Kunjungan ke rumah: pejabat rumah yang menginspirasikan kerja anda.

Hasil seni dan inspirasi dipaparkan di dinding di atas meja kayu dan kerusi hitam.

Kunjungan ke rumah: pejabat rumah yang menginspirasikan kerja anda.

Perlu bekerja tetapi sukar fokus? Ruang meja tersusun atur dan peribadi boleh memberikan inspirasi kepada anda untuk memulakan projek dan menyiapkannya! Cuba lihat ruang kerja Dagmara untuk idea yang menyeimbangkan fokus dengan keseronokan.

Serlahkan kreativiti anda dengan menampal dan mengetip cetakan dan gambar yang menimbulkan suasana eklektik yang juga mudah ditukar sekiranya anda mahu sumber inspirasi baharu. Dagmara menggunakan junjung dinding IKEA vintaj, tetapi bingkai grid dawai seperti MYRHEDEN juga boleh digunakan. Gunakan kotak dan penyusun atur atas meja dalam pelbagai gaya, saiz dan bentuk untuk menyimpan kertas dan alat dengan kemas dan menampilkan pemandangan yang menarik. ‘Pemilihan beberapa warna sahaja boleh membuatkan semua kelihatan teratur,’ ulas Dagmara, seorang pekerja IKEA yang menunjukkan kami cara untuk menggabungkan ruang kerjanya. Jangan lupakan tumbuhan. Ia membantu mengurangkan tekanan dan menggalakkan kreativiti.

Kotak storan ditindan dan dilabel.

Inspirasi dan gambar diketip ke rak dawai di dinding.

Secawan teh dan alat tulis di atas meja kayu.

‘Apabila saya menukar ruang kerja saya menjadi ruang yang tersusun atur dan seronok, saya mudah bekerja tanpa gangguan’

Dagmara, Łódź
Potret Dagmara.

‘Saya bekerja sebagai seorang guru sebelum saya menyertai IKEA. Saya meluangkan masa yang lama bekerja di rumah, duduk di meja saya,’ ulas Dagmara. ‘Selepas saya selesai menghias bilik anak perempuan saya, Hania, saya memulakan blog tentang bilik kanak-kanak. Sekarang, Hania juga suka menggunakan ruang ini untuk melakukan kerja sekolahnya.’

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dicipta oleh
Jurugaya hiasan dalaman: Katie Phillips
Jurugambar: Polly Wreford
Ikuti Dagmara di Instagram: @roomor_