Langkau ke kandungan utama

POLISI PEMULANGAN

Berubah fikiran! Memang boleh.

Tidak mengapa jika anda berubah fikiran

Anda ada 365 hari untuk memulangkan pembelian anda. Simpan resit dengan baik supaya memudahkan pemulangan.



Polisi pemulangan tanpa kerenah
Pulangkan produk belum dipasang dalam bungkusan asalnya dalam 365 hari, berserta resit anda untuk penukaran atau bayaran balik sepenuhnya.
• Bayaran balik akan diproses dengan cara pembayaran yang sama dengan pembayaran asal.
• Pembelian secara tunai: bayaran balik tunai akan dikeluarkan
• Pembelian dengan kad kredit: kredit akan diproses kepada kad kredit yang telah digunakan. Kad kredit mesti ditunjukkan semasa pemulangan.

Polisi pemulangan 365 hari tidak termasuk fabrik potong, tumbuhan, kelengkapan tidur yang digunakan, perkakasan dapur/elektrik, produk dari AS-IS, produk makanan, barangan ditempah mengikut spesifikasi anda e.g. permukaan kerja khas, barangan rosak akibat penyalahgunaan, kesan haus & lusuh yang biasa dan pemasangan yang salah dan produk rosak selepas meninggalkan gedung.

Sukainya, atau tukarkan!
Apabila berkaitan tilam, kami tawarkan sesuatu yang istimewa. Penting bagi kami yang anda sukakan tilam baharu anda. Jadi, jika setelah beberapa ketika anda dapati ia terlalu padat atau terlalu lembut, pulangkan kembali tilam dan cuba yang baharu. Tidak perlu tergesa-gesa. Ada 365 hari untuk tidur di atasnya!

Anda boleh tukar tilam anda sekali dalam 365 hari hari jika anda tidak sukakannya, dengan syarat barang anda tidak kotor, bertanda, rosak atau disalah guna mengikut budi bicara IKEA.
Pictogram of the number 365 enclosed by an arrow in the shape of a heart.