Sedikit sahaja diperlukan untuk membuat perubahan besar

Dengan kurang daripada RM300, anda boleh hampir tidak henti-henti mengubah suai bilik tidur anda. Serikan bilik anda dengan pilihan tekstil kami yang ceria. Jadikan suasana lebih menarik dengan penyelesaian pencahayaan yang berpatutan harganya. Atau cuma berseronok dengan menjadikannya kemas menggunakan penyelesaian storan kecil kami.


Produk BAHARU Tersedia Sekarang


Kusyen untuk menarik perhatian semua orang

Sama ada anda percaya atau tidak, beberapa bantal dengan cetakan ketara dan berwarna-warni dapat mengubah sepenuhnya suasana dan ekspresi seluruh bilik. Ia juga merupakan cara yang berpatutan harganya untuk mencuba-cuba sesuatu trend sebelum menceburi sepenuhnya.


Bermimpi dengan warna

Dengan sarung kuilt dan sarung bantal kami, anda boleh membuat penyataan warna pelangi atau kesan bercorak ceria. Kebanyakan tekstil bilik tidur kami dibuat daripada lyocell dan kapas daripada sumber yang lebih lestari. Jadi, kurang kesannya terhadap planet kita.


Tidur lebih baik, hidup lebih baik

Satu pertiga daripada kehidupan kita dihabiskan untuk tidur, dan tidur malam yang nyenyak adalah penting bagi kita untuk berasa sihat dan berehat sepenuhnya. Kami telah mengumpulkan semua tilam, pelapik tilam, bantal, kuilt dan pelindung tilam kami dalam panduan membeli yang berguna ini untuk membantu anda mendapatkan tidur malam yang lebih baik.


Siri popular

Reka bentuk yang ringkas dan diperkemas dalam pilihan kemasan berwarna putih dan venir kayu. Siri MALM ini penuh dengan idea pintar seperti storan di bawah katil dan almari berlaci yang juga berfungsi sebagai meja sisi katil.

BRIMNES direka bentuk dengan memikirkan tentang storan pintar untuk bilik tidur dan juga ruang tamu anda. Contohnya: Kabinet dan rak TV dengan kombinasi pintu kaca, kepala katil yang mempunyai petak storan, dan meja solek dengan cermin tersembunyi.

Semua tilam HÖVÅG mempunyai spring poket yang bertindak secara bebas untuk mengikut bentuk dan gerakan tubuh anda. Tambahan lagi, terdapat lapisan isi lembut yang tebal agar lebih selesa dan mewah.


Bilik tidur yang mempunyai segala-galanya


Berikan atau dapatkan inspirasi