Langkau ke kandungan utama

PERKHIDMATAN KAMI

Perkhidmatan pemasangan

Produk kami direka khas supaya mudah dipasang, bagi memudahkan pelanggan kami lakukannya sendiri. Dengan ini, anda dapat jimatkan duit.

Namun, jika anda perlukan bantuan, kami boleh aturkan rakan niaga khidmat profesional untuk pasang produk anda. Pembungkusan akan dibawa pergi untuk dikitar semula, melainkan anda mahu simpannya, dan rumah anda kekal bersih dan kemas.


Membeli-belah di IKEA.my

Jika anda membuat tempahan secara online, kami menawarkan pilihan pemasangan berikut bersama dengan penghantaran trak. Anda boleh menempah perkhidmatan pemasangan semasa anda checkout!

Jenis khidmat Bayaran
Pemasangan perabot 10% daripada harga produk*
Pemasangan kaki atau sarung untuk sofa RM9/modul sofa
Lekap dinding RM4.70/lubang^

*Termasuk pemasangan penahan rebah untuk tujuan keselamatan. Khidmat pemasangan tidak termasuk kerja-kerja elektrikal dan perpaipan.
^Untuk pesanan yang dibuat secara online yang akan dibayar terus kepada pembekal perkhidmatan.



Membeli belah di gedung IKEA yang berdekatan dengan anda


Untuk menempah perkhidmatan pemasangan anda di gedung kami, sila ke kaunter perkhidmatan atau kaunter penghantaran di Kawasan Khidmat pelanggan. Lihat maklumat lanjut di pilihan penghantaran di gedung IKEA.
Pictogram of a man and a drill.