skip to main content
 
 

SUMMER

Kali ini tiada tempat seperti di rumah

Tahun ini kami tak sabar untuk berada di rumah, dan hargai masa setiap hari. Kerana, bukankah benar tak perlu pun menaiki penerbangan lampan jam untuk waktu malam yang hebat atau spa yang jauh untuk rehat yang terbaik?

Jadi, sama ada hujan atau panas, kami jemput ke kerehatan sebenar; ia tentang perlahankan masa dan hargai setiap detik.

KINI DI IKEA
Sarapan hotel terbaik - di rumah
Elakkan beratur panjang untuk makan dan cipta sarapan gaya hotel di rumah. Gantung lampu pendan berkuasa suria SOLVINDEN pada ranting. Hias koleksi SOMMAR 2018 dengan ton neutral, termasuk alas meja kuning air semula jadi dan koleh kelabu dan mangkuk.
Tindanan penkek, telur mata kerbau dan cawan kopi panas. Benar bukan, tak perlu hotel untuk sarapan terbaik? Sediakan sendiri bermakna anda putuskan bahan dan masa.
Dapatkan tempat anda di bawah sinaran
Jadi spontan dan dapatkan tempat di bawah matahari! Payung gantung RAMSÖ firus dan kerusi santai HÅMÖ bolehkan anda berehat dan relaks di mana-mana. Hanya lipat dan bawa pergi… atau duduk selama yang anda mahu!
Set tekstil segar, lantera berkuasa suria dan beberapa keperluan untuk mencipta memori berpanjangan sesuai untuk aktiviti siang spontan. Apa yang anda perlu lakukan sekarang adalah ikut ke mana sahaja roda bawa anda pergi.
Bersantai di laman belakang dengan teman
Ajak kawan-kawan ke parti belakang rumah! Hidang snek di meja sisi MASTHOLMEN. Tetamu boleh duduk selesa di sofa luar 3 tempat duduk SOLLERÖN. Letak tekstil ceria seperti alas TUVALIE dengan jalur merah dan sarung kusyen kuning terang SOMMAR.
Dengarkan lagu kegemaran anda dan jemput teman-teman untuk bersantai di luar rumah. Tiada tempat lebih baik daripada di rumah untuk adakan makan-makan.
Jemput jiran tetangga ke barbeku
Kesegaran di tingkap
Tidak perlu balkoni, hanya buka tingkap untuk rasa seperti di luar. Bayangkan pokok ivy tergantung di bekas pasu IKEA anda, langsir AINA yang tinggi, katil yang menjemput dengan timbunan bantal dan sarung VIGDIS, menghirup teh sepanjang hari dalam jubah mandi anda.
Tiada balkoni atau laman belakang? Tingkap sudah lebih daripada cukup untuk menjemput udara segar. Ambil tilam tambahan atau timbunan bantal (atau kedua-duanya), selimut dan secawan keselesaan, dan anda boleh bersantai dengan aman.
Malam selesa berdua di tepi pantai
Bermalam di puncak dunia
Dapatkan selimut hangat untuk malam-malam yang sejuk. Fabrik kapas SOMMAR 2018 yang terang dan berwarna-warni boleh digunakan sebagai selimut piknik luar, atau gunakannya di dalam untuk menambah serlahan warna ke hiasan rumah anda. Letak pencahayaan suasana dengan lantera SINNESRO untuk lilin blok,
Ada kalanya, sedikit altitud boleh membawa kepada perspektif baharu. Tukar pemandangan anda dengan bersantai di bumbung rumah. Meriahkan dengan lampu berantai dan lilin untuk tetapkan suasana.

Kerana ada kalanya
idea anda lebih besar
daripada kereta anda


Kami bantu anda
pasang dengan
lengkap


Kami boleh bantu
anda mencapai
impian