Belian yang pintar untuk waktu mandi yang lebih lestari

Tuala, cangkuk, sink dan paip pada dinding berwarna hitam, dengan padang kelihatan di belakang tirai mandi berjalur.

Belian yang pintar untuk waktu mandi yang lebih lestari

Bilik mandi ialah tempat yang hebat untuk bermula apabila bercakap tentang gaya hidup yang mementingkan alam sekitar di rumah – memandangkan seluruh keluarga menggunakannya, perubahan yang kecil pun akan membuat perbezaan yang besar apabila digabungkan. Mula dengan penambahan yang mudah seperti tekstil mesra alam dan teknologi penjimatan tenaga.

Pilih kapas yang mesra alam

Semua kapas yang digunakan dalam produk IKEA didapati daripada sumber yang lestari 100%, termasuk tuala OTTSJÖN yang baharu. Tuala yang tersedia sebagai tuala tangan atau tuala mandi ini juga amat lembut, boleh menyerap dan cepat kering.

Kurangkan sisa dengan bahan kitar semula

Rangkaian OTTSJÖN yang baharu juga merangkumi tirai mandi pintar yang dibuat daripada botol PET kitar semula. Setiap tirai mandi mengandungi cuma lebih sedikit daripada empat botol air kitar semula, mengurangkan penggunaan bahan mentah supaya kesan terhadap alam sekitar adalah lebih rendah.

Jimatkan tenaga dengan paip mula sejuk

Cari paip campuran dengan fungsi mula sejuk untuk menjimatkan tenaga sehingga 30%. Ia bermakna bahawa apabila tuil dinaikkan ke atas, hanya air sejuk mengalir keluar. Cuma apabila dipusingkan, pemanasan air akan bermula.

Mandi dengan lebih pintar dan kurangkan pembaziran air

Semua pancuran dan kepala pancuran IKEA dibuat dengan pengatur aliran bijak yang mengurangkan aliran air tanpa mengurangkan tekanan, bermakna pancuran mandi anda rasa sama kuat dan menyegarkan tetapi menggunakan sehingga 30% kurang air.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.