Kanak-kanak

Untuk imaginasi yang besar (dan koleksi mainan)

Kanak-kanak berkembang dan belajar melalui bermain. Itulah sebabnya semua produk kami, daripada mainan lembut hinggalah ke perabot bilik tidur kanak-kanak, direka bentuk untuk mencetuskan imaginasi dan membantu mereka menerokai sesuatu yang baharu tentang dunia ini. Tiada tempat yang lebih baik untuk melakukannya selain di rumah.

INSPIRASI PERABOT KANAK-KANAK 3-7 TAHUN
Terokai bilik untuk personaliti yang berkembang
Lihat galeri
Bilik tidur kanak-kanak dengan almari pakaian BUSUNGE, almari berlaci dan katil berwarna merah jambu
Kombinasi storan berwarna putih dalam tiga ketinggian dengan kotak storan plastik
Bilik tidur kecil kanak-kanak dengan cukup ruang untuk tidur dan bermain, dengan katil tinggi KLURA daripada kayu pain padu dan khemah katil KURA berwarna hijau.
Bilik tidur kanak-kanak berwarna merah jambu dengan almari pakaian SUNDVIK berwarna putih dan kotak storan PYSSLING berwarna putih
Katil putih dengan set kanopi dan sarung kuilt dengan corak segi tiga berwarna terang
SEKARANG DI IKEA
Lima watak mainan lembut berdiri di hadapan glob mempromosikan sumbangan untuk pendidikan.
Kami bekerja keras agar lebih ramai kanak-kanak
boleh bersekolah. Anda juga boleh membantu.
1 mainan lembut
yang dibeli =
€1 disumbangkan
(1 *Euro = lebih kurang RM4.25)

Baca lebih lanjut
No Youtube Player
Mainan lembut yang turut membantu
Tiba masanya apabila mainan lembut bersama-sama membantu kanak-kanak mendapatkan pendidikan yang mereka perlukan.
Lihat apa yang telah mereka lakukan
Peta negara dengan nombor yang menunjukkan bilangan kanak-kanak yang mendapat faedah sumbangan
Perkara baik sedang berlaku, di mana-mana sahaja
Baca lebih lanjut tentang sumbangan kecil yang boleh memberikan perbezaan yang banyak kepada kanak-kanak.
Fakta sumbangan
SEKARANG DI IKEA
Ia bukan sekadar katil, ia dunia kecil mereka
Apabila anda dikelilingi barangan kegemaran anda - daripada linen katil dalam warna kegemaran anda hinggalah kepada semua mainan kegemaran anda, setiap hari rasa lebih baik.
TIP & IDEA KANAK-KANAK
Kami berminda keanak-anakan
Dengan bekerja bersama pakar kanak-kanak yang terkemuka (dan juga kanak-kanak) selama bertahun-tahun, kami mengetahui menerusi bermain, otot dan otak kanak-kanak mendapat rangsangan yang diperlukan untuk berkembang. Itulah sebabnya kami membuat perabot dan mainan kanak-kanak yang menggalakkan lakon peranan, mencetuskan kreativiti dan gerakan fizikal kanak-kanak.
Kanak-kanak bermain dengan perkakas meja mainan dalam sebuah dapur
Lakon peranan bagus untuk anda!
Kami tahu kanak-kanak suka meniru lagak orang dewasa. Mereka menguji pelbagai situasi sosial berbeza, berlakon seperti seseorang dewasa. Walaupun hanya untuk berseronok, mereka juga mempelajari cara bercakap dan bertindak. Itulah sebabnya kami menghasilkan banyak mainan yang mencipta banyak peluang untuk lakon peranan.
Lihat mainan lakon peranan kami
Permainan fizikal dalam kerusi berpusing
Mengimbangi seluruh tenaga
Kita tahu yang berseronok dan bermain-main penting untuk kanak-kanak. Itulah sebabnya kami ada perabot berpusing, bergoyang dan berayun yang boleh menjadi laju dan perlahan, yang menambah baik imbangan dan koordinasi. Kami juga ada banyak cara untuk membantu mereka selesa selepas letih menikmati segala keseronokan ini.
Lihat permainan fizikal kami Lihat perabot kecil kami Lihat katil kanak-kanak kami
Storan boleh laras, mudah dicapai untuk kanak-kanak
Storan pintar bermakna lebih ruang untuk bermain
Kanak-kanak sebenarnya sukakan susunan (selepas semua barangan dikemas, ada banyak lagi ruang untuk bermain!) Jadi kami ada penyelesaian storan untuk bilik besar dan kecil, untuk mainan dan pakaian, yang mudah alih dan juga tetap - semua direka bentuk untuk memudahkan penggunaan si kecil.
Lihat sistem storan kami Lihat sistem storan kami Lihat perabot storan kami
Bermain dengan kereta
Sedikit kreativiti yang berguna
Kami suka menghasilkan mainan yang ringkas kerana kanak-kanak menggunakan imaginasi mereka untuk mengisi tempat kosong - apabila mereka kreatif, mereka boleh memikirkan cara dunia berfungsi. Kemahiran motor mereka juga akan bertambah baik. Kami ada banyak alat melukis dan mengecat, dan tidak lupa juga mainan kayu biasa.
Lihat mainan seni & kraf kami Lihat mainan kayu kami Lihat perabot kecil kami
PANDUAN & PERANCANG

Dapatkan storan yang boleh
membesar bersama anak-anak

PERKHIDMATAN KEWANGAN

Pembayaran tanpa
faedah untuk
belian RM500 ke atas

småles - Kelab Kanak-Kanak IKEA

Penyertaan percuma
untuk semua kanak-kanak berusia 4 -12

ANDA JUGA MUNGKIN BERMINAT DENGAN: