Kehidupan penuh kesedaran – kebahagiaan tinggal dengan memiliki kurang kebendaan

Sebuah katil dengan kepala katil berkuilt kain baldu berwarna kelabu dan linen katil berlapis.

Kehidupan penuh kesedaran – kebahagiaan tinggal dengan memiliki kurang kebendaan

Memilih untuk tinggal di ruang kecil tidak bermakna memilih kehidupan yang kecil! Dicabar untuk mencipta rumah bagi seorang pesara yang berpindah ke ruang yang lebih kecil iaitu pangsapuri studio, pereka hiasan dalaman Hans Blomquist menggabungkan keselesaan dan storan pintar untuk menghasilkan rumah yang tidak berselerak dan bilik yang amat selesa untuk didiami.

Potret seorang wanita memakai cermin mata berbingkai hitam dan rantai leher berwarna hitam.

Peluang untuk memulakan hidup baharu setiap hari

Adakan ruang untuk perkara yang penting bagi anda merupakan satu-satunya ‘peraturan ruang kecil’ untuk pasukan yang merancang pangsapuri studio ini untuk wanita bujang khayalan kami untuk memulakan semula kehidupan di bandar baharu. Daripada memilih perabot yang kecil, sebuah katil besar dengan kepala katil kain baldu yang lembut dipilih menjadi perabot utama – keselesaan saiznya yang besar memastikan dia bangun daripada tidur berasa segar dan bersedia menikmati apa-apa yang diharunginya.

Di sebalik rumah ini ialah idea untuk menggunakan ruang yang anda ada, walaupun terhad, agar sesuai dengan anda. Tiba-tiba anda memiliki lebih kebebasan, masa dan tenaga untuk melakukan perkara yang anda sukai.

Pisahkan ruang, gandakan penggunaannya

Unit storan melakukan tugas yang berguna, tetapi di sini ia berguna dan juga indah. Unit bebas yang dipasang dengan selamat pada siling menghasilkan zon rehat yang berasingan. Tekstil dan pencahayaan mewujudkan ceruk yang selesa dan kusyen duduk menyediakan tempat duduk tambahan untuk tetamu. Pilihan storan terbuka dan tertutup unit ini bermakna barang-barang yang praktikal disorokkan di dalam laci, manakala para merupakan bingkai yang sempurna untuk mempamerkan koleksi.

Cari cara untuk rumah anda menggambarkan personaliti anda. Cangkuk menyimpan barang kemas dengan teratur sementara membolehkan anda melihatnya setiap hari; kabinet berpintu kaca memastikan barang-barang bernilai tidak berhabuk tetapi masih boleh dilihat.

Sentiasa ada ruang lagi

Adakah meja makan terpasang suatu yang menurutkan hati di pangsapuri studio? Bagi kehidupan baharu wanita kami di bandar baharu, memiliki tempat khas untuk menikmati ritual menyediakan meja makan, meluangkan masa seketika dan menikmati hidangan yang dirasakan penting – `kemanjaan yang memang patut diterima´.  Reka bentuk berkepak bermakna meja tersebut boleh dipanjangkan mengikut senarai tetamu, dengan kusyen duduk yang boleh didapati di dalam pangsapuri berfungsi sebagai tempat duduk tambahan.

Ruang kecil, cita rasa besar

Susun atur galei kompak dapur METOD/VOXTORP dirancang untuk menyeronokkan kerja memasak. Pencahayaan yang dihalakan pada permukaan atas kaunter menonjolkan kawasan penyediaan makanan. Untuk mengosongkan ruang pada permukaan atas kerja dan menambah ciri, storan terbuka dipisahkan antara ramuan yang selalu digunakan di para lebih rendah dan item yang jarang digunakan di para lebih tinggi. Unit para yang ditambah sebagai lanjutan unit dasar mempunyai tab plastik untuk kitar semula.

Apabila kurang bermakna lebih

Selain menggunakan semua ruang di dalam pangsapuri studio dengan pintar, pasukan tersebut melihat lebih daripada jabatan biasa untuk penyelesaian. Unit dinding BESTÅ mempunyai kedalaman 20 cm, cukup untuk menampung barangan kaca tetapi cukup nipis untuk dilekapkan pada dinding di kawasan ruang makan tanpa rasa seperti ia terletak di atas kepala anda sambil anda makan. Dan ia menyimpan gelas-gelas anda di sebelah tempat yang anda berkemungkinan besar menikmati minuman anda!

Membahagikan ruang lantai pelan terbuka di dalam pangsapuri studio ini kepada zon telah menghasilkan ‘bilik’ di dalam sebuah bilik, memudahkannya untuk menikmati aktiviti yang berbeza dan kehidupan melebihi batasan ruang.

Pelan lantai rumah.

Laporan Kehidupan di Rumah IKEA yang terkini mengenal pasti kepentingan pemilikan untuk membuatkan rumah rasa nyaman dan selesa seperti rumah sendiri. Memandangkan semakin ramai daripada kita menyewa, pemilikan tidak lagi tentang pembelian. Ia adalah tentang membuatkan ruang rasa peribadi bagi kita.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Hans Blomquist
Jurugambar: Kristian Krebs

Lihat Katalog IKEA yang baru untuk dapatkan lebih banyak inspirasi