Langkau ke kandungan utama

ORANG & KOMUNITI

Mengutamakan orang ramai

Woman and childen in India
Kami mahu memainkan peranan dalam mewujudkan kehidupan yang lebih baik untuk orang ramai dan komuniti yang terlibat dengan perniagaan kami. Ini telah sentiasa menjadi sebahagian daripada pendekatan kami, dan ia menjadi lebih penting hari ini disebabkan perniagaan kami yang terus berkembang di seluruh dunia.
ORANG & KOMUNITI: HAK ASASI MANUSIA | PEMBEKAL | USAHAWAN SOSIAL
HAK ASASI MANUSIA
Setiap orang berhak mendapat kehidupan setiap hari yang lebih baik
Visi kami "untuk mencipta kehidupan setiap hari yang lebih baik untuk orang ramai" termasuklah pekerja, pelanggan, pembekal dan komuniti tempat tinggal mereka. Menghormati hak asasi, berdasarkan Prinsip Panduan UN terhadap Perniagaan dan Hak Asasi Manusia, merupakan sebahagian daripada semua yang kami lakukan dan termasuk dalam tatakelakuan pembekal kami yang dipanggil IWAY Standard.
Muat turun PDF IWAY Standard
Di IKEA, kami meletakkan kepercayaan kepada orang ramai
Kami melakukan yang terbaik untuk peluang yang sama rata dan menyokong hak asasi manusia. Setiap pekerja boleh menjangkakan layanan dan peluang yang sama rata tanpa mengira kaum, agama, jantina, dan kebolehan fizikal, orientasi seksual atau usia.
Ketahui lebih lanjut dalam Bekerja di IKEA Asia Tenggara
Apa yang penting bukan sekadar apa yang masuk ke dalam produk kami - ia juga tentang mereka yang di sebalik tabir.
Menghormati hak asasi manusia merupakan sebahagian daripada apa sahaja yang IKEA lakukan dan disertakan dalam tatakelakuan pembekal IKEA
Menyokong pengambilan pekerja migran secara beretika
Terdapat 200 juta migran antarabangsa di seluruh dunia, dengan ramai mendapati mencari kerja yang lebih baik membawa kepada hutang besar akibat yuran pekerjaan, buruh paksa dan pemerdagangan manusia. IKEA telah menyertai dengan empat syarikat lain untuk membawa perubahan positif menerusi Leadership Group for Responsible Recruitment, dengan misi sebuah dunia di mana tiada pekerja yang membayar yuran pekerjaan. IKEA sememangnya penyokong suasana bekerja yang adil sebagai hak asasi manusia, dan sebagai sebahagian daripada Leadership Group, kami inginkan perubahan bermakna dan berterusan kepada amalan pengambilan pekerja migran supaya menjadi amalan standard.
IKEA menyokong pengambilan pekerja migran secara beretika
Berusaha bersama untuk memacu perubahan
Di sesetengah negara, amalan perekrutan adalah kompleks dan melibatkan banyak organisasi berbeza jadi, penting untuk bekerjasama. IKEA telah bergabung tenaga dengan empat lagi syarikat lain - HP, Hewlett Packard Enterprises, Syarikat Coca-Cola dan Unilever - untuk bawakan perubahan positif dalam cara pekerja migran direkrut. Leadership Group for Responsible Recruitment akan menasihati dalam ‘Prinsip Majikan Bayar’, yang menyeru kepada semua yuran perekrutan untuk dibayar oleh majikan, bukannya pekerja.
Untuk menyokong pembekal kami dalam mengatasi cabaran perekrutan bertanggunjawab ini, kami bekerjasama secara terus dengan International Organization for Migration (IOM). Di Asia Tenggara kami telah bekerja bersama untuk memetakan dengan jayanya proses pengambilan pekerja dari pembekal kembali ke negara asal pekerja. Kami akan gunakan penemuan itu untuk terus menyokong perekrutan pekerja migran beretika dan berusaha ke arah mencipta perubahan yang berterusan.
Ketahui lebih lanjut tentang International Organization for Migration
An Indian girl in school
We believe in protecting children
We do everything we can to act in the best interests of children and protect children’s rights. We do this through advocacy, raising awareness and supporting children in vulnerable communities.
Komitmen kami terhadap kanak-kanak terus mendalam
Apabila tiba kepada produk dan gedung kami, kami cuba memikirkannya dari perspektif kanak-kanak. Kami ingin produk kami membantu perkembangan mereka dan gedung kami menjadi tempat bermain, seperti mereka berada di rumah. Kami bekerja dengan pakar perkembangan kanak-kanak untuk mengetahui dan memahami keperluan mereka dalam peringkat perkembangan yang berbeza.
Larangan yang jelas ke atas buruh kanak-kanak
Kami percaya bahawa kanak-kanak berhak dilindungi daripada dieksploitasi, penderaan dan diabaikan. Inilah sebabnya IKEA tidak menerima buruh kanak-kanak dan inilah sebabnya kami bekerja secara aktif bagi mencegah dan menghapuskannya. Tatakelakuan buruh kanak-kanak kami yang diperkenalkan pada tahun 2000, diperkembangkan dalam kerjasama yang rapat dengan Save The Children dan dengan nasihat daripada International Labor Organization (ILO) dan UNICEF.
Mencipta penyelesaian jangka panjang
Mencegah dan menghapuskan buruh kanak-kanak merupakan cabaran yang besar, yang boleh diselesaikan dengan mengenal pasti punca daripada akar umbi dengan pendekatan yang menyeluruh. Itulah sebabnya IKEA Foundation menyokong program hak kanak-kanak UNICEF dan Save The Children di 25,000 buah kampung dalam beberapa negeri di India dan Pakistan, yang mencapai jumlah 15 juta kanak-kanak menjelang penghujung tahun 2017.
Layari laman web IKEA Foundation untuk maklumat lanjut
PEMBEKAL
Membina hubungan yang baik
Kami mahu semua orang berasa baik terhadap produk yang kami jual, yang merupakan sebab mengapa kami meletakkan banyak usaha dalam hubungan pembekal kami - dan hubungan yang lain. Terdapat kira-kira 600,000 orang yang bekerja untuk syarikat yang membekal terus kepada IKEA di seluruh dunia, dan kami mahu memastikan mereka semua dilayan dengan adil dan wajar.
Itulah sebabnya pada tahun 2000, kami melancarkan IWAY, tatakelakuan pembekal kami. Pembekal kami bertanggungjawab untuk menyebarkan IWAY kepada sub-pembekal mereka dan kami menyokong mereka dalam melakukannya. Semua pembekal kelengkapan rumah mesti mematuhi syarat IWAY, jika tidak, mereka akan dihentikan secara berperingkat.

Muat turun Tata Kelakuan - EN (PDF)
An IWAY inspector at an IKEA supplier factory
Kami mengunjungi pembekal kami secara kerap untuk memeriksa jika mereka mengikuti IWAY, dan melakukan dalam 1,000 audit setiap tahun
Apakah Standard IWAY?
Tatakelakuan pembekal kami, Standard IWAY, memainkan peranan penting dalam perkembangan positif. Ia menyatakan syarat minimum kami berkenaan alam sekitar, kesan sosial dan suasana bekerja.
Pembekal juga dikehendaki menjalankan audit pembekal mereka sendiri.
IWAY Standards are clearly posted on a supplier factory wall
Syarat-syarat Standard IWAY termasuklah:
- Pencegahan buruh kanak-kanak dan sokongan untuk pekerja muda
- Perlindungan daripada buruh paksa atau terikat
- Hak untuk tidak diskriminasi
- Hak untuk kebebasan berpersatuan
- Sekurang-kurangnya gaji minimum dan pampasan lebih masa
-Persekitaran kerja yang selamat dan sihat, mencegah pencemaran udara, tanah dan air dan bekerja untuk mengurangkan penggunaan tenaga.

Muat turun Standard IWAY - EN (PDF)
Menjalin kerjasama dengan usahawan sosial
Usahawan sosial berada dalam perniagaan untuk jadikan kehidupan harian lebih baik dalam komuniti mereka. Mereka gunakan perniagaan sebagai satu cara untuk atasi cabaran-cabaran sosial dan alam sekitar seperti penghutanan semula, mengurangkan kemiskinan dan memperkasakan wanita. Kerana itulah kami bangga untuk mencipta kerjasama jangka masa panjang dengan usahawan sosial di seluruh dunia.
Bekerja rapat dengan rakan kongsi, kami belajar daripada satu sama lain, berkongsi pengalaman perniagaan kami dan idea mengenai reka bentuk. Kerjasama rapat kami membolehkan kami untuk suaikan pengeluaran mengikut musim berkebun supaya tukang luar bandar yang melakukan pengumpulan boleh seimbangkan kerja kraf mereka dengan keluarga dan tanggungjawab masyarakat.
Berkolaborasi dengan usahawan sosial berikan kami inspirasi dan akses kepada tukang mahir yang mengerjakan kraf tangan tradisional. Produk yang kami hasilkan bersama semuanya dibuat dengan tangan dalam jumlah yang terhad dan dijual di gedung-gedung IKEA terpilih dengan semua keuntungan disalurkan semula ke
No Youtube Player
Artisans from the social enterprises Rangsutra, Doi Tung Development Project and Industree PT
Community-led education about growing Better Cotton
Bekerja bersama WWF untuk menambah baik kehidupan peladang kapas
IKEA dan WWF telah bekerja bersama dengan jayanya terhadap isu perladangan kapas untuk selama lebih satu dekad. Hasilnya, kira-kira 125,000 peladang di India, Pakistan, China dan Turki telah mula menanam kapas dengan cara yang lebih mesra alam sekitar. Dengan menggunakan kurang baja kimia dan lebih alternatif semula jadi untuk menggantikan racun perosak kimia, sekumpulan kecil peladang boleh mengurangkan kos sambil mengekalkan kualiti hasil ladang mereka. Wang yang dijimatkan boleh digunakan dalam pelaburan pengairan titis yang menjimatkan air atau mungkin untuk pendidikan anak-anak mereka.
Layari laman web WWF untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian kami
ORANG & KOMUNITI: HAK ASASI MANUSIA | PEMBEKAL | USAHAWAN SOSIAL
USAHAWAN SOSIAL
Membina kerjasama dengan usahawan sosial
Usahawan sosial gunakan perniagaan sebagai cara untuk memberi perubahan sosial. Perusahaan sosial untuk kerjasama kami menggajikan pekerja mahir tempatan - kebanyakan wanita yang tinggal di kawasan luar bandar, dengan sebelumnya terhad atau tidak mendapat saluran untuk kerja berbayar atau pendapatan yang bertahan.
Kolaborasi dengan usahawan sosial berikan kami inspirasi dan capaian kepada pekerja mahir yang bekerja dengan kraf tangan tradisional. Produk-produk yang kami cipta bersama semuanya buatan tangan dalam jumlah yang terhad dan dijual di gedung-gedung IKEA terpilih, dengan semua keuntungan disalurkan semula kepada inisiatif itu.
No Youtube Player
No Youtube Player
Wanita ini berikan kami inspirasi. Dengarkan cerita seorang usahawan sosial dan seorang pekerja mahir di India.
IKEA FOUNDATION | GOOD CAUSE CAMPAIGN | PELARIAN
IKEA FOUNDATION
Menambah baik peluang untuk kanak-kanak
Tanpa mengira apa pun keadaan, setiap kanak-kanak berhak mendapat kediaman, permulaan yang sihat dalam kehidupan, pendidikan berkualiti dan pendapatan keluarga yang mampan. IKEA Foundation menyokong program yang dijalankan oleh organisasi seperti UNICEF dan Clinton Health Access Initiative - untuk membantu kanak-kanak dan remaja yang tinggal di dalam komuniti dunia yang paling miskin, jadi mereka boleh mencipta masa hadapan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga mereka. Program yang kini sedang ditaja Yayasan ini akan memberi manfaat kepada 100 juta kanak-kanak menjelang penghujung tahun 2015.
Layari laman web IKEA Foundation untuk maklumat lanjut
Two children at a refugee camp
Setiap tahun IKEA Foundation telah menyalurkan berpuluh juta Euro kepada kebajikan melalui dana yang diuntukkan oleh keuntungan IKEA.
4 cara IKEA Foundation membantu kanak-kanak
Budak perempuan di sekolah
Memperkasakan wanita dan gadis
Dengan memperkasakan wanita - menerusi pendidikan, latihan kemahiran, penjagaan kesihatan yang ditambah baik, atau menyediakan pinjaman untuk memulakan perniagaan kecil - kita boleh menambah baik kesihatan kanak-kanak, pendidikan dan peluang masa hadapan. IKEA Foundation menaja program untuk memperkasa dan mendidik wanita, memberikan mereka peluang yang lebih baik dalam menyara diri mereka dan keluarga mereka.
Layari laman web IKEA Foundation untuk mengetahui lebih lanjut tentang program pemerkasaan mereka
Budak lelaki di khemah pelarian
Kehidupan lebih baik untuk kanak-kanak pelarian
Setiap tahun, berjuta-juta kanak-kanak terpaksa meninggalkan kediaman mereka kerana bencana alam dan konflik. IKEA Foundation menyokong Agensi Pelarian UN dengan €76 juta untuk menyediakan perlindungan, penjagaan dan pendidikan kepada keluarga pelarian di Etiopia, Sudan dan Bangladesh.
Layari laman web IKEA Foundation untuk mengetahui cara mereka membina tempat yang selamat untuk keluarga pelarian bagi dijadikan kediaman
Kanak-kanak yang tidak bersekolah mudah terdedah kepada kelemahan
Mencegah buruh kanak-kanak
Sejak tahun 2000, kami telah menyumbangkan €80 juta kepada UNICEF dan Save the Children untuk menghapuskan sebab utama buruh kanak-kanak di India dan Pakistan. Program kami telah membantu 12 juta kanak-kanak agar mempunyai akses kepada sekolah dan perlindungan yang yang lebih baik daripada bekerja, dan kami sedang melanjutkannya untuk jutaan lagi kanak-kanak.
Layarilah laman web IKEA Foundation untuk maklumat lanjut tentang cara mereka bekerja ke arah mencegah buruh kanak-kanak
Seorang kanak-kanak duduk di atas riba ibunya sambil seorang doktor wanita memeriksa degupan jantungnya
Tindakan kecemasan
Semua kanak-kanak berhak untuk belajar dan bermain. Tetapi apabila bencana semula jadi dan konflik menimpa, kehidupan mereka boleh menjadi tunggang terbalik, mereka kehilangan peluang menjadi kanak-kanak biasa. Itulah sebabnya IKEA Foundation menyediakan sokongan kewangan dan menyumbangkan produk IKEA untuk usaha tindakan kecemasan kepada rakan kongsi kemanusiaan seperti Médecins Sans Frontières (MSF), UNICEF, Save the Children dan UN Refugee Agency (UNHCR). Layarilah laman web IKEA Foundation untuk mengetahui lebih lanjut tentang program tindakan kecemasan
IKEA FOUNDATION | GOOD CAUSE CAMPAIGN | PELARIAN
KEMPEN TUJUAN MURNI
Sertai pergerakan bermain!
Bermain adalah bahasa sejagat yang menyatukan kita semua, tidak kisahlah anda dari mana. Semasa bermain bersama kita berhubung, belajar, membangun dan berseronok.
Kami tahu bermain adalah komponen penting untuk kesejahteraan dan pembangunan kanak-kanak. Bermain adalah pembelajaran sepanjang hayat. Kerana itulah kami mahu cari cara untuk lebih kerap bermain!
Kami faham bermain bukan sesuatu yang hanya boleh diucapkan. Anda perlu alaminya. Kami juga tahu kekurangan tempat selamat untuk bermain adalah perencat besar bermain di seluruh dunia. Kerana itulah semasa kempen Jom Bermain Demi Peurbahan IKEA, kami menukar gedung-gedung IKEA seluruh dunia menjadi zon bermain gergasi dan menjemput semua orang datang dan bermain dengan kami.
Grafik kempen Jom Bermain Demi Perubahan - kiub dengan corak keanak-anakan dalam warna berbeza.
Bermain adalah keperluan asas
Ramai orang tidak sedar bermain adalah keperluan asas, dan setiap kanak-kanak ada hak ke atasnya di bawah konvensyen PBB dalam Hak Kanak-kanak. IKEA Foundation telah berkerjasama dengan sebahagian NGO terkemuka dalam topik ini: Handicap International, Room to Read, Save the Children, Special Olympics, UNICEF, dan War Child. Itulah sebabnya IKEA Foundation telah menderma Є45 juta (RM 221,900,000) kepada enam rakan kongsi yang mengambil bahagian dalam menyokong hak asasi setiap kanak-kanak untuk bermain dan mebangun.
Untuk ketahui selanjutnya lawati IKEAfoundation.org
Kanak-kanak bermain kriket di tanah semasa matahari terbenam.
"Setiap kanak-kanak ada hak untuk bermain. Rangsangan menerusi bermain adalah bahagian penting pembangunan otak kanak-kanka dan kesejahteraan emosi,"
"Malangnya, terlalu banyak tempat didunia dengan keadaan yang mengecewakan sehingga kanak-kanak tidak dapat menjadi kanak-kanak. Menerusi kempen Jom Bermain Demi Perubahan, kami mahu kurangkan cabaran bermain dan pembangunan di sebahagian komuniti paling terjejas di dunia, di samping membantu membina gerakan global tentang bermain."
Per Heggenes, CEO di IKEA Foundation.
Tiga orang budak berseronok melompat tali di bawah sinaran mentari.
No Youtube Player
Program Global Citizen oleh Iwitness
Program ini memberikan pekerja IKEA peluang untuk melihat lebih dekat lagi cara wang dikumpulkan menerusi kempen IKEA yang menyumbang kepada kehidupan yang lebih baik untuk kanak-kanak di dalam komuniti yang termiskin dunia. Pekerja mengunjungi pelbagai projek yang dijalankan oleh rakan kongsi IKEA Foundation, dan berkongsi pengalaman mereka dalam blog Global Citizen IKEA Foundation.
blog.ikeafoundation.org
PELARIAN
Membantu pelarian
Sejak 2015, lebih daripada sejuta pelarian telah memasuki Eropah dalam cubaan mencipta kehidupan harian yang lebih baik untuk diri mereka dan anak-anak mereka di Eropah. Kempen murni “Brighter Lives for Refugees” adalah salah satu inisiatif IKEA dan IKEA Foundation telah membantu memperbaiki kehidupan pelarian. Untuk setiap produk LED yang dijual di gedung IKEA dan dalam talian, semasa tempoh kempen, IKEA Foundation mendermakan Є1 untuk membahntu UNHCR, agensi pelarian PBB. Kempen itu telah menjana €30.8 juta derma daripada IKEA Foundation kepada UNHCR, untuk bekalkan lampu, tenaga yang boleh diperbaharui dan pendidikan kepada keluarga pelarian yang tinggal di khemah-khemah di Asia, Afrika dan Timur Tengah, cukup untuk UNHCR teruskan program tenaga yang boleh diperbaharui dan pendidikan pada tahun-tahun mendatang.
Ketika krisis pelarian masih berterusan, kami aktif membantu organisasi tempatan dengan item keperluan dalam membekalkan keadaan yang lebih baik untuk pelarian yang baru tiba. Ramai pekerja IKEA menawarkan masa mereka dan membantu pelarian untuk membina semula kehidupan mereka dalam komuniti baharu. Di sesetengah negara, kami telah mulakan program jangka masa panjang yang membantu pelarian diserapkan ke dalam tenaga kerja.
Ketahu lebih lanjut di IKEA Foundation
Imej dua orang kanak-kanak berjalan menerusi kem pelarian ketika matahari terbenam. ©UNHCR/Warrick Page
ANDA JUGA MUNGKIN BERMINAT DENGAN:
KEHIDUPAN MESRA ALAM SEKITAR DI RUMAH
Tindakan kecil yang menjadi besar
Lihat cara paip jimat air dan hob aruhan jimat tenaga boleh membantu anda menjimatkan wang di rumah.
Ke Kehidupan Mesra Alam Sekitar di Rumah
IKEA water saving taps reduce water usage by up to 50%
Installing solar panels on an IKEA store
TENAGA & SUMBER
Mencipta perubahan positif
Ketahui cara kami menyumberkan bahan dengan cara bertanggung jawab dan menjadi bebas tenaga.
Ke Tenaga & Sumber