Berbeza tetapi tertarik

Wanita dan lelaki berumur dalam lingkungan tiga puluhan tersenyum sambil berdiri berdampingan dengan mesra; pakaian dan aksesori di atas rak di belakang mereka.

Berbeza tetapi tertarik

Kekasih, ya. Cita rasa yang sama, tidak. Bagaimanakah anda mencipta rumah apabila dua orang dewasa akan tinggal bersama? Pereka hiasan dalaman Mia Gustafsson membantu mengatasinya.

Lakaran wajah hitam putih pereka hiasan dalaman IKEA Mia Gustafsson: tersenyum, rambut pendek, cermin mata diletakkan di atas kepala, skarf.

Temui pereka hiasan

Pereka hiasan dalaman Mia Gustafsson menerima cabaran untuk mencipta rumah pasangan yang baru tinggal bersama – dua orang yang dilamun cinta tetapi mempunyai idea yang berbeza berkaitan dengan hiasan dalaman.  “Saya mahu mencipta ruang yang membuat mereka berdua berasa nyaman dan selesa di rumah – yang menyatukan dua gaya dan kisah individu mereka.”

Memaksimumkan storan

Campuran storan terbuka dan tertutup memudahkannya untuk mempamerkan barang-barang anda yang bernilai dan menyembunyikan yang selebihnya di belakang pintu tertutup. “Pasangan ini bereksperimen dengan penyelesaian storan mereka dan menggunakan segala-galanya daripada almari besar kepada belebas gambar lut sinar dan bakul kecil. Mereka memaksimumkan storan secara peribadi”, kata Mia.

Ruang di antara yang sungguh bernilai

Kabinet di ruang tamu bukan sahaja hebat untuk mempamerkan barang-barang bernilai di belakang pintu kaca. Di sini, ia juga berfungsi sebagai tempat letak papan luncur air dan tempat terbaik untuk koleksi topi yang cantik. “Menggunakan ruang di antara ialah cara hebat untuk mengoptimumkan rumah dan membuatkannya lebih menyeronokkan.”

Kuasa latar belakang yang tenang – dan penggunaan warna terang yang mengejutkan

Mia Gustafsson menggunakan warna pekat sebagai latar belakang yang tenang yang menyatukan rumah eklektik ini. Tetapi ada kekecualiannya, seperti bingkai pintu berwarna merjan terang yang menuju ke bilik tidur: “Jangan takut untuk menambah warna berkontras di sesuatu tempat. Jika ia tidak menjadi seperti yang anda harapkan, atau jika anda berasa bosan dengannya, mudah sahaja untuk dicat semula”, katanya.

Meja sisi dengan gabungan pembesar suara WiFi dan lampu. Storan hiasan dalam beberapa kabinet kecil di dinding di atas.

Lengkapi dengan bunyi dan cahaya

Mewujudkan suasana yang sesuai di rumah bukan sahaja tentang ambal, perabot dan karya seni. Cahaya dan bunyi merupakan penggalak suasana berkesan yang dapat membuat perbezaan dengan mudah antara hari Isnin yang muram dan yang hebat. “Saya menggunakan tiga pembesar suara WiFi SYMFONISK, satu di dalam bilik tidur dan dua lagi di ruang tamu. Kesemuanya bersepadu dengan baik di dalam rumah, menawarkan bunyi yang hebat dan boleh dikawal bersama atau secara berasingan – sempurna apabila dua orang yang tinggal di sini ingin mendengar sesuatu yang berbeza di ruang yang berbeza”, kata Mia.

Berfungsi dengan sentuhan lembut

Dapur yang dilindungi oleh panel dinding berwarna loyang dan bukannya jubin klasik, dan juga bilik almari pakaian dengan kertas dinding dan jubin lantai dalam corak berbeza, memberikan sesuatu yang tidak dijangka kepada rumah – sementara masih amat praktikal. “Contohnya, almari pakaian PAX. Ia mempunyai pintu gelangsar yang sempurna apabila ruang adalah tidak banyak, dan walaupun ia sama di bahagian luar, bahagian dalamnya disesuaikan agar betul-betul memenuhi keperluan setiap orang.”

Seorang lelaki berdiri di dapur berbentuk U berwarna gelap yang moden dan sangat bersih. Jubin lantai bercorak petak-petak, pencahayaan yang tidak menonjol.

Ilustrasi skema, seperti rangka tindakan, pangsapuri sebagai latar belakang dan alatan untuk imej lain di dalamnya.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Mia Gustafsson
Jurugambar: Martin Inger

Lihat Katalog IKEA baharu di sini dan dapatkan lebih idea yang inspiratif.