Hej! Maaf, pada masa ini penjualan dan bahagian pembayaran kami sedang mengalami masalah. Lihat lebih lanjut rangkaian IKEA kami untuk sementara waktu dan kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku!
Sistem storan IKEA direka bentuk untuk membantu anda menyimpan semua barang anda dengan teratur di seluruh rumah anda. Setiap sistem mempunyai bahagian seperti para, rangka dan kabinet yang boleh anda gabungkan dalam kombinasi unik agar sesuai dengan ruang dan keperluan anda.
Sistem storan untuk menggunakan ruang anda sepenuhnya
Anda boleh menemui banyak kombinasi sedia ada dalam sistem storan IKEA yang berbeza-beza untuk membantu anda menyimpan barang-barang dengan teratur, walau apa pun saiz dan bentuk ruang anda.
Dari ruang tamu anda hinggalah ke bilik bawah tanah anda, dan daripada pakaian anda hinggalah kepada buku anda, anda dapat memastikan hampir apa-apa sahaja teratur dengan salah satu kombinasi storan yang mempunyai banyak kemungkinan daripada sistem IVAR.