Kunjungan ke rumah: 3 petua penyusunan dapur yang kreatif

Meja dapur dan tumbuhan di atasnya yang berada di atas rak, dan gambar dulang hitam putih di atas rak dan mentol filamen yang diambil dari dekat.

Kunjungan ke rumah: 3 petua penyusunan dapur yang kreatif

Bolehkah dapur yang tersusun atur dengan baik mempunyai ruang untuk personaliti? Cari inspirasi daripada idea tersembunyi dan terbuka di ruang memasak yang tersusun atur ini.

Campurkan peragaan dengan storan Gunakan kabinet dapur lekapan dinding untuk menyembunyikan barangan yang anda tidak mahu lihat dan rak terbuka untuk barangan yang anda mahu lihat. ‘Ruang antara baris kabinet memberikan storan tambahan dan peluang peragaan serta memberikan gambaran kecerahan,’ ulas pekerja IKEA Dagmara tentang kabinet di dapurnya.

Gantung item kegemaran anda Dagmara menggunakan rak pisau bermagnet dan cangkuk di atas kaunter untuk menyimpan peralatan kecil dan aksesori hiasan. ‘Saya suka meletakkan barangan yang saya suka dan paling kerap guna di tempat mudah dilihat dan mudah dicapai,’ terangnya lagi.

Gelas, koleh dan potongan tumbuhan diperagakan di atas tiga para putih.

Berikan ruang untuk para terbuka Para terbuka Dagmara menggabungkan fungsi dengan penampilan yang kemas dan bersih. ‘Untuk storan terbuka, kadang-kadang pengurangan lebih baik; ulasnya.

Potret Dagmara.

Penyusunan dapur yang mudah ‘Biasanya, storan tidak mencukupi di dapur,’ ulas Dagmara. ‘Namun begitu, idea kecil sesuai digunakan. Belebas gambar dan cangkuk adalah cara terbaik untuk mengosongkan permukaan kerja anda sambil berseronok menghias. Anda juga boleh mengoptimumkan penggunaan ruang dinding.’

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dicipta oleh
Jurugaya hiasan dalaman: Katie Phillips
Jurugambar: Polly Wreford
Ikuti Dagmara di Instagram: @roomor_