3 sebab untuk menaik taraf cara anda menyimpan barangan kesayangan

Kabinet berpintu kaca HAVSTA mempamerkan bunga, buku dan kaki lilin.

3 sebab untuk menaik taraf cara anda menyimpan barangan kesayangan

Siri HAVSTA baharu yang cantik direka bentuk untuk menaik taraf storan. Ia cukup serba boleh sehinggakan sesuai digunakan di mana-mana ruang. Anda juga boleh mencampurkan dan memadankan unit. Di sini ialah 3 sebab untuk menghasilkan penyelesaian yang sempurna.

Ruang tamu dipenuhi terendak lampu, bingkai dan kabinet berpintu kaca.

1. HAVSTA membantu anda menyusun atur Penyelidikan baharu oleh IKEA menunjukkan kebanyakan daripada kita merasa sukar berehat apabila terlalu banyak barang berselerak di ruang tamu. Jadi HAVSTA direka bentuk untuk membantu anda mempamerkan barangan anda di dalam kabinet terbuka ataupun menyusun atur barangan jauh dari pandangan dan di belakang pintu tertutup, jika ini pilihan anda.

2. Anda boleh membinanya mengikut cara anda Bina unit secara mendatar, menegak atau gunakannya secara kendiri sekiranya anda kekurangan ruang – jangan lupa untuk mengikut arahan keselamatan dan lekatkan kabinet ke dinding. HAVSTA juga mempunyai set rangkaian meja dan meja kopi berstoran untuk melengkapkan gaya anda.

3. Ini koleksi yang mementingkan alam sekitar HAVSTA diperbuat daripada pain padu dan diperoleh dari hutan yang diurus secara lestari. Unit direka bentuk dengan seni pertukangan yang halus dan tahan lama sehingga bertahun-tahun akan datang. Pilih warna kelabu atau coklat gelap bergaya tradisional.

Lihat seluruh siri HAVSTA di gedung atau dalam talian sekarang