PERABOT RUNCIT

Perabot yang menyerlahkan gedung anda

Di dalam gedung yang berjaya, penyelesaian pameran, storan, pencahayaan, ruang kerja dan elemen lain serasi bersama. Di sini anda boleh menemui produk dan idea untuk mencipta formula ajaib perniagaan anda sendiri. Jangan lupa, kami juga boleh menghantar dan memasang.

Mari membina jenama anda!
Ingin mencipta sebuah konsep dan identiti yang unik yang melambangkan idea di sebalik produk atau perkhidmatan anda? Selamat datang ke IKEA! Kami ada pilihan produk yang luas yang tereka bentuk untuk menyokong sebarang konsep - daripada tempat rehat yoga yang minimalistik hingga kepada kedai gunting rambut yang trendi.
Inspirasi peruncitan
Jika anda kehilangan arah berkaitan menghias dan mengaya, mulalah memilih sofa yang anda suka. Kemudian tambah satu persatu di sekitarnya - unit demi unit. Cara yang mudah untuk mendapatkan rupa yang berkordinasi!
Jika anda kehilangan arah berkaitan menghias dan mengaya, mulalah memilih sofa yang anda suka. Kemudian tambah satu persatu di sekitarnya - unit demi unit. Cara yang mudah untuk mendapatkan rupa yang berkordinasi!
Seorang lelaki duduk di atas sofa kulit sedang membaca surat akhbar.
Salon dandanan rambut dilengkapi dengan kabinet dapur berwarna hitam coklat.
Perlukan kaunter? Dapatkan sebuah dapur!
Sebuah kedai roti dengan para-para dinding terbuka dipenuhi roti yang baru dibakar dan sebuah bangku berlaci dan para-para terbuka. Cermin bebas dengan cangkuk dan selusur untuk penyangkut pakaian dibelakang cermin. Tumbuhan hijau di dalam pasu pokok berwarna kelabu
Jika anda sedang mencari penyelesaian peragaan dan storan untuk kedai atau butik anda, dapur boleh menjadi pilihan terbaik. Ya, memang betul. METOD, sistem dapur baharu kami, ialah sebijak untuk tuan punya perniagaan juga untuk sesiapa sahaja. Menstor, menyusun, dan untuk menunjuk-nunjuk - sistem andal ini menawarkan potensi tanpa batasan.
Inspirasi peruncitan
Lampu pendan berwarna kelabuDua kotak buatan kayu padu pain tidak dirawat ditindan di atas satu sama lain.Para-para dinding buatan venir kayu oak dengan pendakap aluminium.Kabinet berpintu kaca dengan botol kaca dan berus pencukur di dalamnya. Bangku tangga buatan kayu paduPenyangga hidangan bertingkat tiga dipenuhi ban dan biskut rangup manisTroli berwarna kelabu dengan tiga para-para KNAPPER Cermin berdiri RM169   KARLBY Permukaan kerja RM420 HEKTAR Lampu pendan RM299     FABRIKÖR Kabinet pintu kaca RM599
Menyusun perniagaan anda
Penyelesaian storan yang hebat merupakan salah satu rakan terbaik tuan punya perniagaan. Sebab itu kami datangkannya dalam aneka bentuk. Terbuka dan tertutup. Dengan selusur atau cangkuk. Dalam bakul atau kotak. Sebab itu ia pasti memenuhi keperluan anda - sama ada anda menjalankan perniagaan barang-barang dapur, kedai haiwan peliharaan atau butik pakaian.
Inspirasi peruncitan
Kabinet dinding terbuka dipenuhi dengan koleh dan balang dengan pelbagai jenis teh berbeza-beza.
Pandangan dekat sebuah gedung IKEA
Bagaimana mendapatkan bantuan yang anda perlukan
Cara paling mudah untuk mengambil kesempatan terhadap perkhidmatan kami ialah dengan mengunjungi gedung setempat anda. Anda boleh hubungi kami - kami akan lakukan yang terbaik untuk menjawab apa-apa soalan yang mungkin anda ada.
Jika anda perlu membuat pesanan korporat berjumlah sehingga RM10,000 atau lebih, sila telefon IKEA Business di 03-7720 7371/03-7720 7201 untuk IKEA Damansara dan 03-2718 6588 untuk IKEA Cheras.

Secara alternatif, anda boleh e-mel ke homefurnishingconsultancy@ikano.asia untuk IKEA Damansara; IKEAbusiness.cheras@ikano.asia untuk IKEA Cheras.

Untuk pesanan berasaskan projek dan perkhidmatan perancangan, sila hubungi kami juga menggunakan nombor/emel di atas. Tertakluk pada terma dan syarat.
Membeli-belah jadi mudah
Tidak sabar untuk merancang dan memulakan perniagaan? Tidak jadi masalah! Hanya bawa senarai barang yang anda perlukan ke gedung IKEA dan ambil troli beli-belah. Kebanyakan produk kami dibungkus leper dan mudah untuk anda membawanya pulang serta memasangnya sendiri. Ataupun biarkan orang lain mengambil dan menghantarnya di depan pintu?
Lori berwarna kuning
Penghantaran
Kebanyakan daripada produk kami direka bentuk dan dibungkus leper agar anda boleh membawanya pulang sendiri. Tetapi jika anda suka, kami boleh hantarkan pesanan anda terus ke perniagaan anda. Temui kakitangan IKEA BUSINESS berkenaan caj penghantaran.
Penghantaran
Pengerudi tanpa kord berwarna kuning
Memasang
Produk IKEA direka bentuk untuk dipasang sendiri oleh anda. Melalui cara tersebut, anda boleh menjimatkan perbelanjaan. Walau bagaimanapun, jika anda suka, kami boleh pasangkannya semua demi perniagaan anda. Dan tentunya kami berbesar hati untuk melakukannya.
Memasang
Pandangan dekat sepasang dungari
Pemasangan
Perkhidmatan pemasangan yang terselaras dengan sepenuhnya boleh menjimatkan masa serta usaha anda yang berharga. Kami menawarkan pelbagai pilihan pemasangan untuk disesuaikan dengan keperluan anda.
Pemasangan
pembahagi
Mungkin anda juga berminat dalam: