hanya alih kedudukan barangan atau tambah objek baharu.

Potret Jurij dan Konstancja mengambil swafoto.

‘Keselesaan ialah penciptaan ruang tanpa kerisauan ,’ kata Jura yang tinggal di gudang yang diubah suai ini bersama pasangannya Konstancja. ‘Kita hanya perlu menghasilkan barangan yang sesuai untuk kita dan mudah dijaga. Sesetengah perkara mudah sahaja dan ia tidak perlu sama dengan orang lain – dan kami rasa selesa dengan fakta ini.’

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dicipta oleh
Jurugaya hiasan dalaman: Ashlyn Gibson
Jurugambar: Benjamin Edwards