Langkau ke kandungan utama

Syarat-syarat Penggunaan

Am

  1. Syarat-Syarat Peggunaan ini terpakai apabila anda mengakses dan / atau menggunakan www.ikea.com/my/en ("Laman Web"), yang dikendalikan oleh Ikano Handel Sdn Bhd ("kami", "kita").
  2. Anda perlu membaca Syarat-Syarat Penggunaan ini, Polisi Privasi Data Peribadi dan Polisi Cookie dengan berhati-hati. Polisi Privasi Data Peribadi dan Polisi Cookie disertakan ke dalam Syarat-Syarat Penggunaan ini secara rujukan. Dengan mengakses dan / atau menggunakan Laman Web atau mana-mana bahagian daripadanya, anda bersetuju bahawa anda telah membaca Syarat-Syarat Penggunaan ini dan anda menerima dan bersetuju untuk terikat olehnya.
  3. Kami juga boleh, dari semasa ke semasa, memaparkan di Laman Web, garis panduan dan peraturan yang berkaitan dengan penggunaan Laman Web. Kesemua garis panduan atau peraturan tersebut akan disertakan ke dalam Syarat-Syarat Penggunaan ini.
  4. Jika anda memutuskan untuk membuat pembelian melalui Laman Web, Syarat-Syarat Pembelian juga akan terpakai kepada anda, sebagai tambahan kepada Syarat-Syarat Penggunaan, Polisi Privasi dan Polisi Cookie. Anda harus membaca Syarat-Syarat Pembelian dengan berhati-hati sebelum anda membuat pembelian.
  5. Anda bersetuju bahawa kami boleh mengubahsuai Syarat-Syarat Penggunaan ini tanpa liabiliti dan tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada anda. Syarat-Syarat Penggunaan yang diubahsuai akan dipaparkan di Laman Web, dan akan berkuat kuasa dari tarikh paparan tersebut. Anda dinasihatkan supaya menyemak Syarat-Syarat Penggunaan secara kerap, sebelum mengakses dan / atau menggunakan Laman Web.

Kawasan

  1. Maklumat di Laman Web ditujukan khususnya kepada sesiapa yang mengakses Laman Web dari Malaysia. Kami tidak membuat perwakilan bahawa apa-apa produk atau perkhidmatan yang dirujuk di Laman Web boleh didapati, atau sesuai digunakan di mana-mana lokasi lain.

Akaun Pengguna

  1. Untuk membuat pembelian di Laman Web, anda perlu mendaftarkan akaun dengan kami. Dengan mendaftarkan akaun, anda menjamin bahawa:
  • anda berusia sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas;

 

  • jika anda berusia di bawah 18 tahun , anda telah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga, atau anda di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga anda;

 

  • anda sedang menggunakan identiti sebenar anda;

 

  • data peribadi yang dibekalkan kepada kami adalah benar, tepat, lengkap dan terkini;

 

  • anda akan mengekalkan dan mengemas kini data peribadi yang telah anda bekalkan kepada kami supaya data sedemikian yang disimpan adalah benar, tepat, lengkap dan terkini.

 

  1. Anda bertanggungjawab secara tunggalnya untuk mengekalkan kesulitan akaun dan kata laluan anda dan untuk mengehadkan akses kepada komputer anda, dan anda bersetuju untuk bertanggungjawab atas semua aktiviti yang berlaku di bawah akaun atau kata laluan anda.

 

  1. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul akibat kegagalan anda untuk mematuhi Syarat-Syarat Penggunaan ini.

 

Perubahan kepada Laman Web

 

  1. Kami memelihara hak, tetapi tidak mengakui kewajipan, untuk mengkaji semula, menyunting atau setidaknya mengubah Laman Web dan apa-apa maklumat yang terkandung di Laman Web mengikut budi bicara mutlak kami dan tanpa notis.

 

Jaminan

 

  1. Maklumat yang terdapat di Laman Web adalah untuk rujukan sahaja. Setakat mana yang dibenarkan di bawah undang-undang, kami menafikan semua waranti tersirat dan / atau ternyata dan tidak membuat sebarang perwakilan mengenai ketepatan, kesesuaian, kebolehgunaan atau kesempurnaan mana-mana maklumat di Laman Web. Kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul daripada penggunaan atau pergantungan anda terhadap maklumat di Laman Web atau untuk apa-apa yang dipaparkan atau dipautkan ke Laman Web, termasuk tanpa batasan apa-apa kesilapan, kesalahan, pengabaian, pelanggaran, fitnah, kepalsuan atau lain-lain bahan atau pengabaian yang mungkin menyinggung atau menimbulkan sebarang tuntutan atau aduan.

 

  1. Kami menolak sebarang sokongan atau cadangan (endorsement or recommendation) mana-mana orang, organisasi, nama, produk atau perkhidmatan yang dirujuk dalam Laman Web. Kami juga menafikan semua liabiliti berkaitan dengan maklumat atau bahan yang disiarkan oleh pengiklan atau penaja di Laman Web.

 

  1. Kami tidak membuat sebarang jaminan atau perwakilan berkenaan dengan keupayaan anda untuk mengakses Laman Web, dan tidak menjamin bahawa fungsi Laman Web tidak akan terganggu atau bebas daripada kesalahan atau kecacatan.

 

  1. Ejen atau wakil kami tidak diberi kuasa untuk membuat apa-apa waranti, perwakilan atau pernyataan mengenai apa-apa maklumat di Laman Web dan kami tidak akan terikat dengan apa-apa waranti, perwakilan atau pernyataan yang tidak diberikuasa itu.

 

Hak Harta Intelek

 

  1. Hak Harta Intelek " bermaksud apa-apa dan semua hak harta intelek dan perindustrian yang kini berkuat kuasa atau yang akan berkuatkuasa di masa hadapan di mana-mana bahagian dunia sama ada didaftarkan atau boleh didaftarkan dan termasuk semua permohonan dan hak untuk memohon pendaftaran (dan juga pembaharuan dan pelanjutan pendaftaran) mana-mana hak serta hak semua tindakan dan remedi berkaitan dengan pelanggaran masa lalu termasuk hak dalam atau berkaitan dengan:

 

  • maklumat sulit, rahsia perniagaan atau perdagangan, pengetahuan (know-how);
  • ciptaan, paten (termasuk sijil perlindungan tambahan (supplementary protection certificates));
  • hak cipta (termasuk hak untuk mendapatkan pembaharuan hak cipta dan pelanjutan hak cipta, hak cipta belum lagi wujud tetapi yang akan wujud pada masa akan datang dan semua hak-hak lain yang serupa di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di mana-mana bahagian dunia);
  • cap dagangan, cap perkhidmatan (service marks), nama perniagaan atau nama perdagangan;
  • hak reka bentuk, hak-hak topografi;
  • hak pangkalan data,

 

bersama-sama dengan semua hak-hak lain yang serupa atau sepadan dengannya dari segi sifatnya.

 

  1. Laman Web dan apa-apa maklumat yang ada di dalamnya termasuk, tetapi tidak terhad kepada teks, grafik, ikon, imej, perisian, kod sumber dan cap dagangan, adalah dilindungi oleh hak cipta, reka bentuk, cap dagangan dan Hak Harta Intelek lain yang dimiliki atau dikawal oleh kami dan / atau pemberi lesen kami. Anda tidak boleh menyalin, menghasilkan semula, menerbitkan semula, memuat naik, memuat turun, menyiarkan, menghantar, menyimpan dalam sistem pengambilan, mengubahsuai, meminda atau memaparkan di khalayak umum atau mengedarkan dalam apa-apa cara kandungan atau mana-mana bahagian Laman Web untuk sebarang tujuan tanpa kebenaran bertulis kami, melainkan jika anda memuat turun bahan-bahan yang dipaparkan di Laman Web untuk kegunaan bukan komersial, penggunaan peribadi sahaja selagi anda memastikan bahawa semua hak cipta, tanda dagangan dan notis hak milik yang lain terus disimpan utuh.

 

  1. Semua hak, hakmilik dan kepentingan dalam Hak Harta Intelek di Laman Web akan pada setiap masa tetap menjadi milik kami dan / atau pemberi lesen kami. Anda tidak dibenarkan untuk menggunakannya melainkan anda telah memperolehi kebenaran bertulis daripada kami dan / atau pemberi lesen kami, sepertimana yang terpakai.

 

  1. Anda bersetuju agar tidak menggunakan Laman Web untuk sebarang tujuan atau dalam sebarang perkara yang menyalahi undang-undang atau melanggar Hak Harta Intelek kami atau mana-mana pihak ketiga.

 

Penggunaan Data Peribadi

 

  1. Kami menghormati hak privasi pengunjung Laman Web. Kecuali di mana dinyatakan secara khusus, semua maklumat peribadi yang dikumpul oleh kami akan dikendalikan secara tegas mengikut Polisi Privasi yang boleh didapati di http://www.ikea.com/ms/en_MY/privacy_policy/personal_data_privacy_policy.html

 

Larangan

 

  1. Ketika menggunakan Laman Web anda dilarang:

 

  • mengganggu atau melumpuhkan sebarang ciri berkaitan keselamatan Laman Web atau ciri yang menghalang atau menyekat penggunaan atau penyalinan kandungan yang boleh diakses melalui Laman Web;

 

  • memberikan maklumat palsu dalam butiran akaun anda;

 

  • mengambil identiti orang lain tanpa kebenaran orang tersebut atau memalsukan bahawa anda bertindak bagi pihak seseorang, entiti atau organisasi;

 

  • menggunakan Laman Web jika kami telah menggantung atau menyekat anda daripada menggunakannya;

 

  • menghantar mesej junk, spam atau yang berulang;

 

  • terlibat dalam apa-apa perlakuan yang menyalahi undang-undang;

 

  • mengubah suai, mengacau, memintas, mengganggu atau menggodam (hack) Laman Web;

 

  • menyalahgunakan Laman Web dengan memperkenalkan, secara sengaja, pepijat (virus), malware, Trojans, worms, logic bombs atau bahan lain yang serupa, atau dengan melakukan tindakan lain yang akan membahayakan Laman Web, peralatan pengguna Laman Web atau memberi kesan buruk terhadap pengalaman pengguna Laman Web menggunakan Laman Web;

 

  • mengumpul sebarang data dari Laman Web selain daripada mengikut Syarat-Syarat Penggunaan ini;

 

  • mengemukakan atau menyumbangkan apa-apa kandungan yang kasar, mengancam, lucah, palsu, mengejutkan atau menyinggung perasaan;

 

  • menganiayai, membahayakan atau mencederakan pengguna laman web yang lain, ahli kakitangan kami atau orang;

 

  • menyerahkan atau menyumbang sebarang kandungan pengguna tanpa kebenaran pemilik kandungan atau setidaknya melanggar hak cipta, tanda dagangan atau hak lain pihak ketiga;

 

  • menyerahkan atau menyumbangk apa-apa maklumat atau ulasan mengenai orang lain yang tidak benar, peribadi, sulit atau fitnah (termasuk secara peribadi menuduh orang lain tentang jenayah yang tidak terbukti atau kesalahan yang serius yang boleh merosakkan reputasi mereka di mata sesiapa sahaja yang membaca ulasan anda).

 

  1. Di samping menamatkan akses anda ke Laman Web (secara keseluruhan atau sebahagian) kerana melanggar Syarat-Syarat Penggunaan ini, kami juga boleh mengambil tindakan lain termasuk, tetapi tidak terhad kepada, melaporkan anda kepada polis atau badan penguatkuasaan undang-undang lain, mengeluarkan amaran atau mengambil tindakan undang-undang terhadap anda dan menuntut apa-apa kos yang kami tanggung akibat daripada tindakan tersebut.

 

Pautan dan Perkongsian

 

  1. Sebarang pautan atau peluang untuk berkongsi (melalui media sosial, blog, dan laman web dan perkhidmatan komunikasi yang serupanya) di Laman Web adalah disediakan semata-mata untuk kegunaan dan kemudahan anda sahaja. Pautan tersebut tidak mewakili sebarang sokongan atau cadangan (endorsement or recommendation) oleh kami dan tidak bermakna bahawa kami mempunyai hubungan dengan laman web yang dipautkan. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan mana-mana laman web yang dikaitkan dengan atau dari Laman Web dan juga tidak bertanggungjawan ke atas akibat undang-undang apabila anda memasuki mana-mana kontrak dengan pihak ketiga yang menyediakan laman-laman web yang dipautkan ini dan kami tidak menanggung apa-apa liabiliti untuk apa-apa kehilangan, kerosakan , perbelanjaan, kos atau liabiliti yang ditanggung oleh anda akibat daripadanya.

 

  1. . Sila makluman bahawa jika anda berkongsi kandungan ke platform lain, mungkin terdapat terma dan syarat yang berasingan yang berkaitan dengan organisasi yang membolehkan anda membuat kongsian tersebut. Sila semak terma dan syarat mana-mana laman web yang anda ingin membuat kongsian. Sesetengah terma dan syarat mungkin melarang anda daripada berkongsi kandungan kami.

 

  1. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, ganti rugi, perbelanjaan, kos, kelewatan atau mana-mana liabiliti lain (termasuk tanpa batasan apa-apa kerugian kewangan seperti kehilangan keuntungan) yang mungkin ditanggung oleh anda akibat daripada sebarang kejadian di luar kawalan munasabah kami (termasuk tanpa had apa-apa kegagalan penghantaran, komunikasi, komputer atau kemudahan lain atau ketidakupayaan anda untuk mengakses Laman Web atas apa-apa sebab atau apa-apa kegagalan, kesilapan atau kelewatan dalam penghantaran atau penerimaan apa-apa notis atau komunikasi atau arahan melalui pos atau mana-mana media elektronik).

 

Penamatan

 

  1. Kami boleh, dalam keadaan tertentu dan tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada anda, atas budi bicara kami sendiri, menamatkan akses anda kepada Laman Web (secara keseluruhan atau sebahagian). Sebab-sebab untuk penamatan sedemikian termasuk tetapi tidak terhad kepada:

 

  • pelanggaran Syarat-Syarat Pengunaan ini;

 

  • permintaan oleh penguatkuasa undang-undang atau agensi kerajaan lain;

 

  • pelanggaran Hak Harta Intelek;

 

  • pemberhentian atau pengubahsuaian material kepada produk / perkhidmatan yang dipaparkan pada Laman Web; dan

 

  • isu teknikal atau keselamatan yang tidak dijangka.

 

  1. Penamatan akses anda ke Laman Web (secara keseluruhan atau sebahagian) tidak akan menjejaskan hak atau remedi kami yang lain di bawah Syarat-Syarat Penggunaan, undang-undang atau ekuiti dan tidak akan menjejaskan apa-apa hak atau liabiliti terakru atau yang berlaku atau berterusan berkuatkuasa mana-mana peruntukan yang secara nyata atau dengan implikasi yang bertujuan untuk masuk atau terus berkuat kuasa pada atau selepas penamatan itu.

 

Pembatasan Liabiliti

 

  1. Dengan mengakses dan menggunakan Laman Web, anda mengakui dan menerima bahawa penggunaan Laman Web adalah atas risiko anda sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan langsung, tidak langsung, sampingan, yang berbangkit atau punitif atau ganti rugi kerana kehilangan keuntungan atau hasil yang timbul daripada sebarang penggunaan, akses kepada, atau ketidakupayaan untuk menggunakan atau mengakses Laman Web.

 

  1. Tanpa had kepada yang dinyatakan di atas:

 

  • LAMAN WEB DAN SEMUA MAKLUMAT DAN BAHAN YANG TERDAPAT DI LAMAN WEB ADALAH DISEDIAKAN "SEPERTI YANG SEDIADA" TANPA SEBARANG JENIS JAMINAN TERSURAT ATAU TERSIRAT TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA JAMINANTERSIRAT ATAU SYARAT TERSIRAT MENGENAI HAKMILIK, KUALITI, KEBOLEHAN PRODUK DIJUAL (MERCHANTABILITY),  KESESUAIAN UNTUK TUJUAN, PRIVASI ATAU TIADA PELANGGARAN (SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG);

 

  • KAMI TIDAK MEMPUNYAI LIABILITI ATAU TANGGUNGJAWAB UNTUK APA-APA KESALAHAN ATAU PENGECUALIAN DALAM KANDUNGAN LAMAN WEB (SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG); DAN

 

  • KAMI TIDAK MEMIKUL TANGGUNGJAWAB DAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB (SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG) UNTUK SEBARANG GANTI RUGI ATAU KEROSAKAN YANG BERLAKU AKIBAT DARIPADA SEBARANG PENGGUNAAN ATAU AKSES KE LAMAN WEB, ATAU SEGALA KEGAGALAN PERLAKSANAAN , KESILAPAN, PENINGGALAN , GANGGUAN, PEMOTONGAN, KECACATAN, KELEWATAN OPERASI ATAU PEMINDAHAN, VIRUS KOMPUTER, KEGAGALAN TALIAN KOMUNIKASI, INTERSEPSI KOMUNIKASI ATAS TALIAN, MASALAH PERISIAN ATAU PERALATAN (TERMASUK TANPA HAD KEPADA KEHILANGAN DATA ATAU MASALAH KOMPATIBILITI), PENCURIAN, PEBINASAAN ATAU PERUBAHAN LAMAN WEB, SAMA ADA UNTUK KEMUNGKIRAN KONTRAK, KELAKUAN TORT, KECUAIAN ATAU, DI BAWAH APA-APA KUASA TINDAKAN TINDAKAN TINDAKAN YANG BERBANGKIT SECARA LANGSNG ATAU TIDAK LANGSUNG DARIPADA APA-APA AKSES ATAU PENGGUNAAN LAMAN WEB, ATAU APA-APA UPLOAD ATAU PENERBITAN DATA, TEXT, IMEJ ATAU BAHAN ATAU INFORMASI ATAU DARI LAMAN WEB.

 

Ketidaksahan

 

  1. Sekiranya satu atau lebih daripada satu syarat yang dinyatakan dalam Syarat-Syarat Penggunaan ini dianggap tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa yang beribawa, ia akan dianggap diubah suai setakat yang minimum untuk menjadikannya sah, di sisi undang-undang dan boleh dikuatkuasakan dan syarat yang selebihnya akan terus sah dan boleh dikuatkuasakan.

 

Pelepasan

 

  1. Jika anda melanggar mana-mana Syarat-Syarat Penggunaan ini dan kami tidak mengambil tindakan, kami tidak akan dikecualikan daripada hak kami terhadap anda, dan masih berhak untuk melaksanakan hak dan remedi kami pada peringkat kemudian atau dalam situasi lain di mana anda melakukan pelanggaran lain Syarat-Syarat Penggunaan ini.

 

Undang-Undang dan Bidang Kuasa yang Mentadbir

 

  1. Syarat-syarat Penggunaan ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia, dan anda dengan ini berjanji untuk mengemukakan kepada bidang kuasa Mahkamah yang tidak eksklusif ke mahkamah Malaysia.

 

Konflik

  1. Dalam keadaan berlakunya sebarang konflik antara Syarat-syarat Penggunaan ini dalam Bahasa Inggeris dengan Syarat-syarat Penggunaan ini dalam Bahasa Malaysia yang sepadan dengannya, Syarat-syarat Penggunaan dalam Bahasa Inggeris akan mengatasinya.

Notis-Notis

 

  1. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai Syarat-Syarat Penggunaan ini, anda boleh menghubungi kami melalui pos atau melalui e-mel di alamat berikut:

 

Alamat: 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

 

Nombor Telefon: +603 7952 7575

 

E-mel: customerservice.ikeamy@ikano.asia