KONSEP IKEA

Melakukannya dengan cara berbeza

Tindanan kotak IKEA di atas basikal penghantaran, ditunggang oleh seorang lelaki
Kami sentiasa bertanya: Adakah terdapat cara yang lebih baik? Inilah caranya bagaimana kelengkapan rumah IKEA kekal unik dan cara kami cuba menjadikan kehidupan harian lebih baik untuk orang ramai.
IDEA
Untuk orang ramai
Konsep IKEA bermula dengan idea menyediakan rangkaian produk yang mampu dimiliki kepada orang ramai, bukan hanya kepada sesetengah orang sahaja. Ia dicapai dengan menggabungkan fungsi, kualiti, reka bentuk dan nilai - sentiasa mengutamakan mesra alam sekitar. Konsep IKEA wujud dalam setiap bahagian syarikat kami, daripada reka bentuk, sumber, pembungkusan dan pengedaran menerusi model perniagaan kami. Sasaran kami ialah membantu lebih ramai orang menjalani kehidupan yang lebih baik di rumah.
Menghidupkan Konsep IKEA
Konsep IKEA boleh dihidupkan dengan banyak cara: Menerusi gedung kami di seluruh dunia, dalam katalog IKEA, menerusi laman web dan aplikasi, dan paling penting, di dalam berjuta-juta kediaman di sekeliling dunia.
No Youtube Player
Katalog IKEA, kini dengan luasan sebenar
Urutan logo IKEA dari tahun 1951 hingga ke hari ini
1951
1954
1967
1981
1983
Kisah di sebalik nama
Nama IKEA merupakan gabungan awalan nama pengasas IKEA, Ingvar Kamprad, (IK) dengan huruf pertama ladang dan kampung tempat beliau membesar - Elmtaryd dan Agunnaryd (EA). Logo IKEA tidak berubah banyak sepanjang sejarah syarikat ini dan versi logo 1967 kekal sebagai simbol perniagaan IKEA.
Meja sisi IKEA LÖVBACKEN ditunjukkan dari tepi
Bersama kita menjimatkan wang
Pelanggan IKEA memainkan peranan penting dalam proses reka bentuk demokrasi kami: Kami lakukan bahagian kami, anda lakukan bahagian anda, bersama kita menjimatkan wang. Pelanggan terlibat dalam banyak cara - memasang produk bungkusan leper (pertama kali digunakan 60 tahun lalu untuk meja LÖVET), pendekatan alam sekitar yang positif di rumah dan memberikan maklum balas kepada kami - beberapa cara yang mudah. Lihat meja sisi LÖVBACKEN.
KONSEP IKEA: IDEA | LOKASI SELURUH DUNIA | STRUKTUR FRANCAIS
Sebahagian daripada logo IKEA pada bahagian hadapan gedung berlatarkan langit biru
LOKASI SELURUH DUNIA
Menjangkau lebih ramai orang
Setiap tahun, gedung IKEA baharu dibuka di seluruh dunia. Lihat peta interaktif kami untuk melihat semua lokasi semasa kami.
KONSEP IKEA: IDEA | LOKASI SELURUH DUNIA | STRUKTUR FRANCAIS
STRUKTUR FRANCAIS
Memupuk Konsep IKEA
Pada awal 1980an - dengan gedung IKEA di 20 negara dan berkembang - pengasas IKEA, Ingvar Kamprad, menyedari beliau perlu melindungi Konsep IKEA sebagai sebahagian daripada perkembangan syarikat ini. Beliau mahu kebebasan sepenuhnya dan struktur pemilikan jangka panjang, jadi pasaran stok bukanlah suatu pilihan. Tambahan lagi, beliau percaya bahawa semua syarikat yang beroperasi di bawah Jenama IKEA perlu membina sumber sebelum ia berkembang luas.
Sistem francais IKEA telah ditubuhkan. Hari ini, semua gedung IKEA (kecuali gedung IKEA Delft di Belanda, yang dimiliki oleh Inter IKEA Systems B.V.) beroperasi di bawah persetujuan francais. Inter IKEA Systems B.V. merupakan pemilik Konsep IKEA dan franchisor IKEA seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang francais cara IKEA.
Ibu, bapa dan anak kecil makan bersama di sebuah restoran IKEA dengan latar belakang dua kanak-kanak yang sedang bermain
ANDA JUGA MUNGKIN BERMINAT DENGAN:
Seorang bapa memasak bersama anak lelaki kecilnya
TENTANG IKEA
Selamat datang ke syarikat kami
Kami merupakan syarikat yang didorong nilai dengan minat terhadap kehidupan di rumah. Setiap produk yang kami hasilkan adalah ilham untuk menjadikan kediaman tempat yang lebih baik.
Ketahui lebih lanjut tentang visi kami dan struktur syarikat
Gambar potret budak perempuan India di dalam sebuah bilik darjah
PEOPLE & PLANET
Untuk masa hadapan yang mesra alam sekitar
Ketahui apa maksud mesra alam kitar bagi kami dan apa yang kami lakukan untuk memelihara orang ramai dan juga planet ini.
Terokai People & Planet