Langkau ke kandungan utama

Keperluan harian bawah RM20

Anda tidak perlu berbelanja banyak untuk membeli produk berkualiti tinggi yang menggabungkan fungsi dan reka bentuk yang baik. Di sini anda akan mendapat barang keperluan harian untuk melengkapkan setiap ruang di rumah anda semuanya bawah RM20.

Storan & pengaturan

Berikan barang keperluan harian anda tempat simpanan yang betul. Pelbagai produk storan kami sangat sesuai untuk dipadankan di setiap tempat rumah anda bagi mewujudkan kediaman yang selesa dan teratur berdasarkan keperluan anda dengan harga yang berpatutan.


Tekstil

Berikan sentuhan peribadi pada ruang anda dengan tekstil yang lembut dan mewah – ambal dalam warna kegemaran anda atau langsir yang anda jahit sendiri. Memberi nafas baru pada ruang anda untuk menambahkan keselesaan kini mudah sekali.


Hiasan

Perincian kecil untuk memberi rumah anda citarasa dan gaya tersendiri.


Pinggan mangkuk

Antara barang keperluan harian yang kami sediakan juga adalah pinggan mangkuk sebagai. Set meja makan yang sesuai bukan hanya melengkapkan makanan anda dan menciptakan suasana, malah ia juga dapat membantu mengekspresikan gaya peribadi anda.


Perkakas dapur

Untuk menjadikan memasak itu mudah dan menyeronokkan, anda memerlukan perkakas dapur yang sesuai. Rangkaian kami lengkap dalam pelbagai jenis material, saiz dan harga khas untuk memenuhi keperluan anda.


Produk bilik mandi & peralatan membersih

Barangan kecil yang membuat perbezaan besar dalam rutin pembersihan harian anda. Aksesori membersih & produk bilik mandi kami mempunyai idea kecil tetapi pintar, dan yang terbaik ialah, harganya di bawah RM20!


Semua orang menghadapi cabaran yang berbeza-beza pada setiap hari. Sesetengah masalah memerlukan masa dan usaha untuk diatasi, tetapi ada juga yang memerlukan inovasi. Misalnya, anda menghadapi masalah kekurangan ruang simpanan di rumah dan barang-barang anda tidak teratur. Bagi menyelesaikan masalah ini, solusi storan dan pengaturan adalah barang keperluan harian yang memang anda perlukan. Dalam hal ini, wajarkah anda membeli kabinet besar yang mungkin memakan lebih banyak ruang? Atau sembunyikan kesemua barang itu sehingga ia sukar untuk dicari bila anda memerlukannya?

Anda tidak perlu lagi berbelanja besar untuk mendapatkan kesemua barang keperluan harian ini, kerana IKEA boleh memberi penyelesaian yang pantas, mudah dan berpatutan. Dengan produk kami, anda boleh ubah dinding kosong rumah menjadi ruang simpanan laluan masuk yang berfungsi untuk semua keperluan luaran anda seperti kot, beg, kasut, peralatan berbasikal dan banyak lagi. Gunakan ruang dinding dengan rak topi dan kot yang dapat menampung kotak dan mempunyai rel untuk menggantung pakaian dan peralatan anda. Lengkapkan sistem simpanan anda dengan rak kasut bertingkat yang cukup kuat untuk menampung semua kasut dan barang-barang anda yang lain. Selain itu, anda boleh tambahkan beberapa tumbuhan hijau untuk menceriakan lagi rak jika anda mahu.

Tingkatkan tumpuan anda semasa kerja dengan membuat ruang kerja di rumah lebih teratur. Ada beberapa perubahan kecil yang anda boleh lakukan untuk menjadikan ruang kerja anda lebih mesra fokus dengan menggunakan barang keperluan harian yang berpatutan. Antaranya adalah dengan pengatur meja untuk menyusun barang-barang kerja anda dengan kemas, agar anda boleh mencapai apa sahaja yang anda perlukan dengan mudah. Sekiranya anda perlu menyimpan barang yang lebih besar, IKEA juga menawarkan kotak plastik lutsinar dan kotak yang boleh disimpan dengan mudah di dalam kabinet.

Sukar mencari plastik dan bekas ramuan dengan pelbagai label semasa anda menyediakan makanan? Pastikan bahan memasak anda teratur dengan rapi dengan barangan dapur IKEA. Simpan sahaja bahan-bahan anda dalam bekas makanan kaca lutsinar supaya anda dapat memilih barang yang anda perlukan dengan mudah. Makanan anda akan kekal segar dengan lebih lama di dalam bekas makanan dengan balang penutup — bekas-bekas ini juga boleh membuat peti ais anda lebih teratur. Sekiranya anda ingin memupuk gaya hidup yang lebih hijau, pilihlah penutup makanan silikon dan botol air untuk mengelakkan sampah plastik seperti pelekat dan botol plastik.

Di IKEA, kami ada rangkaian barangan keperluan rumah yang meluas khas untuk anda. Cari barang keperluan harian dari IKEA untuk melengkapkan setiap ruang di rumah anda, semuanya di bawah RM20. Belanja dalam talian atau di gedung kami hari ini.