Dengan sistem METOD, anda mempunyai kemungkinan yang tidak terhad apabila mereka bentuk dapur anda. Sama ada anda meminati gaya tradisional, menyukai minimalisme gaya moden atau memilih antara kedua-duanya, anda pasti akan menemui sesuatu yang sesuai dengan anda.
Sistem METOD – kualiti yang direka bentuk supaya tahan lama
Kami memiliki pengalaman lebih daripada 50 tahun dalam pembangunan dapur impian pada harga berpatutan. Kami mereka bentuknya agar kukuh dan pintar supaya ia boleh menjadi ruang kegemaran anda untuk menghabiskan masa di sana selama bertahun-tahun yang akan datang. Kami sangat yakin dengan kualiti dapur METOD kami hinggakan kami menawarkan jaminan 25 tahun.
go to product page
go to product page
go to product page
go to product page
Pengaturan yang sempurna untuk semua barang anda
Sistem dapur METOD membolehkan anda merancang dan mengatur laci dan kabinet dapur anda mengikut cara anda, jadi anda dapat mengurangkan masa untuk mencari perkakas dapur dan meluangkan lebih masa untuk menyediakan hidangan yang lazat dan bersantai dengan keluarga dan rakan-rakan.