IKEA memenangi hadiah besar dengan tujuh Anugerah Reka bentuk Red Dot!

Bangku merah dikelilingi kehijauan di kawasan berturap.

IKEA memenangi hadiah besar dengan tujuh Anugerah Reka bentuk Red Dot!

Sudah bertahun-tahun IKEA memenangi banyak anugerah reka bentuk. Tahun ini, ia memenangi tujuh Anugerah Red Dot untuk reka bentuk produk. Anugerah Red Dot ialah pengiktirafan yang disanjung tingi dan diberikan oleh juri antarabangsa untuk produk yang mempunyai reka bentuk mengagumkan. Mari lihat reka bentuk yang memenangi anugerah ini…

Ola Wihlborg, pereka produk IKEA.

Keselesaan di luar

BRUSEN ialah sofa luar yang direka bentuk supaya boleh digunakan bersendiri sebagai tempat santai yang anda boleh duduk atau digabungkan dengan aktiviti seperti ruang makan. "Saya mahu mencipta sofa hiasan yang tahan lama dan sesuai untuk persekitaran luar," ulas pereka Ola Wihlborg. "BRUSEN ialah sesuatu yang praktikal dan cantik. Struktur logam terbuka bersepadu dengan persekitaran dan boleh diperibadikan dengan bantal untuk keselesaan tambahan."

Marianne Hagberg dan Knut Hagberg, pereka produk IKEA.

Direka bentuk untuk semua orang

Meja OMTÄNKSAM direka bentuk untuk perangkuman dan kesejahteraan. Ia sebahagian daripada koleksi reka bentuk ergonomik yang dicipta untuk detik atau peringkat kehidupan apabila kita memerlukan sedikit sokongan tambahan. Meja ini ada permukaan matte untuk meminimumkan pantulan cahaya, ruang tambahan di bawah, dan bentuk organik supaya tiada bucu tajam. Ia pantas dan mudah dipasang tanpa memerlukan alat tambahan.

"Kami mahu mereka bentuk meja yang ada ciri estetik dan fungsi yang bagus dan kami memberikan lebih banyak tumpuan dalam penyelesaian pintar dan perangkuman. Ini sememangnya meja yang sesuai untuk kehidupan harian semua orang."

Marianne Hagberg dan Knut Hagberg, pereka IKEA
Andreas Fredriksson, pereka produk IKEA.

Bunyi bergaya

Direka bentuk dengan kerjasama pakar bunyi Sonos, pembesar suara rak buku WiFi SYMFONISK ini berbilang fungsi. "Ia boleh dilekap di dinding, di atas sebarang rel dapur atau diletakkan berdiri atau dibaringkan di atas rak buku – tanpa menjejaskan kualiti bunyi atau pengalaman pengguna" ulas Andreas Fredriksson, pereka di IKEA Sweden.

Pembesar suara segi empat tepat dan buku di unit rak hitam.

"Apabila mereka bentuk pembesar suara ini, kami perlu mempertimbangkan bahawa anda memerlukan ruang untuk menghasilkan bunyi jadi kami mencetuskan idea pembesar suara berbilang fungsi."

Andreas Fredriksson, pereka di IKEA Sweden
Pereka IKEA, Henrik Preutz.

Pencahayaan yang bekerja keras

Pereka IKEA Henrik Preutz mencipta lampu kerja SVALLET. "Saya mahu mereka bentuk teman sejati untuk meja kerja anda," ulasnya. "Lampu yang ringkas tetapi segak dan mempunyai karakter dan personaliti. Pembinaannya juga direka bentuk dengan mengutamakan kebolehcapaian dan kemampanan." SVALLET terdiri daripada terendak yang mudah dipasang berdetap di tapak yang juga memegang kabel dengan kemas.

"Dengan hanya dua bahagian, lampu kerja SVALLET mudah dipasang dan mudah dibawa. Jadi, ia benar-benar mampu milik kepada kebanyakan orang."

Henrik Preutz, pereka IKEA
Hanna Carleke, pengurus produk dan siri IKEA.

Dapur pintar

Hud penyari hitam gilap FOKUSERA menerima satu anugerah. "Kami mahu mencipta perkakas rumah yang hebat dari segi bentuk, bahasa dan fungsi. Kami memberikan perhatian lebih pada perincian dan pengalaman pengguna supaya produk ini seronok digunakan," ulas pengurus produk dan siri Hanna Carleke. Ketuhar udara paksa FINSMAKARE yang menjimatkan tenaga dan ketuhar combi gelombang mikro FINSMAKARE juga menerima anugerah.

Dapur kayu dengan permukaan atas kerja putih dan hud penyari hitam.

"Sama ada mereka bentuk lampu, sofa, perkakas dapur, meja atau pembesar suara, kami boleh mencapai hasil dan kualiti reka bentuk yang tinggi apabila mempertimbangkan bentuk, fungsi, kualiti, kemampanan dan kemampuan."

Evamaria Rönnegård, pengurus reka bentuk di IKEA Sweden

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.