REKA BENTUK DEMOKRASI

Reka bentuk untuk semua orang

STEFAN chair in pieces
We believe quality and design should be affordable to many. We call this “democratic design”, and it’s made up of five elements: form, function, quality, sustainability and a low price.
Our customers do their part by assembling our products. Together we save money. See STEFAN chair
REKA BENTUK DEMOKRATIK: Reka bentuk di IKEA | Bekerja bersama pembekal | Bahan mentah kami | Kehidupan di rumah
REKA BENTUK DI IKEA
Kisah di sebalik produk kami
Setiap produk IKEA ada kisahnya tersendiri. Seperti setiap kisah yang menarik, ia bermula dengan idea yang hebat. Apakah kisah kami? Kami mahu menjadikan kehidupan harian di rumah lebih baik. Itulah sebabnya kami melakukan beribu-ribu lawatan ke rumah-rumah setiap tahun untuk mengetahui keperluan dan impian orang ramai. Inilah titik permulaan bagi setiap produk yang direka bentuk.
Mereka bentuk kualiti yang baik
Bagi kami, reka bentuk yang baik merupakan kombinasi yang sesuai antara bentuk, fungsi, kualiti, mesra alam sekitar dan harga yang rendah. Pembangun dan pereka bentuk produk kami perlu mencari keseimbangan yang tepat bagi semua elemen ini ketika proses reka bentuk bermula. Ia cabaran unik yang menjadikan kami inovatif.
Two IKEA designers (a woman and a man) examining a textile sample
Kami mereka bentuk dan membangunkan sendiri kira-kira 9,500 produk di Älmhult, Sweden – sebuah kampung kecil tempat IKEA bermula.
Woman turning a page of a book of textile samples
A group of IKEA suppliers sitting in a circle looking at design sketches
Mereka yang terlibat di sebalik reka bentuk kami
Apa yang menjadikan proses reka bentuk IKEA unik ialah pembekal kami yang memainkan peranan penting. Pada awal fasa reka bentuk, pembangun dan pereka bentuk produk kami bekerja dengan pasukan juruteknik, pengeluar dan pakar – di kilang itu sendiri. Kerja sama yang istimewa ini membantu kami mengekalkan harga yang rendah dan menemui teknik terkini untuk mencipta produk mengikut cara IKEA.
IKEA quality testing of a SÖDERHAMN one-seat section at the IKEA Test Lab
Ujian berkualiti tinggi
Kami menguji semua bahan dan produk kami ketika fasa pembangunan produk. Bagi kami, kualiti yang baik adalah berdasarkan keperluan pelanggan kami, cara penggunaan perabot kami dan kehidupan mereka di rumah. Dua Makmal Ujian IKEA kami di Sweden dan China juga merupakan pusat latihan bagi pekerja dan pembekal kami.
REKA BENTUK DEMOKRATIK: Reka bentuk di IKEA | Bekerja Bersama Pembekal | Bahan mentah kami | Kehidupan di rumah
BEKERJA BERSAMA PEMBEKAL
Pengeluaran yang inovatif
Fasa pengeluaran kami bertambah apabila inovasi berlaku di IKEA. Apa yang menjadikannya unik ialah kebolehan kami bekerja bersama pembekal berasingan di kilang mereka. Dengan bantuan mereka, kami boleh menggunakan cara yang paling efisien, efektif kos dan kreatif bagi menjadikan reka bentuk kami suatu kenyataan. Inilah semangat istimewa bersatu hati yang membolehkan kami maju dalam reka bentuk produk, pembungkusan dan pengangkutan yang bijak. Ikuti kami di sebalik tabir untuk melihat beberapa cara kami bekerja bersama pembekal kami.
An IKEA supplier (woman) preparing throws for inspection inside a factory
Kami ada kira-kira 1,000 pembekal di 53 buah negara. Untuk memelihara suasana bekerja yang menyihatkan, kami mempunyai tatakelakuan pembekal yang dipanggil IWAY.
No Youtube Player
Di dalam kilang. Lihat seni buatan tangan moden sofa STOCKHOLM kami.
No Youtube Player
Ketahui lebih lanjut cara salah satu pembekal kami di Vietnam menguji mainan lembut IKEA untuk keselamatan kanak-kanak.
No Youtube Player
Ketahui cara IKEA menghubungkan usahawan sosial di kawasan terpencil di India ke pasaran global.
Temui beberapa orang disebalik produk kami
Selama lebih separuh abad, kami telah bekerja dengan pembekal yang dipilih secara teliti - besar dan kecil di seluruh dunia. Kami mahu membangun bersama pembekal yang mahu membangun bersama IKEA. Perkongsian yang rapat ini mempengaruhi reka bentuk, kualiti dan keselamatan produk kami. Kami juga bekerja bersama usahawan di negara yang membangun, dengan menyediakan sokongan teknikal dan kewangan.
Baca lebih lanjut tentang hubungan kami dengan pembekal di Orang Ramai dan Komuniti
IKEA products packed in pallets at one of IKEA’s distribution centres
Pengangkutan dan pengagihan yang bijak
Kami menghantar lebih 50% daripada produk kami terus dari pembekal ke gedung kami, yang membantu mengurangkan kos dan pengeluaran CO2.
Baca lebih lanjut tentang usaha menjimatkan tenaga di Tenaga dan Sumber
REKA BENTUK DEMOKRATIK: Reka bentuk di IKEA | Bekerja bersama pembekal | BAHAN MENTAH KAMI | Kehidupan di rumah
A group of raw materials arranged on a concrete floor
BAHAN MENTAH
Bahan untuk masa hadapan
Kami mengambil berat tentang bahan produk kami. Itulah sebabnya kami bekerja dengan bahan yang lebih mesra alam sekitar – bahan yang boleh diperbaharui, boleh dikitar semula dan daripada bahan yang dikitar semula. Kami sentiasa mencuba melakukan lebih banyak dengan sedikit bahan. Dengan menggunakan bahan secara teliti, kami dapat mengekalkan harga yang rendah dan menggunakan sumber sepenuhnya.
Keladi
Flaks
Plastik PET kitar semula
Kapas
Jut
Buluh
Komposit plastik kayu
Kayu
No Youtube Player
Find out how we’re working with raw materials at IKEA.
Kayu
Semua kayu yang digunakan dalam produk kami dibekalkan daripada pembekal yang mematuhi Standard Perhutanan IWAY kami, yang direka bentuk bagi memastikan kayu ini dibekalkan dari hutan yang diuruskan secara bertanggungjawab. Menjelang 2017, 50 peratus kayu kami akan mendapat pengesahan FSC® (Forestry Stewardship Council) atau daripada sumber kitar semula. Matlamat jangka panjang kami ialah 100 peratus.
Ketahui lebih lanjut tentang penggunaan bahan mentah kami di Tenaga & Sumber
Flaks dan linen
Linen dihasilkan daripada serat pokok flaks yang diekstrak di padang yang besar, selalunya dalam musim yang lebih sejuk, ketika pengairan buatan dan racun perosak jarang digunakan. Serat pokok flaks yang tumbuh dengan cepat menjadikan linen kuat dan tahan lasak, tetapi lembut dan berpengudaraan.
Better Cotton
Bersama Better Cotton Initiative dan WWF, kami membolehkan lebih daripada 100,000 peladang di India dan Pakistan menghasilkan kapas menggunakan kurang bahan kimia dan air. Menjelang 2015 kami mahu 100% kapas dalam produk IKEA dihasilkan dengan cara ini.
Buluh
Terdapat lebih daripada seribu spesis buluh yang kebanyakannya tumbuh dalam hutan tropika dan boleh mencapai ketinggian sehingga 30 meter. Kukuh dan ringan, buluh boleh digunakan untuk mencipta kesan kayu keras. Ia tumbuh 10 kali lebih pantas berbanding kayu dan tidak memerlukan perladangan, bermakna ia memberikan kurang kesan terhadap alam sekitar.
Komposit plastik kayu
Komposit plastik kayu mengandungi polipropilena dan serat kayu dari sisa kilang papan. Menggunakan serat kayu menjadikan produk plastik lebih kukuh dan kurang mahal. IKEA PS Chair
Circular handwoven place mat
A bamboo surface table with white legs and two black wood plastic composite chairs
Keladi
Sejenis tumbuhan yang tumbuh dengan pantas, keladi merupakan bahan boleh diperbaharui yang kami gunakan untuk anyaman tangan seperti pelapik pinggan. Walaupun ia hanya sejenis tumbuhan, ia agak kukuh dan tahan lasak.
Bantal sintetik GOSA SYREN
Plastik PET kitar semula
Plastik PET boleh dicairkan dan digunakan untuk membuat produk lain, seperti Bantal GOSA SYREN. Plastik botol lama diubah kepada pallet, kemudian diubah kepada tekstil yang boleh digunakan. Ini memberikan plastik kehidupan lain dan mengurangkan bahan buangan.
REKA BENTUK DEMOKRATIK: Reka bentuk di IKEA | Bekerja bersama pembekal | Bahan mentah kami | Kehidupan Di Rumah
Two toddlers sitting on a sofa
KEHIDUPAN DI RUMAH
Untuk kehidupan harian yang lebih baik
Kediaman. Kami percaya ia merupakan tempat yang paling penting di dunia. Di IKEA, kami mahu memberikan orang ramai inspirasi untuk menggunakan kediaman mereka sepenuhnya. Setiap tahun, kami mengunjungi beribu-ribu kediaman di seluruh dunia untuk mengetahui kemahuan, keperluan dan (jika kami bertuah) impian orang ramai. Kemudian kami mengubahnya kepada idea dan penyelesaian baharu bagi menambah baik kehidupan setiap hari.
Young girl washing a glass at a kitchen sink
A mother sitting on the sofa, holding the hand of her young daughter
photo portrait of IKEA Range Strategist, Mia Lundström
Mia Lundström
Pakar strategi rangkaian di IKEA
“Saya amat berminat dengan cara orang ramai menjalani kehidupan mereka di rumah. Ia membantu saya memahami kehidupan harian mereka, dan memastikan IKEA menawarkan produk yang berfungsi, mampu dimiliki serta cantik.”
A young woman putting together an IDOLF chair
a young girl and boy drawing and painting at a desk
A small group of people sitting at a table and talking
Peranan anda
Sebahagian daripada mengekalkan harga rendah kami adalah menerusi perkongsian bersama pelanggan kami. Kami berkongsi tugas – kami melakukan bahagian kami, anda melakukan bahagian anda, dan bersama kita dapat menjimatkan wang. Bagaimana pun, kami turut menawarkan rangkaian perkhidmatan untuk pelanggan yang memerlukan bantuan.
ANDA JUGA MUNGKIN BERMINAT DENGAN:
Dua pekerja gedung IKEA melihat maklumat pada komputer
BEKERJA DI IKEA
Kami meyakini kebolehan individu
Ketahui lebih lanjut apa yang menjadikan IKEA tempat kerja yang memberi inspirasi. Ketahui sendiri daripada beberapa orang pekerja kami dan apakah peranan mereka yang berbeza.
Ketahui lebih lanjut tentang Bekerja di IKEA
Gambar potret budak perempuan India di dalam sebuah bilik darjah
PEOPLE & PLANET
Untuk masa hadapan yang mesra alam sekitar
Ketahui apa maksud mesra alam kitar bagi kami dan apa yang kami lakukan untuk memelihara orang ramai dan juga planet ini.
Terokai People & Planet