Siri HAVSTEN

Dengan HAVSTEN, mudah untuk meluaskan ruang tamu luar bangunan anda. Sama ada anda suka makan, melepak atau bersantai di luar, anda boleh pilih cara untuk mengatur modul dari siri tempat duduk ini melalui cara yang terbaik dan sesuai dengan ruang, keperluan dan keinginan anda. Dengan sofa dan kerusi berlengan yang selesa dan hebat seperti ini, siapa tahu - mungkin anda ingin menikmatinya juga di ruang tamu 'sebenar' anda.