Langkau ke kandungan utama

PERKHIDMATAN KAMI

Perkhidmatan pemasangan dapur

Ianya adalah perkhidmatan lengkap, daripada permulaan hingga ke penghabisan dan termasuk penggabungan dan pemasangan untuk semuanya daripada pintu cabinet dan bahagian hadapan laci, kelengkapan dalaman dan permukaan atas kerja hinggalah gas dan perkakas elektrik dan juga sink dapur.
Dapur anda dipasangkan pada standard industri yang paling tinggi. Kesemua bungkusan telah ditanggalkan dan dipakai buang dengan cara lestari yang tidak merosakkan persekitaran.

Harga
Bermula dari RM84/meter (minimum caj RM200).

Ciri Utama
• Perhimpunan dan pemasangan kesemua cabinet.
• Pemasangan permukaan atas kerja, termasuklah potongan untuk sink/hob.**
• Pemasangan dan penghubung sink, paip dan sifon.**
• Pemasangan dan penghubung perkakas gas dan elektrik IKEA.
• Pemasangan dan penghubung pencahayaan permukaan atas kerja IKEA.
• Pemasangan kedua-dua belah panel, pemegabg, dan kelengkapan dalaman (para, bakul, etc.)
• Setiap bungkusan di ambil. (kecuali jika pelanggan mahu menyimpannya).
• Jaminan pemasangan yang memastikan ketukangan yang bagus.
*Perubahsuaian kabinet, pemasangan “kaunter makan tengah hari”, memasang/menggerakkan hubungan atau saluran keluar untuk gas, elektrik atau air tidak disertakan.
**Harga boleh berubah untuk pemasangan bahagian potongan bagi sink/hob dan hubungan antara sink, paip dan sifon.

Untuk maklumat lanjut, sila bertanya pada pekerja kami di Bahagian Dapur.

Perkhidmatan pemasangan bilik mandi

Memasang bilik mandi IKEA baharu anda dalam bilik mandi yang sudah sedia ada adalah lebih mudah dan menjimatkan banyak masa anda. Perkhidmatan ini termasuk pemasangan perabot bilik mandi, kelengkapan dalaman, ceriman dan sink atau besen IKEA.

Harga
Bermula dari RM188.

Ciri Utama
• Cara yang mudah dan menjimatkan masa untuk memasang bilik mandi IKEA baharu anda di dalam bilik mandi yang sudah sedia ada.
• Perkhidmatan termasuklah pemasangan perabot bilik mandi, kelengkapan, cermin dan sink atau besen IKEA.


Untuk maklumat lanjut, sila bertanya pada pekerja kami di Bahagian Dapur.
Pictogram of a man and a wrench.Pictogram of a man and a wrench.