Siri NORDKISA

Pilihannya di tangan anda – NORDKISA direka bentuk untuk digunakan di seluruh rumah. Sebab itulah almari pakaian kecil terbuka yang dibuat daripada buluh berfungsi sebagai pembahagi bilik atau penyelesaian hujung katil yang hebat, sementara yang besar pula sesuai untuk diletakkan di ruang depan atau ruang tamu. Alihkan sahaja meja sisi katil jauh dari katil untuk mengubahnya menjadi meja solek.