skip to main content
 
 
 
 
Julat harga
-
Tambah item minimum yang mesti ada di rumah dengan edisi 00-90-an koleksi vintaj GRATULERA untuk meraikan 75 tahun reka bentuk IKEA.IKEA 75
KOLEKSI VINTAJ EDISI TERHAD

GRATULERA

Minimum mesti ada
Mengimbau kembali 90-an, bukankah terasa seperti baru sahaja berlalu? Berbalik ke masa sekarang, semua item yang diperbaharui ini masih ada sehingga hari ini. Contohnya kerusi BJURÅN yang dahulunya dikenali sebagai ÖGLA. Produk ini kali pertama dilancarkan pada tahun 1961. Ia produk yang paling menonjol, bukankah begitu? Diguna bersendirian sebagai satu item bebas ataupun anda boleh padankannya dengan meja makan anda.
Edisi 90-00-an koleksi vintaj GRATULERA mempamerkan perabot, tekstil, pinggan mangkuk (dan kuda deko yang kecil) dengan sentuhan Scandinavia yang bergaya. Namun begitu, ini edisi terhad. Jadi jika anda suka sesuatu, anda perlu bertindak pantas.
“Pada zaman 90-an, kami mahukan sesuatu yang lebih semula jadi. Bagi saya, perabot karya Thomas Sandell adalah sesuatu yang ikonik. Bangku kecil yang mempunyai roda di satu hujung dan kaki di hujung satu lagi, adalah item yang menjadi rebutan ramai orang ketika itu.”
Karin Gustavsson, Ketua Kreatif IKEA

Terokai lebih banyak edisi GRATULERA

Dilancarkan pada tiga tarikh berbeza, koleksi vintaj edisi terhad GRATULERA ini mengingatkan kembali memori tentang IKEA yang paling manis kepada anda (dan kami). Kami agak merindui semua item popular ini dan berharap anda pun merinduinya.
Mari mengimbau kembali 70-an dan 80-an dengan melangkah masuk zaman 50-60-an dengan koleksi vintaj GRATULERA untuk meraikan ulang tahun IKEA ke-75.Tambah sentuhan retro di rumah anda dengan edisi 70-80-an koleksi GRATULERA untuk meraikan 75 tahun reka bentuk IKEA.

edisi 70-80-an

Anda masih boleh melihat item kegemaran yang menarik ini daripada pelancaran kedua koleksi vintaj GRATULERA, sekiranya anda terlepas.

edisi 50-60-an

Sekiranya anda terlepas pelancaran pertama koleksi vintaj GRATULERA, anda boleh segera melihat koleksi klasik yang akan diperkenalkan semula ini.