Berkongsi bilik tidur dengan bayi

Gambar bilik tidur dilengkapi katil kelamin, katil bayi dan mainan kanak-kanak.

Berkongsi bilik tidur dengan bayi

Sama ada anda berkongsi bilik tidur dengan si kecil kerana pilihan atau keperluan anda, di sini diberikan beberapa idea ringkas yang boleh membantu mencipta ruang yang tenang, praktikal dan mudah dikongsi.

Cipta sudut selesa

Pilih satu sudut di bilik tidur anda untuk katil bayi anak bertatih anda, alaskan dengan kusyen dan selimut, dan tambah lampu membaca mesra kanak-kanak mengikut ketinggiannya. Keluarkan satu sisi katil bayi apabila si kecil bersedia berjalan sendiri.

Sediakan katil untuk si patung rakan baik anak anda. Mainan lembut sangat sesuai dijadikan rakan bermain yang kekal lama

Luangkan masa untuk masa bercerita

Kanak-kanak suka meniru ibu bapa mereka. Dengan versi mini kerusi berlengan STRANDMON, anda berdua boleh bersama-sama duduk membaca cerita yang sama, atau cerita berlainan apabila mereka sudah mula suka membaca sendiri.

Ubah semula tujuan penggunaan meja menukar lampin

Cari penggunaan lain untuk meja menukar lampin apabila anak anda sudah besar. Jenis ini boleh ditukar menjadi peti storan yang sesuai untuk menyimpan barang yang anda mahu jauhkan dari pandangan dan mempamerkan buku dan mainan kegemaran.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.