Langkau ke kandungan utama

Syarat-syarat Pembelian

Syarat-Syarat Pembelian

 

Am

 

1. Semasa membeli sebarang produk (“Produk(-Produk)”) dan/atau perkhidmatan pengendalian, penghantaran, dan pemasangan (“Perkhidmatan”) daripada Ikano Handel Sdn Bhd (“kami” dan “kita”) di www.ikea.com/my/en (“Laman Web”), anda memeterai perjanjian dengan kami yang terikat di sisi undang-undang berdasarkan Syarat-Syarat Pembelian ini. Setiap pesanan daripda pembelian Produk(-Produk) dan/atau Perkhidmatan akan dirujuki sebagai “Pesanan”).

 

2. Anda perlu membaca Syarat-Syarat Pembelian ini dengan Syarat-Syarat Penggunaan, Polisi Privasi Data Peribadi dan Polisi Cookie. Syarat-Syarat Penggunaan dan Polisi Privasi akan disertakan dengan Syarat-Syarat Pembelian secara rujukan. Berhubung dengan Sabah dan Sarawak, bagi mengelakkan keraguan, dan kecuali sepertimana yang dinyatakan dalam Syarat-Syarat Pembelian ini, UK Consumer Rights Act 2015 (yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa) adalah dikecualikan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

 

3. Sekiranya terdapat ketidakselarasan antara Syarat-Syarat Pembelian, Syarat-Syarat Penggunaan dan Polisi Privasi Data Peribadi Privasi , Syarat-Syarat Pembelian ini akan digunapakai.

 

4. Anda bersetuju bahawa kami boleh mengubahsuai Syarat-Syarat Pembelian ini tanpa liabiliti dan tanpa sebarang notis terdahulu kepada anda. Syarat-Syarat Pembelian yang diubahsuai akan dipaparkan ke Laman Web, dan akan berkuatkuasa daripada hari yang dipaparkan. Anda dinasihatkan supaya menyemak Syarat-Syarat Pembelian terkini secara kerap, sebelum membeli sebarang Produk(-Produk) di Laman Web.

 

5. Anda faham bahawa anda perlu, pada kos sendiri, membekalkan semua perkhidmatan telekomunikasi, komputer, dan peralatan atau perkhidmatan yang diperlukan untuk mendapatkan akses ke Laman Web. Anda harus mematuhi semua peraturan-peraturan yang terpakai kepada cara yang anda gunakan untuk mengakses Laman Web (e.g. akses Internet).

 

6. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memeriksa Laman Web untuk pepijat (virus) tapi kami tidak menjamin bahawa Laman Web bebas daripada pepijat atau kandungan lain yang berniat jahat.

 

7. Setiap keputusan dan penentuan yang ditentukan oleh kami di bawah Syarat-Syarat Pembelian ini adalah muktamad.

 

Produk(-Produk) – Pemerihalan dan Harga

 

8. Kami boleh, pada bila-bila masa, mengalihkan sebarang Produk(-Produk) dan/atau Perkhidmatan daripada Laman Web secara sementara atau tetap, dengan atau tanpa notis kepada anda.

 

9. Semua Produk(-Produk) yang dijual melalui Laman Web adalah untuk kegunaan tempatan sahaja; Produk(-Produk) yang dijual tidak sesuai untuk kegunaan perdagangan atau perindustrian kecuali jika dinyatakan secara jelas.

 

10. Kami berusaha sebaik mungkin untuk memastikan bahawa semua maklumat di Laman Web, termasuk pemerihalan tentang Produk(-Produk) dan/atau Perkhidmatan dan harga tersenarai adalah tepat pada setiap masa.

 

11. Ketika melayar Laman Web, warna Produk(-Produk) mungkin berbeza bergantung kepada beberapa faktor, seperti tetapan paparan monitor komputer anda.

 

12. Gambar dan imej di Laman Web adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Untuk pemerihalan yang tepat mengenai sebarang Produk(-Produk) dan perincian yang disertakan dengan Produk(-Produk), sila baca pemerihalan Produk.

 

13. Kecuali dinyatakan sebaliknya, harga Produk(-Produk) yang dipaparkan di Laman Web adalah dalam Ringgit Malaysia dan termasuk cukai berkenaan.

 

14. Namun, harga Produk(-Produk) tidak termasuk fi Perkhidmatan, yang akan ditambahkan pada jumlah hargaPesanan.

 

15. Kami tidak menjamin bahawa:

 

(a)   harga Produk atau Perkhidmatan yang dipaparkan di Laman Web akan sama dengan harga dalam-kedai(dan sebaliknya);

 

(b)   sebarang promosi yang ditawarkan di Laman Web boleh didapati di dalam-kedai (dan sebaliknya); dan

 

(c)   sebarang Produk atau Perkhidmatan yang ditawarkan untuk jualan di Laman Web juga akan ditawarkan untuk jualan di dalam-kedai (dan sebaliknya).

 

16. Kami memelihara berhak untuk mengubah harga, Produk, pemerihalan Produk, Perkhidmatan, pemerihalan Perkhidmatan dan tawaran istimewa pada bila-bila masa dan mengikut budi bicara kami.

 

Penempahan Pesanan

 

17. Apabila anda menempah Pesanan, anda mewakili dan menjamin kepada kami bahawa:

 

(a)   anda berusia 18 tahun ke atas;

 

(b)   jika anda tidak berusia 18 tahun ke atas, anda telah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk menempah Pesanan;

 

(c)   anda diberikuasa untuk menggunakan akaun pelanggan yang digunakan untuk menempah pesanan; dan

 

(d)   anda adalah pemastautin Malaysia.

 

18. Anda juga perlu memberikan kami alamat e-mel aktif dan nombor telefon supaya kami dapat menghubungi anda dengan mudah.

 

19. Pesanan anda dianggap sebagai tawaran untuk membeli Produk(-Produk) dan / atau Perkhidmatan daripada kami, pada harga yang dinyatakan dalam e-mel Notifikasi Penghantaran.

 

20. Selepas penempahan Pesanan, anda akan menerima e-mel pengesahan pesanan. Ini akan mengandungi nombor pesanan, butiran Produk(-Produk) dan Perkhidmatan yang telah anda pesan dan jumlah kos Pesanan.

 

21. E-mel pengesahan Pesanan tidak bermaksud penerimaan Pesanan oleh kami.

 

22. Jualan Produk adalah tertakluk kepada ketersediaan. Jika sebarang Produk yang dipesan oleh anda telah kehabisan stok, kami akan menghubungi anda.

 

23. Pesanan anda hanya diterima oleh kami apabila kami menghantar e-mel Notifikasi Penghantaran.

 

Penhantaran Pesanan

 

24. Semua perkhidmatan penghantaran adalah dibekalkan oleh pembekal perkhidmatan pihak ketiga.

 

25. Semua perkhidmatan penghantaran adalah dibekalkan oleh pembekal perkhidmatan pihak ketiga, dan anda mengiktiraf bahawa perkhidmatan penghantaran sedemikian adalah debekalkan kepada anda secara langsung oleh mereka.

 

26. Fi penghantaran adalah berdasarkan penghantaran satu Pesanan ke satu alamat sahaja dalam Malaysia. Fi penghantaran promosi mungkin terpakai mengikut budi bicara kami dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum Pesanan disahkan.

 

27. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi tarikh dan masa penghantaran pilihan anda, walaupun, kadang-kala kami mungkin tidak dapat berbuat demikian, dan jika ini berlaku, kami akan menghubungi anda untuk mengatur semula tarikh dan masa penghantaran.

 

28. Anda harus memaklumkan kepada kami tentang sebarang halangan atau kesukaran penghantaran untuk mengakses harta tanah anda apabila anda membuat Pesanan, dan memastikan bahawa keizinan yang berkaitan diperolehi daripada pengurusan bangunan / kediaman sebelum tarikh penghantaran yang dijadualkan. Jika kami tidak dapat menghantar pada tarikh dan masa penghantaran yang disahkan disebabkan kesulitan mengakses harta tanah anda, bayaran penghantaran semula akan dikenakan untuk percubaan penghantaran berikutnya. Kami tidak wajib melengkapkan penghantaran Pesanan anda sebelum menerima bayaran penghantaran semula.

 

29. Pembekal perkhidmatan kami tidak wajib menunggu untuk anda memberi akses kepada pembekal perkhidmatan untuk memasuki harta tanah anda kerana mereka juga perlu memenuhi penghantaran lain yang telah dijadualkan untuk hari tersebut. Jika mereka beredar, sebarang percubaan untuk penghantaran semula akan dikenakan fi penghantaran semula.

 

30. Semasa penghantaran, anda bertanggungjawab untuk memeriksa Produk(-Produk), semak keadaan pembungkusan dan memastikan nombor bungkusan yang betul telah dihantar dan anda akan diminta untuk menandatangani bukti penghantaran untuk mengesahkannya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda harus mencatatkan dengan sewajarnya dalam bukti penghantaran. Produk(-Produk) yang hilang akan dipesan semula dan Produk(-Produk) yang rosak / tidak betul akan dipulangkan dan diganti dan dihantar secara percuma hanya jika anda menyatakannya ketika penghantaran Pesanan. Jika anda enggan menandatangani dokumen penghantaran, ini akan dikira sebagai keengganan untuk menerima penghantaran.

 

31. Sila buat perancangan untuk tersedia untuk menerima penghantaran anda. Jika anda tidak ada, seorang yang berumur 18 tahun ke atas yang mampu menerima penghantaran bagi pihak anda mesti berada, dan anda bersetuju bahawa kami boleh bergantung kepada arahan orang tersebut seolah-olah arahan anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengesahkan bahawa orang itu telah diberi kuasa oleh anda untuk menerima penghantaran Pesanan. Pembekal perkhidmatan kami tidak dibenarkan meninggalkan mana-mana Produk(-Produk) yang belum diterima dan ditandatangani. Sekiranya penghantaran yang dijadualkan tidak berjaya, bayaran penghantaran semula akan dikenakan untuk percubaan penghantaran berikutnya. Jika tarikh penghantaran baru anda melebihi 5 hari dari tarikh Pesanan anda, anda mungkin dikenakan fi penyimpanan pada kadar semasa. Kami tidak bertanggungjawab untuk melengkapkan penghantaran Pesanan anda atau membekalkan sebarang perkhidmatan tambahan yang telah diminta sebelum kami menerima bayaran tambahan (jika berkenaan).

 

Jika anda tidak mengutip pesanan anda dalam masa 2 minggu, item-item anda akan dikembalikan ke kedai. Sila hubungi kami di +603 7052 7575 untuk mangaturkan pembayaran balik produk. Fi perkhidmatan tidak akan dibayar balik dalam mana-mana keadaan.

32. Sekiranya kemudahan lif tidak tersedia dan penghantaran perlu dilaksanakan menggunakan tangga untuk alamat penghantaran yang terletak di tingkat melebihi tingkat ketiga bangunan, fi Perkhidmatan akan dikenakan. Perkhidmatan ini hanya terpakai sehingga tingkat kelima dan fi Perkhidmatan in akan dibayar terus kepada Pembekal Perkhidmatan kami.

 

33. Sekiranya berlaku keadaan yang tidak dijangka (seperti kerosakan lori, kemalangan jalan raya, kesesakan lalu lintas utama atau cuaca teruk), kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menghubungi anda untuk mengatur semula tarikh dan masa penghantaran alternatif.

 

34. Kami tidak dapat menghantar produk tidak tahan lama (termasuk tumbuhan-tumbuhan hidup) dan Produk yang mudah pecah (fragile).

 

35. Sebelum penghantaran, sila pastikan bahawa terdapat akses dan ruang yang mencukupi dan tangga dan lif yang digunakan untuk memberi akses sesuai untuk penghantaran. Sila alihkan objek yang boleh dirosakkan semasa penghantaran, sepert lampu, pasu, gambar dan lain-lain dan pastikan bahawa ruang yang mencukupi disediakan dalam harta tanah untuk penghantaran dan pemasangan.

 

36. Segala usaha akan digunakan menghantar Produk(-Produk) ke alamat yang ditetapkan, dengan syarat bahawa penghantaran itu selamat dan boleh dilaksanakan. Jika pembekal perkhidmatan kami berpendapat bahawa keselamatan kakitangannya atau orang-orang lain akan terjejas dalam proses penghantaran ke alamat tertentu atau jika penghantaran mungkin menyebabkan Produk(-Produk) atau harta tanah di alamat tertentu (termasuk tanah sekitar) rosak, mereka akan memaklumkan kepada anda dan jika anda masih memutuskan untuk meneruskan penghantaran, kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerosakan ke atas Produk(-Produk) atau harta tanah.

 

37. Pembekal perkhidmatan kami tidak akan meggunakan alatan pengangkutan khas dan / atau menanggalkan perlengkapan tetap di alamat yang ditetapkan (contohnya pintu, tingkap, bingkai pintu dan lain-lain) untuk menyiapkan penghantaran. Jika alatan khas atau penanggalan diperlukan, anda mesti mengaturnya sebelum penghantaran dilaksanakan. Pembekal perkhidmatan kami tidak akan mengeluarkan produk atau memasang Produk(-Produk) yang dihantarkan atau mengeluarkan sebarang pembungkusan melainkan anda telah menempahkan untuk perkhidmatan pemasangan dalam Pesanan anda. Jika anda risau tentang kemungkinan kerosakan kepada harta tanah anda (contohnya lantai dan lain-lain) semasa penghantaran, sila pastikan anda melindungi harta tanah anda (contohnya lantai dan lain-lain) dengan helaian perlindungan.

 

38. Kami tidak bertanggungjawab untuk apa-apa kerosakan kepada harta tanah anda jika anda gagal mematuhi kandungan bahagian Penghantaran Pesanan ini.

 

Perkhidmatan Pemasangan

 

39. Semua perkhidmatan pemasangan adalah dibekalkan oleh pembekal perkhidmatan pihak ketiga.

 

40. Langkah-langkah keselamatan pemasangan kami memerlukan semua produk perabot bebas-berdiri yang termauk pengetatan hujung mesti dipasangkan ke dinding untuk menjadikan rumah anda tempat yang lebih selamat.
 
41.  Fi penggerudian akan dikenakan untuk Produk yang memerlukan pemasangan dinding. Fi perkhidmatan akan dibayar terus kepada pembekal perkhidmatan kami. Pembekal perkhidmatan kami tidak diwajibkan untuk melaksanakan perkhidmatan penggerudian jika permintaan tersebut tidak dinyatakan di pesanan online anda, dan juga bagi produk yang tidak dibeli daripada kami. Permintaan perkhidmatan penggerudian boleh dikomunikasikan melalui kotak komen (comment box) pada halaman web alamat penghantaran.
 
42. Kerja-kerja elektrik dan pemasangan paip tidak termasuk dalam skop perkhidmatan pemasangan. 
 
43. Bagi kawasan dimana kami tawarkan perkhidmatan ‘call-out’ untuk pemasangan (assembly), anda akan dikenakan fi ‘call-out’ jika anda memutuskan untuk menggunakan perkhidmatan pemasangan selepas penhantaran telah selesai. Fi ‘call-out’ adalah dinyatakan di https://www.ikea.com/ms/en_MY/customer-service/our-services/delivery.html, dan fi ini tertakluk kepada pemindaan dari semasa ke semasa  tanpa notis terdahulu kepada anda. Perkhidmatan pemasangan akan dikenakan secara berasingan pada kadar semasa. Kami akan memaklumkan anda tentang fi “call-out” yang berkenaan dan fi pemasangan apabila anda menghubungi kami untuk meminta perkhidmatan pemasangan.
 
Penukaran dan Pembatalan Perkhidmatan  
 
44. Apa-apa penukaran dan pembatalan Perkhidmatan tidak dibenarkan selepas pembayaran dishakan. Sila hubungi kami di +603 7952 7575 untuk bantuan lanjut. 
 
 
 
Penukaran dan Pembatalan Pesanan   
 
45.  Apa-apa penukaran dan pembatalan Pesanan tidak dibenarkan selepas bayaran telah disahkan. Sila hubungi kami di +603 7952 7575 untuk bantuan lanjut. 
 
 
Pemulangan

 

46. Anda boleh memulangkan Produk dalam masa 365 hari dari tarikh Pesanan, asalkan Produk itu:

 

(a)   baru;

 

(b)   tidak pernah digunakan;

 

(c)   tidak dikeluarkan daripada bungkusan aslinya (jika berkenaan);

 

(d)   jika telah dipasangkan, adalah mengikut budi bicara mutlak kami, ia dalam keadaan boleh dijual lagi;

 

(e)   ia memenuhi sebarang kriteria pemulangan lain yang mungkin dikenakan oleh kami dari semasa ke semasa, dan kriteria pemulangan ini boleh didapati di sini

 

47. Jika kami berpendapat bahawa Produk yang dipulangkan tidak memenuhi kriteria pemulangan, kami boleh menolak pemulangan Produk atau sebaliknya menawarkan pertukaran atau kad hadiah IKEA.

 

48. Kami hanya akan memproses bayaran balik anda setelah kami menerima dan memeriksa Produk yang dipulangkan. Semua bayaran balik akan dibuat 
melalui kaedah pembayaran asal anda.

 

Walau bagaimanapun, sila maklum bahawa kami akan mengurangkan jumlah bayaran balik anda untuk mencerminkan pengurangan nilai Produk yang dipulangkan.

 

49. Fi Perkhidmatan (jika berkenaan) tidak boleh dipulang balik, melainkan dibenarkan oleh kami.

 

50. Anda boleh mengembalikan produk di kedai untuk Semenanjung Malaysia atau di pusat kutipan (collection points) untuk Malaysia Timur atau anda boleh 
meminta agar pembekal perkhidmatan kami mengutip Produk dari alamat anda.
 
51. Anda boleh menghubungi kami di +603 7952 7575 jika anda memerlukan pembekal perkhidmatan kami mengutip Produk dari alamat anda. 
Anda perlu membekalkan kami dengan nombor Pesanan, butiran Produk yang akan dipulangkan, dan resit penghantaran apabila anda menghubungi kami.
Fi kutipan akan dikenakan, melainkan jika anda mengembalikan Produk kepada kami akibat kesilapan yang dilakukan oleh kami, dan kami akan menasihatkan anda
tentang bayaran tersebut apabila kami memproses permintaan anda. Setelah menerima fi kutipan yang berkenaan, kami akan
mengaturkan pembekal perkhidmatan kami untuk mengutip Produk dari alamat anda.
 
52. Jika anda memilih untuk memulangkan Produk di kedai, anda perlu membawa salinan cetakan invois elektronik, dan kad pembayaran yang 
anda gunakan untuk bayar Produk
(-Produk) (jika berkenaan).
 
53. Untuk pemulangan di Pusat Kutipan kami di Malaysia Timur, sila menghubungi kami di +603-7952 7575 supaya kami boleh membekalkan anda dengan 
Nombor Pemulangan Pesanan (Return Order Number). Anda perlu menyerahkan nombor rujukan tersebut bersama
dengan salinan cetak invois cukai apabila anda pergi ke Pusat Kutipan.
 
54. Untuk pesanan bungkusan (parcel orders) Malaysia Timur, anda akan diminta untuk menggunakan borang Return Shipping yang dibekalkan di dalam 
bungkusan, apabila anda mengembalikan produk kepada kami. Jika anda menghilangkan borang tersebut,
anda perlu membeli borang dengan perbelanjaan anda sendiri dari cawangan PosLaju yang berkenaan.
 
Liabiliti Kami
 
55. Semua Produk(-Produk) adalah dibekalkan “seperti yang sedia ada”. Kami, sekutu, pegawai dan pekerja kami tidak memberi jaminan, 
perwakilan atau waranti, sama ada nyata atau tersirat, berkenaan dengan kualiti atau kesesuaian untuk tujuan tertentu bagi mana-mana Produk.
 
56. Kami tidak, dalam apa-apa keadaan, bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh anda atau orang lain yang timbul daripada mana-mana:
 
(a)   pengubahsuaian kepada Produk yang tidak diberi kuasa oleh kami secara bertulis;
 
(b)   penggunaan Produk dengan cara yang tidak diberi kuasa oleh kami secara bertulis, atau dengan cara yang tidak mengikut bagaimana
Produk akan digunakan oleh orang yang munasabah;

 

(c)   mengabaikan sebarang arahan atau panduan keselamatan yang telah kami tetapkan; dan / atau

 

(d)   kegagalan mematuhi Syarat-Syarat Pembelian ini.

 
57. Kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda di bawah kontrak, tort, statut atau sebaliknya untuk mana-mana: 
(i) kerugian atau kerosakan tidak langsung, yang berbangkit daripada, kolateral, khas atau sampingan;
(ii) kerugian hasil, keuntungan, simpanan atau perniagaan yang dijangkakan, kehilangan data atau budibicara, kehilangan kegunaan atau nilai sebarang peralatan, tuntutan pihak ketiga atau kos atau perbelanjaan berkaitan dan sampingan; atau
(iii) kerugian yang tidak dapat diramalkan pada masa Pesanan anda diterima, dalam setiap kes yang ditanggung atau ditanggung oleh anda berkaitan dengan Pesanan,
apa-apa Produk atau apa-apa perkhidmatan yang diperolehi di bawah Syarat-syarat Pembelian ini atau sebaliknya.
 
58. Apa-apa syarat atau waranti yang mungkin tersirat atau dimasukkan ke dalam Syarat-Syarat Pembelian ini oleh sebab statut atau  
undang-undang biasa atau selainnya (termasuk jaminan tentang kebolehan produk dijual (merchantability),
kesesuaian, kepuasan kualiti dan kesesuaian untuk tujuan) dengan ini dikecualikan dengan nyata
sehingga ke tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang.
 
59. Tertakluk kepada perkara di atas dan bukti yang memuaskan, keseluruhan liabiliti kami
kepada anda untuk tuntutan berkaitan dengan mana-mana Pesanan, sama ada di bawah
Syarat-Syarat Pembelian atau sebaliknya, akan terhad kepada harga Pesanan.
 
60. Walaupun terdapat batasan dalam perenggan di atas, kami tidak mengehadkan liabiliti kami kepada anda untuk kematian, 
kecederaan diri atau penipuan.
 
61. Di mana anda membeli sebagai pengguna, Syarat-Syarat Pembelian ini tidak akan menjejaskan 
hak anda di bawah undang-undang yang tidak boleh dikecualikan.
Invois Elektronik dan Nota Kredit
 
62. Anda bersetuju bahawa semua invois cukai atau nota kredit berkenaan dengan mana-mana Pesanan yang dibuat di Laman Web  
akan dikeluarkan kepada anda secara elektronik melalui alamat e-mel yang telah anda bekalkan kepada kami. Tiada invois salinan cetakan akan dikeluarkan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan berkaitan dengan penerimaan invois elektronik dan nota kredit anda, sila hubungi kami
melalui maklumat hubungan yang diberikan di perenggan 70 di bawah
 
Force Majeure
 
63. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kelewatan atau kegagalan untuk mematuhi 
Syarat-Syarat Pembelian ini jika kelewatan atau kegagalan timbul daripada apa-apa kejadian yang
berada di luar kawalan kami yang munasabah. Acara-acara sedemikian termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kebakaran, banjir,
gempa bumi, ribut, bencana alam, peperangan, kekacauan awam, tindakan keganasan atau kerosakan yang
berniat jahat atau kemusnahan premis, peralatan atau barang.
 
Keseluruhan Perjanjian
 
64. Melainkan dinyatakan sebaliknya di sini, Syarat-Syarat Pembelian ini merangkumi semua terma dan syarat yang dipersetujui antara kita mengenai 
penjualan dan pembelian Produk(-Produk) dan / atau Perkhidmatan yang diterangkan di sini, dan membatalkan semua
cadangan, perjanjian, representasi dan akujanji, jika ada, di antara kita berkenaan dengan hal perkara di sini,
sama ada bertulis atau lisan, walaupun terdapat -apa peruntukan dalam mana-mana perjanjian terdahulu bahawa apa-apa hak atau peruntukan itu akan terus berlaku penamatannya.
 
Pelepasan
65. Jika anda melanggar mana-mana Syarat-syarat Pembelian ini dan kami tidak mengambil tindakan, 
kami tidak akan diambil untuk melepaskan hak-hak kami terhadap anda, dan masih berhak untuk melaksanakan hak dan remedi kami di peringkat
kemudian atau dalam situasi lain di mana anda melanggar Syarat-syarat Pembelian ini.
 
Ketidaksahan
 
66. Sekiranya satu atau lebih syarat yang dinyatakan dalam Syarat-syarat Pembelian ini dianggap 
tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa yang berwibawa,
ia akan dianggap diubahsuai setakat yang minimum untuk menjadikannya sah, menurut undang-undang dan boleh dikuatkuasakan
dan syarat yang selebihnya akan terus berlaku dan boleh dikuatkuasakan.
 
Privasi
67. Maklumat peribadi, seperti butiran hubungan anda, yang anda berikan kepada
kami semasa proses Pesanan akan disimpan dan digunakan oleh kami mengikut:
 
Polisi Privasi Data Peribadi 
 
Baca di sini
 

Hak Pihak Ketiga

68. Tiada orang yang bukan pihak kepada Syarat-Syarat Pembelian ini berhak untuk menguatkuasakan atau 
menikmati faedah dari Syarat-Syarat Pembelian ini.

Penyelesaian Pertelingkahan

69. Sekiranya anda mempunyai pertikaian dengan kami, sila cuba selesaikannya secara tidak rasmi dengan menghubungi kami di +603 7952 7575 atau customerservice.ikeamy@ikano.asia.

Undang-undang dan Bidang Kuasa

 
70. Syarat-syarat Pembelian ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia, dan anda dengan ini berjanji untuk
mematuhi kepada bidang kuasa Mahkamah yang tidak eksklusif ke mahkamah Malaysia.

 

Konflik

71. Dalam keadaan berlakunya sebarang konflik antara Syarat-syarat Pembelian ini dalam Bahasa Inggeris dengan Syarat-syarat Pembelian ini dalam Bahasa Malaysia yang sepadan dengannya, Syarat-syarat Pembelian dalam Bahasa Inggeris akan mengatasinya.

Notis-Notis

72. Semua notis, permintaan dan komunikasi lain boleh dihantar kepada kami di:

Alamat: 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Nombor Telefon: +603 7952 7575

E-mel:
customerservice.ikeamy@ikano.asia