Langkau ke kandungan utama

REKA BENTUK DEMOKRATIK

Reka bentuk untuk semua

Di IKEA, kami percaya reka bentuk adalah untuk semua orang. Kami berusaha mencipta produk yang cantik, berfungsi, lestari, berkualiti tinggi dan mampu milik. Seperti meja kopi LISABO dalam venir kayu ash, pemenang anugerah antarabangsa Red Dot untuk reka bentuk.latar belakang kuning air
Kami bangga dengan siri LISABO yang telah dianugerahkan Anugerah Red Dot berprestij di peringkat antarabangsa untuk reka bentuk. Pinggir condong meja berikan rupa kraf tangan, dan lakuer kusam di venir kayu ash bermakna perabot ini akan kekalkan rasa kayu semula jadi. “Idea di sebalik LISABO adalah mencipta siri dengan rasa kayu yang jelas, serlahan yang timbul dan tahan lama, binaan yang mudah dipasang” jelas pereka bentuk Knut Hagberg dan Marianne Hagberg.
Kami rasakan reka bentuk yang bagus menggabungkan bentuk, fungsi, kualiti, kelestarian pada harga rendah. Kami panggilnya "Reka Bentuk Demokratik" kerana kami percaya kelengkapan rumah yang bagus adalah untuk semua.
Siri LISABO
REKA BENTUK DEMOKRATIK: KEHIDUPAN DI RUMAH | KESELAMATAN KANAK-KANAK | REKA BENTUK INOVATIF | APA SETERUSNYA?
KEHIDUPAN DI RUMAH
Di mana semuanya bermula
"Berada di rumah" bukan sekadar suatu tempat. Ia suatu perasaan. Seperti berada di ruang yang paling selesa di alam semesta. Bagi kami, memahami kehidupan orang ramai di rumah ialah tempat paling semula jadi untuk bermula. Setiap tahun, kami melawat rumah di seluruh dunia untuk mencari apa yang mereka impikan. Kemudian kami pasangkan keperluan mereka dengan kebolehan pembekal kami untuk mencipta penyelesaian baharu dengan harapan, akan buatkan kehidupan harian menjadi lebih baik.
"Berada di rumah" bukan sekadar suatu tempat. Ia suatu perasaan. Seperti berada di ruang yang paling selesa di alam semesta.
A boy lying on the floor playing with a baby who’s chewing on a toy. A woman sits just behind the baby.
Dengan apa yang penting di hati
Kanak-kanak adalah orang yang paling penting di dunia. Kerana itulah kami selalu ada perspektif mereka di hati, dalam semua perkara yang kami lakukan. Kami mahu ia mudah untuk mencipta rumah yang praktikal dan ceria, selamat dan berimaginasi - membolehkan banyak masa bersama (dan untuk beraksi sebagai seorang angkasawan).
Sekian lamanya kami banyak mempelajari tentang kebaikan bermain, untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Bermain merangsang kreativiti dan buatkan kita kurang tertekan, dan ia adalah perkara yang perlu ada dan penting untuk membesar. Memandangkan kami juga tahu rumah adalah taman permainan yang paling penting, kami jadikannya misi untuk setiap ruang peribadi kanak-kanak menjadi seceria mereka. Tidak kisahlah jika itu bilik mereka sendiri atau penjuru ruang istirahat.
frame.An image of parts of the IKEA SLÄKT range, flexible furniture for kids aged 8 and up. Here we see the bed with three storage modules underneath.
Rangkaian SLÄKT baharu
Lesen untuk bersantai
Berkenaan ruang mereka sendiri, apa yang kanak-kanak impikan dan apa yang ibu bapa mereka rasa mereka perlukan tidak semestinya sama. Itu salah satu sebab mengapa tugas kami dengan rangkaian SLÄKT baharu, perabot direka untuk kanak-kanak berusia 8 tahun dan ke atas, bermula dengan tinjauan global tentang apa kanak-kanak dari 8 hingga 12 tahun benar-benar mahukan untuk ruang mereka. Jawapannya terbukti hampir sama dari seluruh dunia; kanak-kanak mahukan tempat untuk relaks dan berehat, dengan potensi untuk bersantai bersama kawan di samping kekal dekat dengan ibu bapa mereka. Bahagian bersantai itu tidaklah mengejutkan. Walaupun ia tidak begitu kelihatan semasa mereka sibuk dengan satu skrin atau hal lain, remaja adalah masa-masa yang sibuk - bukan sahaja di dalam, tapi juga di luar.
Lihat rangkaian SLÄKT
Perabot untuk perubahan
Dengan penemuan ini di belakang kami, kami teruskan proses pembangunan - mensasarkan keputusan yang disukai kanak-kanak (dan yang menawan hati ibu bapa juga tentunya). Hasilnya, rangkaian yang termasuk katil dan perabot untuk menyimpan, bersantai dan bergaul, boleh disesuaikan mengikut keperluan berbeza dan hebat untuk berinteraksi bersama-sama.
“Kanak-kanak boleh tukar apa yang mereka mahu lakukan di bilik mereka dalam sekelip mata, jadi kami reka SLÄKT supaya menjadi sangat bermodul dan boleh disesuaikan, begitu juga mudah digerakkan jika ada ramai kawan yang bertandang”.

Nina Hughes, Kanak-kanak IKEA.
Laporan Kehidupan di Rumah IKEA 2017
Melawan pertempuran
Rumah kita ada banyak makna dan identiti peribadi. Semasa kita menetap bersama orang yang ada keperluan, cita rasa dan kemahuan berbeza, tidak hairanlah kita akan sentiasa rasa seperti bertempur. Malah, kami temui lima pertempuran biasa yang menyatukan kita. Tahun ini, kami berhubung dengan sekumpulan orang yang tinggal di lokasi luar biasa atau kreatif - kami panggil mereka sebagai Perintis Rumah. Mereka berkongsi cara berfikir yang boleh berikan kita inspirasi untuk berikan perubahan yang kita perlu. Satu perkara yang pasti: lagi banyak yang kita bercakap tentang perasaan kita di rumah, lagi banyak yang boleh kita tawan dalam pertempuran ini.
Ketahui selanjutnya di lifeathome.ikea.com
A young woman sitting in the bathroom, looking into the camera while holding her mobile phone.
17%tidak berpuas hati tentang adanya orang yang menganggu ruang orang lain di rumah.
Penemuan Laporan Kehidupan Di Rumah IKEA
40% mengatakan mereka menetap bersama barangan yang mereka benci, tapi tak dapat buang kerana ia milik orang lain.
A stylized bin, in orange.
46% mengatakan ruang tamu adalah tempat paling biasa di rumah untuk berlakunya konflik.
A stylized armchair, in blue.
44% percaya terasa 'bersalah' untuk nyatakan ruang sendiri apabila berpindah ke rumah orang lain.
A stylized key, in green.
3 BIDANG FOKUS KEHIDUPAN DI RUMAH
BIDANG FOKUS
KEHIDUPAN DI RUMAH
Lelaki dewasa memakai apron, dan dua kanak-kanak berdiri di atas bangku untuk sampai ke permukaan atas dapur.
Menetap bersama kanak-kanak
Kami faham bahawa membesarkan kanak-kanak ada kalanya memerlukan kegigihan. Di IKEA, kami gemar beri galakan walau sekecil mana pun kepada keluarga.
Pangsapuri kecil dengan fokus pada meja hijau kecil, tetapan dan dua kerusi hijau menghadap satu sama lain.
Ruang kecil
Menjelang 2030, 7 daripada 10 orang akan tinggal di bandar. Dengan ruang kehidupan mengecil kami tingkatkan fokus pada penyelesaian pintar dan seronok yang jimatkan ruang dan duit.
Kotak storan berwarna hitam dan putih disatukan di bawah tangga.
Mengatur
Standard kehidupan yang meningkat bermakna lagi banyak barang. Dengan membuatkan storan berfungsi, seronok dan mampu milik, kami buatkannya mudah untuk nikmati rumah yang kemas.
REKA BENTUK DEMOKRATIK: KEHIDUPAN DI RUMAH | KESELAMATAN KANAK-KANAK | REKA BENTUK INOVATIF | APA SETERUSNYA?
KESELAMATAN KANAK-KANAK
Demi kecintaan bermain dengan selamat
Di IKEA, keselamatan pelanggan kami adalah nombor satu, terutamanya untuk orang yang paling penting di planet - kanak-kanak! Pada pandangan kami, titik mula terbaik semasa mereka produk yang selamat dan terasa selamat, adalah mengetahui sebanyak mungkin tentang cara ia akan digunakan di dunia sebenar. Oleh itu kami mensasarkan untuk wujudkan peringkat pengetahuan kelas dunia untuk kanak-kanak, pembangunan dan keperluan mereka. Tentulah semua produk kanak-kanak kami telah diuji lagi dan lagi untuk pastikan ia 100% selamat.
A pair of children’s feet, on an IKEA step stool.
Image of one of the SAGOSKATT soft toys that are the result of the yearly IKEA soft toy drawing competition.
SAGOSKATT – selamat dan lembut
Bertahun-tahun dahulu, kami singkirkan mata plastik pada semua mainan lembut kami dan gantikan dengan sulaman, lalu membuatkan mainan lembut lebih selamat dan lebih berkarakter. Mainan lembut SAGOSKATT adalah bukti mainan peluk yang ada karakter. Ia adalah hasil pertandingan melukis mainan lembut tahunan IKEA, yang kini menerima lebih 70 000 penyertaan daripada kanak-kanak seluruh dunia. Sepuluh sumbangan ditukar menjadi mainan lembut sebenar. Ninja berparuh, awan pelangi gembira, anjing unikorn dan labah-labah gigi tajam adalah antara makhluk fantastik yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Mainan lembut baharu adalah sebahagian daripada Kempen Good Cause global IKEA "Jom bermain demi perubahan" berlangsung di semua gedung pada penghujung 2017, dengan IKEA mensasarkan untuk menonjolkan manfaat bermain kepada semua.
Lihat Mainan & main
"Kami utamakan keselamatan kanak-kanak dan kami hanya menjual produk yang kami akan berikan kepada anak-anak kami. Atas sebab itu, kami ada permintaan yang tinggi untuk rangkaian kanak-kanak kami. Sejauh mungkin kami mahu gambarkan kegunaan sebenar dalam ujian kami. Contohnya, kami uji mainan lembut kami dengan peluh dan enzim air liur untuk lakonkan kanak-kanak yang mengunyah mainan lembut mereka dan tidur berhampirannya setiap malam. Dengan ini, kami dapat pengesahan yang mainan lembut kami bebas daripada bahan kimia berbahaya dan sihat untuk digunakan oleh pelanggan termuda kami.
Charlotte Jönsson, Pengurus Pasukan Undang-undang dan Kimia Standard, IKEA of Sweden
REKA BENTUK DEMOKRATIK: KEHIDUPAN DI RUMAH | KESELAMATAN KANAK-KANAK | REKA BENTUK INOVATIF | APA SETERUSNYA?
REKAAN INOVATIF
Reka bentuk dari kilang
Kami mula belajar tentang penghasilan perabot 60 tahun lalu. Kami baru mula mereka perabot kami sendiri dan perlu belajar cara terbaik untuk padankan kemungkinan pembekal dengan keperluan pelanggan. Mendekatkan kedua-dua ini adalah cara kami memastikan harga rendah.
Sejak itu kami terus menggunakan cara ini dan bekerja bersama pembekal terus dari kilang. Apa yang kami panggil sebagai reka bentuk demokratik mempengaruhi dan memberi manfaat setiap inci IKEA - dari fasiliti pembangunan kami di Älmhult, ke para pembekal kami di seluruh dunia, termasuklah tukang tempatan di tempat-tempat seperti India dan Asia Tenggara. Selama bertahun-tahun kami mempelajarinya dengan terus bertanyakan soalan, "Adakah cara yang lebih baik?", idea bernas boleh datang dari mana-mana saja, daripada sesiapa.
No Youtube Player
Berita inovatif. Kerusi ODGER dibuat untuk menonjol. Ia pasangan rekaan hebat dan inovasi lestari - dan ia tak sorokkan asal-usulnya. Malah campuran bahan kayu boleh diperbaharui dan plastik kitar semula dibolehkan untuk hasilkan kesan karakter di permukaan halus itu. ODGER tidak mudah dibangunkan, tapi mungkin kerusi paling jelas kami pernah hasilkan - dengan pemasangan hanya beberapa sambungan sahaja.
No Youtube Player
Ramai antara kita yang akan mendapat manfaat jika kita selalu bangun dari kerusi pejabat kita. Dengan manual SKARSTA, meja boleh laras tinggi, adalah mudah dan mampu milik untuk bertukar antara duduk dan berdiri.
No Youtube Player
Kami selalu cuba mencabar cara tradisional perabot IKEA dihasilkan. Kadangkala, semasa kami tak menjangkakannya, kami akhirnya mendapat ciptaan yang menyatakan ruang tempat ia berada.
No Youtube Player
Kadangkala, rekaan bijak bermula pada napkin koktel. LAMPAN ialah contoh sempurna mengurangkan sesuatu ke komponen minimum bagi mendapatkan bentuk yang sempurna.
No Youtube Player
Bekerja dengan perusahaan sosial
Berkongsi dengan pengusaha sosial adalah satu cara IKEA menyokong perubahan sosial yang sebenar mengubah bahagian-bahagian di India, Thailand, Indonesia dan juga Sweden.
Baca selanjutnya tentang cara kami mengutamakan masyarakat di dalam Orang dan Komuniti
Bekerja dengan pembekal
Pemaju dan pereka bentuk produk kami bekerja dengan pelbagai pasukan yang terdiri daripada juruteknik, pengilang dan pakar - selalunya benar-benar di lantai kilang seperti di Vietnam. Dan melalui industri IKEA, sebahagian dari IKEA Group yang memajukan dan menguruskan kapasiti produksi, lebih dari 20,000 pekerja menyiapkan perabot berasaskan kayu dan mendarat di 36 tapak dalam 11 negara.
Female in blue t-shirt working on IKEA factory floor in Vietnam with male in a striped t-shirt.
Pengedaran pintar. Reka bentuk lebih pintar.
IKEA mempunyai sejarah pengedaran berkos rendah dan pintar sejak dari tahun 1940-an apabila produk masih diangkut menggunakan lori susu tempatan. Hari ini, lebih dari 50% produk kami dihantar terus daripada pembekal pada gedung kami. Kami juga mereka bentuk produk untuk mengurangkan pembungkusan dan jumlah udara yang dikapalkan. Faedah untuk pelanggan daripada harga yang rendah, dan untuk beberapa kes, barang tidak terlalu berat dan lebih mudah untuk dipasang. Planet mendapat faedah daripada pengeluaran CO2 yang lebih rendah.
Ketahui selanjutnya tentang usaha menjimatkan tenaga kami dalam Tenaga dan Sumber
IKEA store employee moving products stacked on a paper pallet
3 CONTOH REKA BENTUK INOVATIF
CONTOH REKA BENTUK
INNOVATIF
Close up of pink POPPTORP armchair with black seat cushion, and headphones laying on top.
Pada zaman 1970an, lawatan ke pembekal baldi yang diinspirasikan daripada kerusi lengan SKOPA yang popular. Keaslian yang sama itu telah menuju ke POPPTORP, model baru yang lebih tahan lasak dengan storan praktikal di bawah tempat duduk yang boleh ditanggalkan.
Close up of orange LACK table, standing with different coloured LACK tables stacked on top of each other in the background.
Pada tahun 1979, kami mahu menjadikan mencipta meja yang boleh diletakkan dalam kediaman dengan sebarang susun atur. Pintu yang digunakan pembekal adalah tebal dan mudah untuk disesuaikan dengan cara pembinaan papan di atas rangka yang membantu kami mencipta LACK, meja yang ringan berharga kurang dari 10 Euro.
Close-up of NIPPRIG plant pots made from water hyacinths, stacked on top pf each other.
Pada tahun 2014, pereka bentuk IKEA berkolaborasi dengan pakar terlatih di Asia Tenggara untuk mencipta koleksi NIPPRIG, menggabungkan reka bentuk Scandinavia dan berpengetahuan tentang pengedaran berkos rendah, dengan keterampilan tradisional.
REKA BENTUK DEMOKRATIK: KEHIDUPAN DI RUMAH | KESELAMATAN KANAK-KANAK | REKA BENTUK INOVATIF | APA SETERUSNYA?
APA SETERUSNYA?
Inspirasi untuk perubahan kecil
Kami memang sangat ingin tahu tentang trend yang akan tiba. Kami mahu bertanya, "Apa yang kami boleh lakukan untuk lakukan lebih baik, supaya kehidupan harian akan jadi lebih baik?" Selalunya ia tentang hal yang kecil; penyelesaian kecil di rumah yang buatkan setiap hari lancar, lebih berfungsi dan lebih seronok.
Hari ini, kami telah bergerak melebihi cara konvensional melihat kelengkapan rumah. Berbanding melihat ruang, kami melihat aktiviti. Apa yang orang lakukan di rumah? Bagaimana mereka lakukannya, dan bila? Kami kemudian berikan mereka inspirasi untuk hasilkan sedikit perubahan yang akan buatkan melakukan itu semua lebih mudah, lebih pintar dan lebih menyeronokkan - di seluruh rumah.
"Rumah mengalir" fokus terhadap mencipta aliran yang bagus di rumah berdasarkan aktiviti orang ramai. Menyepadukan pengecasan wayarles di dalam perabot adalah salah satu benda kecil yang boleh berikan perbezaan besar.
 Female lounging on sofa while placing her cell phone onto a wireless charging station (left). Close up of integratied wirelss charching station on an IKEA floor lamp (right).
"Bermain urban - rumah dengan pengalaman" adalah salah satu daripada banyak tema yang kami terokai di Makmal Rumah IKEA, termasuklah penyelesaian privasi untuk ruang kehidupan berkongsi.
Close up of person sitting in a red armchair with a built in interactive screen.
Makmal Rumah IKEA - Fokus terhadap masa depan
Bekerja bersama sains umumnya bukan apa yang orang fikir kami lakukan di IKEA. Namun semakin kita melangkah ke masa hadapan, sains memainkan peranan lebih besar daripada sebelumnya dalam memenuhi keperluan pelanggan kita. Di Makmal Rumah IKEA kami, sekumpulan saintis dan pemikir yang fokus masa depan sedang bereksperimen dengan barangan yang tidak akan masuk ke gedung kami selama bertahun-tahun. Di sini, idea dan bahan diterokai, dan prototaip dibina. Sebahagiannya diuji dalam situasi kehidupan sebenar. Yang lain tidak akan pernah lihat bahagian dalam pek leper. Ia tentang rasa ingin tahu, penemuan dan cuba jaya - fitrah sains.
Hari esok yang lebih pintar, lebih fleksibel
Dengan teknologi dan pembangunan ekonomi menyatukan orang ramai lebih dekat daripada sebelumnya, dunia menjadi semakin kecil dan padat mengikut masa. Tabiat kehidupan dan standard berubah dengan rentak yang pantas. Di Makmal Rumah IKEA, kami fokus terhadap mencipta cara bijak dan fleksibel bagi memenuhi keperluan masa depan di rumah, dibawakan oleh peningkatan jumlah orang, alat, kabel dan banyak lagi.
Close up of a hand placing a cell phone onto a wireless charging station next to a pair of eye glasses.
Menukar perabot menjadi tempat mengecas wayarles membuatkan mengecas mudah dan bebas daripada kabel - penyelesaian berpaksikan manusia mengikut keperluan berpaksikan teknologi.
Female in grey sweater placing a white storage unit into a wall made out of many storage units.
Bagi penduduk urban di situasi kehidupan berkongsi kami sedang bereksperimen dengan penyelesaian inovatif seperti dinding boleh gerak yang memberi makna baharu terhadap kefleksibelan.
ANDA JUGA MUNGKIN BERMINAT DENGAN:
KONSEP IKEA
Melakukannya dengan cara berbeza
Konsep IKEA berasal dari sejarah yang panjang sentiasa bertanyakan kepada diri kita sendiri satu persoalan yang mudah, dan ianya penting untuk setiap perkara yang kita lakukan. Ketahui lebih lanjut tentang konsep IKEA
Stack of IKEA boxes on a delivery bike being ridden by a man in glasses
Gambar potret budak perempuan India di dalam sebuah bilik darjah
PEOPLE & PLANET
Untuk masa hadapan yang mesra alam sekitar
Ketahui apa maksud mesra alam kitar bagi kami dan apa yang kami lakukan untuk memelihara orang ramai dan juga planet ini.
Terokai People & Planet