Bekerja di IKEA Asia Tenggara

Ramai orang nampak produk-produk IKEA.
Kami nampak banyak peranan berinspirasi yang jayakannya.
Silhouette of IKEA products representing different work areas at IKEA.
Anda lihat kemungkinan. Begitu juga kami. Di sebalik setiap produk ada pasukan yang komited memajukan diri mereka dan perniagaan kami. Mari membangun bersama kami.
backgroudpoang
IKEA Batu Kawan, Penang mahu bekerja bersama anda!
Kami mahu anda menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami dengan lebih 300 jawatan menanti anda di IKEA Batu Kawan, Penang. Ada banyak kepelbagaian di perniagaan kelengkapan rumah berbanding apa yang anda tahu, dengan peranan gedung merentasi urus niaga termasuklah Jualan, Logistik, Perhubungan Pelanggan, Makanan & Minuman IKEA dan banyak lagi!

Ketahui jawatan terkini di bawah dan isi permohonan anda dalam talian. Mohon sekarang!
BEKERJA DI IKEA SOUTHEAST ASIA: BUDAYA & NILAI | PEMBANGUNAN & PELUANG | TEMPAT KERJA & FAEDAH
BUDAYA & NILAI
Kami percaya bahawa setiap individu ada sesuatu yang berharga untuk ditawarkan.
Kami kumpulan pelbagai orang yang praktikal dan berterus-terang dengan minat mendalam terhadap kelengkapan rumah. Kami datang dari seluruh dunia, tapi kami berkongsi visi berinspirasi: “mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik untuk ramai orang”. Cara kami nyatakan visi ini berdasarkan nilai kemanusiaan yang kami kongsi. Nilai ini memandu kerja kami dan membina budaya terangkum, terbuka dan jujur. Semuanya berdasarkan semangat bersatu hati dan minat yang mendalam. Kami bekerja kuat, tapi kami seronok melakukannya. Kami selalu mencari orang ramai yang berkongsi sikap dan nilai positif kami.
IKEA co-workers from different work areas standing around an orange table
Ketahui apa yang pekerja kami sukakan tentang bekerja di IKEA.
Image of a small road in Småland, Sweden
Baca tentang bagaimana Ingvar Kamprad menerangkan nilai-nilai IKEA dalam The Testament of a Furniture Dealer (PDF)
Nilai IKEA
Kami percaya bahawa setiap individu ada sesuatu yang berharga untuk ditawarkan dan kami berusaha untuk memiliki nilai yang sama dalam cara kami bekerja.
Bersatu hati
Bersatu hati merupakan nadi budaya IKEA. Kami kuat apabila kami saling percaya, bergerak ke arah yang sama dan berseronok bersama.
Menjaga orang ramai dan planet
Kami mahu menjadi kuasa kepada perubahan positif. Kami ada peluang untuk hasilkan impak yang signifikan dan tahan lama - hari ini dan untuk generasi akan datang.
Kesedaran kos
Seramai mungkin orang patut mampu memiliki rumah yang cantik dan berfungsi. Kami berterusan mencabar diri kami dan orang lain untuk hasilkan banyak daripada sedikit tanpa kompromi pada kualiti.
Keringkasan
Cara yang ringkas, berterus-terang dan praktikal merupakan sebahagian daripada warisan Småland kami. Ia tentang menjadi diri kami dan terus dekat dengan realiti. Kami tidak rasmi, pragmatik dan melihat birokrasi sebagai musuh terbesar kami.
Perbaharui dan perbaiki
Kami terus mencari cara baharu dan lebih baik untuk ke depan. Apa saja yang kami buat hari ini, kami boleh buat dengan lebih baik esok. Mencari penyelesaian kepada cabaran yang hampir mustahil merupakan sebahagian daripada kejayaan kami dan sumber inspirasi untuk bergerak ke cabaran seterusnya.
Perbezaan yang bermakna
IKEA tidak seperti syarikat lain dan kami tidak mahu jadi sama. Kami suka persoalkan penyelesaian sedia ada, berfikir dengan cara tidak konvensional, bereksperimen dan berani melakukan kesilapan - selalunya untuk sebab yang bagus.
Beri dan terima tanggungjawab
Kami percaya dalam memperkasakan orang. Memberi dan menerima tanggungjawab adalah cara untuk membangun dan berkembang sebagai individu. Mempercayai satu sama lain, bersikap positif dan melihat ke hadapan merangsang semua orang untuk menyumbang kepada perkembangan.
Kepimpinan melalui teladan
Kami lihat kepimpinan sebagai tindakan, bukan kedudukan. Kami mencari nilai orang sebelum kecekapan dan pengalaman. Orang yang 'cakap serupa bikin' dan memimpin melalui teladan. Ia tentang menjadi diri sendiri yang terbaik dan menggalakkan yang terbaik dari orang lain.
Silhouette of an IKEA product representing a work area
Kebanyakan orang nampak kusyen.
Image of IKEA co-worker
“Saya nampak budaya yang hargai semua orang, tanpa mengira dari mana anda datang dan apa yang anda lakukan sebelumnya.”
Michelle Noveda
Pengurus Aktiviti Komersial, Jualan
Image of IKEA co-worker
“Saya nampak syarikat yang bolehkan saya jadi diri sendiri dan saya digalakkan untuk mencabar status quo. Cara kami bekerja di IKEA memang istimewa.”
Arun Issar
Pengawal Kewangan,
Kewangan Service Office
Image of IKEA co-worker
“Saya nampak kebebasan untuk buat keputusan dan ramai rakan sekerja dengan kesungguhan. Kami lakukan dari hati untuk ramai orang.”
Ahmad Eirzrein Bin Ahmad Shahaimi
Visual Merchandiser,
Komunikasi & Hiasan Dalaman
Image of IKEA co-worker
“Saya nampak tempat kerja terbuka. Penyelia saya terbuka untuk mendengar idea saya dan lihat jika sesuai. Jika tidak, saya akan terima maklum balas untuk analisis. Kami saling mendengar. ”
Kittima Limsirivallop
Pengurus Sokongan Bekalan Jualan,
Logistik dalam Gedung
BEKERJA DI IKEA SOUTHEAST ASIA: BUDAYA & NILAI | PEMBANGUNAN & PELUANG | TEMPAT KERJA & FAEDAH
PEMBANGUNAN & PELUANG
Laluan kerjaya seunik anda
Bekerja untuk francais IKEA kami menjadikan anda sebahagian daripada keluarga berentak pantas yang menikmati peluang kerjaya luar biasa dan peluang belajar. Kami ada rancangan pembukaan yang bersungguh-sungguh di Asia Tenggara dan komited untuk membantu orang ramai membangun. Kami galakkan pekerja mencuba tugas-tugas berbeza, bertukar fungsi dan berpindah ke luar negara (jika itu yang anda mahu!). Kami reka laluan kerjaya kami sendiri bersama pengurus dan cipta rancangan pembangunan untuk bantu mencapai matlamat profesional. Dengan pembangunan anda, IKEA turut membangun. Terokai bidang kerja berbeza kami dan cari peluang pekerjaan.
Kerjaya di IKEA berbeza.
Dengarkan cerita sebahagian pekerja kami tentang pengalaman mereka.
Sekilas pandang kerja kami
Lebih daripada sekadar perniagaan kelengkapan rumah seperti yang anda fikirkan!
Kami tawarkan peluang dalam pelbagai bidang:
Bayangan produk IKEA mewakili bidang kerja Jualan
Jualan
Minat kami pada jualan runcit dan orang ramai. Kami bekerja setiap hari dengan rangkaian IKEA dan konsep layan diri kami.
Bayangan produk IKEA mewakili bidang kerja Komunikasi dan Hiasan Dalaman
Komunikasi dan Hiasan Dalaman
Bakat strategik dan visual kami menghidupkan beribu-ribu produk IKEA - di dalam gedung dan media lain.
Bayangan produk IKEA mewakili bidang kerja Logistik
Logistik
Kami menghasilkan aliran barang yang sebaik mungkin dari pembekal ke pelanggan. Jadi, kami memang pandai membungkus secara leper!
Bayangan produk IKEA mewakili bidang kerja Perhubungan Pelanggan
Perhubungan Pelanggan
Kami bekerja mengikut tugas di dalam dan di luar gedung kami, dari sambutan tetamu ke pembayaran, tukaran dan pemulangan dan pusat berhubung.
Bayangan produk IKEA mewakili bidang kerja Makanan IKEA/restoran
Makanan IKEA/restoran
Kami sukakan makanan! Kami banyak bekerja di restoran, Bistro dan Kedai Khas Makanan Sweden di gedung IKEA kami.
Bayangan produk IKEA mewakili bidang kerja Kewangan dan Navigasi Perniagaan
Kewangan dan Navigasi Perniagaan
Kami menjaga keperluan kewangan IKEA dan buat keputusan perniagaan strategik yang memberikan pertumbuhan.
Bayangan produk IKEA mewakili bidang kerja Sumber Manusia
Sumber Manusia
Kami uruskan pengambilan, latihan dan faedah. Tugas kami untuk menarik, membangun dan memberi inspirasi kepada ramai pekerja kami.
Silhouette of an IKEA product representing work area Sustainability
Kelestarian
Kami berusaha untuk kurangkan impak persekitaran akibat operasi kami dan membantu orang ramai jalani kehidupan yang lebih lestari di rumah.
Bayangan produk IKEA mewakili bidang kerja Pemasaran dan Komunikasi
Pemasaran dan Komunikasi
Misi kami adalah membina jenama IKEA dan berikan inspirasi kepada orang ramai untuk mencari nilai dalam tawaran kami.
Bayangan produk IKEA mewakili bidang kerja E-dagang
E-dagang
Kami bekerja secara setempat dan global untuk membangun dan menambah baik pengalaman membeli-belah dalam talian IKEA.
Silhouette of an IKEA product representing work area Property
Pasukan Pengembangan
Misi kami adalah untuk analisis pasaran baharu, tanah sumber, dan reka bentuk dan bina gedung IKEA dan Pusat Beli-belah baharu yang ditunjangi IKEA.
Bayangan produk IKEA mewakili bidang kerja Penyelesaian Perniagaan
Penyelesaian Perniagaan IT
Kami menyokong IKEA dengan penyelesaian perniagaan. Kami percayakan perkhidmatan yang pantas dan mesra pengguna, bukan hanya pada teknologi.
Silhouette of an IKEA product representing work area IKEA centers
Pusat Ikano
Kami uruskan pusat beli-belah yang ditunjangi IKEA, memberikan nilai kepada penyewa-penyewa kami dan mencipta destinasi meriah untuk orang ramai beli-belah, makan dan bermain di bawah satu bumbung.
Silhouette of an IKEA product representing work area Others
Pemerolehan
Kami optimumkan dan mencari sinergi dalam semua proses pembelian kami.
Bayangan produk IKEA mewakili bidang kerja Lain-lain
Lain-lain
Ya, kami ada banyak lagi peranan! Anda akan dapati peluang tanpa penghujung dalam dunia IKEA kami yang luas.
Silhouette of an IKEA product representing a work area.
Kebanyakan orang nampak bekas menyiram.
Image of IKEA co-worker
“Saya nampak sebuah syarikat yang sokong pembangunan saya - dari pekerja sambilan ke pengurus. Kini saya nampak tugas saya untuk bantu yang lain!”
Mohammad Kamsani
Pengurus Goods Flow,
Logistik Dalam Gedung
Image of IKEA co-worker
“Saya nampak tempat yang kami dapat belajar semasa bertugas, beralih antara bahagian dan menerima tugasan mencabar. Tiada hari yang sama.”
Zimon Lomboy
Pengurus Perkhidmatan,
Perhubungan Pelanggan
Image of IKEA co-worker
“Saya nampak syarikat global yang berikan peluang untuk mengembara dan belajar daripada orang di seluruh dunia…”
April Kwan
Ketua Hiasan Dalaman,
Service Office
Image of IKEA co-worker
“Saya nampak sebuah tempat yang orangnya tidak berhenti belajar. Saya bermula sebagai penggoreng di bistro dan kini saya seorang ketua pasukan.”
Muhammad Rizal Bin Sunalim
Ketua Pasukan Dapur,
IKEA Food
BEKERJA DI IKEA SOUTHEAST ASIA: BUDAYA & NILAI | PEMBANGUNAN & PELUANG | TEMPAT KERJA & FAEDAH
TEMPAT KERJA & FAEDAH
Tempat yang serasi dengan anda
Service Office wilayah kami terdiri daripada pekerja dari lebih 25 negara, dan kepelbagaian ini menjadi peranan penting dalam menjadikan IKEA tempat yang seronok untuk bekerja!
Setiap pekerja boleh menjangkakan layanan yang adil tanpa mengira etnik, kerakyatan, agama, jantina, orientasi seksual, kebolehan fizikal, umur atau jawatan di syarikat kami. Di sini anda boleh menjadi diri sendiri. Malah, kami galakkannya!
No Youtube Player
Apakah manfaat bekerja dengan IKEA?
Para pekerja kami ada jawapan yang berbeza-beza
Bekerja dengan kami ada ganjarannya
Apa pun jawatan anda di IKEA Asia Tenggara, anda ada pelbagai faedah. Inilah beberapa daripadanya:
IKEA diskaun   Pekerja merupakan pelanggan yang paling dihargai dan layak menerima diskaun 15% ke atas semua kelengkapan rumah dan makanan yang dijual di gedung IKEA kami, dari hari pertama bekerja.
Cuti bersalin dan cuti isteri bersalin   Kami berikan para ibu empat bulan berturut-turut cuti bersalin dan para bapa menerima empat minggu cuti berbayar selepas bayi dilahirkan untuk bantu berkongsi kegembiraan itu - dan tanggungjawab - di rumah.
Hadiah   Kami nikmati acara istimewa bersama dan berikan hadiah untuk meraikan sambutan perayaan, hari jadi, perkahwinan, menimang cahaya mata. Kami memberi ganjaran kesetiaan menerusi Anugerah Perkhidmatan Setia kami.
Suasana Kerja   Sebagai pakar kelengkapan rumah, kami berbangga dalam menyediakan tempat kerja berinspirasi yang mempamerkan produk IKEA dan mencipta suasana santai dan terbuka dengan semua orang bekerja bersebelahan.
Pelan Insentif   Semua pekerja boleh mendapat ganjaran tahunan apabila kami mencapai objektif perniagaan kami.
IKEA co-workers
Restoran pekerja
Kami menghidangkan makanan segar dan sihat di restoran pekerja kami dan subsidi makanan itu. Pada hari-hari puncak, makanan boleh jadi percuma!
a photo collage of different IKEA co-workers
Pembelajaran dan pembangunan
Kami tawarkan banyak kursus, dari latihan berfungsi dan pembelajaran Bahasa Inggeris ke kepimpinan yang maju. Semua pekerja baharu dapat teman dan latihan terus.
IKEA co-worker
Berikan impak positif
Kami semua layak mendapat sehari cuti berbayar setiap tahun untuk berganding bahu bersama rakan kebajikan kami atau sertai kegiatan sukarela bagi tujuan murni.
Pekerja sambilan adalah ahli keluarga kami sepenuhnya
Kami mahu menemui pelanggan kami semasa ramai orang membeli-belah - hujung minggu, malam dan cuti umum. Bagi memenuhi keperluan, IKEA menggajikan pekerja sambilan sebagai ahli tetap keluarga kami. Pekerja sambilan layak mendapat ganjaran sewajarnya yang dinikmati pekerja sepenuh masa kami - dari diskaun produk dan hadiah ke perlindungan kesihatan dan insentif tahunan kami. Perjalanan pembelajaran juga sama. Kerana itulah ramai pekerja sambilan kekal dan membangun bersama IKEA.
Lihat apa pekerja kami ingin katakan tentang bekerja sambilan untuk IKEA
Bayangan produk IKEA mewakili bidang kerja
Kebanyakan orang nampak koleh.
Image of IKEA co-worker
“Saya nampak perniagaan mapan yang hargai orang ramai dan beri ganjaran kepada perkhidmatan panjang.”
Allan Chin
Ketua Pasukan Recovery
Image of IKEA co-worker
“Saya nampak tempat kerja dengan layanan sama ratakepada pekerja sambilan dan berikan saya kefleksibelan di rumah bersama anak-anak saya.”
Malou Cristobal
Pembantu Jualan Sambilan
Image of IKEA co-worker
“Saya nampak jenama dan produk yang disukai ramai.”
Victoria Farnworth
Pakar Pembelajaran dan Pembangunan
Image of IKEA co-worker
“Saya nampak syarikat dengan visi membara yang galakkan saya dalam kerja harian.”
Ken Ng
Ketua Kempen Komersial & Aktiviti
Service Office, Jualan
Image of IKEA co-worker
“Saya nampak masa rehat kami luangkan bersama, masa-masa indah bersama kawan-kawan di tempat kerja!”
Valerie Goh
Visual Merchandiser,
Komunikasi & Hiasan Dalaman
ANDA JUGA MUNGKIN BERMINAT DENGAN:
PEOPLE & PLANET
Untuk masa hadapan yang mesra alam sekitar
Ketahui apa maksud mesra alam kitar bagi kami dan apa yang kami lakukan untuk memelihara orang ramai dan juga planet ini.

Terokai People & Planet
A photo portrait of a young Indian girl in a classroom
TENTANG IKEA
Syarikat kami
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang operasi kami sebelum memohon jawatan, klik pautan di bawah.

Tentang IKEA
Young man having a coffee at the IKEA store restaurant