Terma & Syarat

IKEA gift card bernilai hingga RM150 dengan Citi 0% Easy Pay Plan

1. Tawaran sah dari 1 November 2019 hingga 31 Januari 2020 (termasuk kedua-dua tarikh) (“Tempoh Tawaran”), terbuka kepada ahli kad utama dan tambahan Kad Citi Visa yang dikeluarkan di Malaysia (“Kad Citi Visa”).

2. Mereka yang berikut TIDAK layak untuk menyertai Kempen ini:-

a)    Ahli kad Citibusiness (penajajaminan perniagaan);

b)    pemegang (pemegang-pemegang) mana-mana Kad Citi Visa yang tidak dikeluarkan di  Malaysia;

c)    pemegang (pemegang-pemegang) mana-mana Kad Citi Visa yang mungkir daripada mana-mana kemudahan yang diberi oleh Citibank pada bila-bila masa semasa Tempoh Kempen, tertakluk pada budi bicara Citibank’; dan/atau

d)    Mana-mana pelanggan Citibank yang melakukan atau disyaki telah melakukan apa-apa tindakan penipuan atau salah berkaitan Akaun Kad Citibank atau mana-mana kemudahan perkhidmatan yang diberi oleh Citibank, termasuk Citibank Online, boleh diakses melalui www.citibank.com.my.

3.    Tawaran tidak boleh digunakan untuk pembelian dalam talian.

4.    Tawaran dibahagikan kepada 2 kategori perbelanjaan:-

Kategori A: Belanja RM1,000 dan dapatkan IKEA gift card RM50 - Dengan Citi 0% Easy Pay Plan
Kategori B: Belanja RM3,000 dan dapatkan IKEA gift card RM150 - Dengan Citi 0% Easy Pay Plan

5. Kategori A - Belanja RM1,000 dan dapatkan IKEA gift card RM50

a)    Setiap ahli kad akan berhak kepada satu (1) IKEA gift card RM50 tertakluk pada pembelanjaan minimum RM1,000 hingga kepada RM2,999.99 ke atas kelengkapan rumah di gedung IKEA dalam satu resit menggunakan kad Citi Visa yang dikeluarkan di Malaysia.

b)    Tawaran sah dengan pembayaran menggunakan kad Citi Visa melalui Citi 0% Easy Pay Plan untuk tempoh minimum selama 6 bulan.

c)    Tawaran sah untuk kedua-dua, ahli kad utama dan tambahan Citi Visa;

d)    Tawaran terhad kepada satu (1) penebusan bagi setiap ahli kad bagi setiap hari.

e)    IKEA gift card RM50 terhad kepada 2,020 keping pada sepanjang Tempoh Tawaran atas dasar siapa cepat dia dapat. Sebaik sahaja IKEA gift card RM50 telah ditebus sepenuhnya, ahli kad yang layak tidak akan layak mendapat IKEA gift card RM50 walaupun telah memenuhi kriteria perbelanjaan.

6. Kategori B – Belanja RM3,000 dan dapatkan IKEA gift card RM150

a)    Setiap ahli kad akan berhak kepada satu (1) IKEA gift card RM150 dengan perbelanjaan minimum RM3,000 dan lebih ke atas kelengkapan rumah di gedung IKEA dalam satu resit dengan kad Citi Visa yang dikeluarkan di Malaysia.

b)    Tawaran sah dengan pembayaran menggunakan kad Citi Visa melalui Citi 0% Easy Pay Plan untuk tempoh minimum selama 6 bulan.

c)    Tawaran sah untuk kedua-dua, ahli kad utama dan tambahan Citi Visa;

d)    Tawaran terhad kepada satu (1) penebusan bagi setiap ahli kad bagi setiap hari. 

e)    IKEA gift card RM150 IKEA terhad kepada 760 keping pada sepanjang Tempoh Tawaran atas dasar siapa cepat dia dapat.  Sebaik sahaja semua IKEA gift card RM150 telah ditebus sepenuhnya, ahli kad yang layak tidak berhak mendapat IKEA gift card RM150 walaupun telah memenuhi kriteria perbelanjaan.

7. Ahli kad tidak dibenarkan menebus daripada kedua-dua kategori pada hari yang sama.

8. Penebusan hendaklah dibuat pada hari pembelian yang sama di kios penebusan Citi.

9. Terma dan syarat yang ditetapkan oleh IKEA diguna pakai pada penggunaan IKEA gift card RM50 dan RM150.

10. Sekiranya IKEA gift card telah ditebus sepenuhnya sebelum kempen tamat, notis pemberitahuan akan diletakkan di kios penembusan IKEA – CITI bertempat di gedung-gedung IKEA.

11. Ahli kad hendaklah tidak mungkir daripada mana-mana pembayaran atau telah melakukan apa-apa pelanggaran pada mana-mana terma, syarat atau perjanjian yang mentadbir mana-mana kemudahan, perkhidmatan atau akomodasi yang disediakan oleh Citibank Berhad, termasuk Citibank Online. Ahli kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Citi 0% Easy Pay Plan dan Helaian Pendedahan Produk di Citibank Online yang boleh diakses melalui https://www.citibank.com.my.

Citibank hanyalah pihak yang mengeluarkan kad kredit dan bukan egen bagi pedagang yang mengambil bahagian, Ikano Handel Sdn Bhd dan subsidiari atau ahli gabungan. Setakat yang dibenarkan sepenuhnya oleh undang-undang, Citibank secara tersurat tidak memasukkan dan menolak apa-apa representasi, waranti atau pengendorsan temasuk tetapi tidak terhad kepada kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian bagi apa-apa tujuan atau pembetulan pada apa-apa keterangan atau spesifikasi dari segi apa-apa produk yang dipaparkan dalam bahan ini dan Citibank tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kecederaan, kehilangan, kerosakan yang dialami daripada penggunaan apa-apa produk yang dipaparkan dalam bahan ini.  Pertanyaan dan isu tentang produk hendaklah dikemukakan terus kepada pedagang, pembekal atau pengilang